Klik Jommm

Friday, October 25, 2013

Aish dan Carseat

Salam,

Seawal umur berapa korang ajar anak duduk dalam car seat? Aku rasa kebanyakan baby sekarang memang dah terbiasa dengan car seat kan, sebab tahap kesedaran orang sekarang agak tinggi berbanding dulu and kebanyakan mak-mak zaman sekarang bekerja and at the same time menghantar anak ke taska or babysitter, kalau penjaga anak ko dekat dan tak memerlukan ko travel dengan kereta then oklah, tapi macam aku, jarak rumah aku dengan babysitter is 30 minutes lebih kurang, mengadap jammed, roundabout, traffic light, kadang-kadang 45 minit jugak. 

First time aku hantar Aish ke rumah babysitter masa dia umur 4 bulan. Baik je dia duduk dalam carseat, tak nangis pun, dia tidur je, lega aku sebab aku memang start ajar dia carseat since umur dia 2 bulan lebih. Tapi dalam seminggu dua je dia tidur, lepas tu setiap kali naik kereta, dia akan nangis, nangis, nangis, kadang-kadang aku terpaksa buat pekak je, pergi dan balik pun dia akan nangis. Sampailah aku jumpa alternatif lain, setiap kali dia nangis dalam kereta, aku akan bagi dia susu, sebelah tangan drive and sebelah lagi pegang botol susu dia, bahayakan. Tapi aku takde pilihan, kalau aku berhenti tepi jalan, aku akan lambat sampai office. Dan sebelum balik, aku akan suruh babysitter prepare susu sebotol untuk bekal waktu dalam kereta. Itulah yang buat dia tak nangis, tapi kadang-kadang nangis jugak..hahaha

Kalau dia nangis light-light, aku buat tak tau je, tapi kalau dia nangis tahap sedu, aku akan berhenti dan susukan dia (susu badan), main kejap and baru drive semula. Tapi paling tak tahan bila fasa dia pandai mengamuk, dia akan campak botol, menangis sampai kerang (ko tau kerang?? merah muka, suara takde), setiap kali pergi dan balik aku akan stress sangat, aku nyanyi, aku selawat, aku azan, apa yang aku tak buat?? semua pun aku buat just to make sure dia diam. Alhamdulillah sekarang dia dah makin faham dan makin selesa dengan carseat, dah jarang sangat menangis, selalu tertido sendiri, kalau dia jaga aku akan tunjuk sky, tree, bird, bus, ballon, aeroplane and segala apa yang dia boleh nampak dan aku akan selalu bercakap dengan dia (salah satu cara nak didik anak menjadi bijak is to bercakap dengan dia, lagi banyak ko cakap, lagi banyak dia belajar and lagi banyak perkataan akan dia serap dalam otak). Aku cakap tak henti-henti ko tau, kadang dah rasa macam mak nenek..huhu. Kalau dia menangis, aku jarang marah, aku just cakap "stop crying Aish, what do want? tell me"

Aku seronok sebab Aish makin faham, sekarang kalau kat rumah aku ajar dia buang sampah, setiap kali dia habis minum Vitagen aku akan cakap "put it in the basket, throw it away" nanti dia kedek-kedek pergi buang, sampai sekarang, kalau nampak je sampah kemain dia kutip terkedek-kedek pergi buang..so comel and so adorable (well anak sendiri, gitulahhh). Setiap kali dia buang aku akan cakap "Good boy, now clap your hand". Dia pun tepuk sambil kedek-kedek pergi main semula..wahahaha. Hari tu Daddy tukar cadar dan suruh dia letak dalam bakul baju kotor, Daddy sebut basket, maka ke tong sampahlah cadar aku Aish letak..hahaha. Eh tadi aku cerita pasal carseat, dah termelalut sampai buang sampah pulak, aku nak letak gambar Aish banyak-banyak ni tau, gambar dia duduk dalam carseat, gambar nangis takde, sebab kalau dia dah nangis, manalah sempat aku nak ambik gambor dah..huhu
































Malas nak susun gambar ikut umur. TQ Habitat for the best and carseat yang hebat, sampai sekarang Aish guna lagi, kalau aku dapat anak second nanti, nak mintak carseat lagi boleh?..haha

Ok, bye uollss..


12 comments:

  1. Aish akk pun kdg2 nangis jgk..tp bt kering hati jek..huhu..skg klu jln jauh sikit dh xd hal..dia bantai tidur..ahaha

    ReplyDelete
  2. boleh je mommy. tapi kalau carseat rege ribu riban...kami semua kena mula menabung dari sekarang lah. huhuhuhuhuhu

    ReplyDelete
  3. anak sy dok dlm carseat dia suka.. TAPI.. dia taknak seat belt, hadoiii~~

    ReplyDelete
  4. i am mommy to be, memang plan nak ajar baby duk dalam car seat if pergi travel mana2...terbaca ur post...hmmm hati kena kuat ni bile baby nangis kan, sementara nak tunggu dia biasa duk dalam car seat tu..

    ReplyDelete
  5. Aish ni memamg adorable..heheh..eh carseat aish masih hadap belakang lg eh..

    ReplyDelete
  6. aish...nape cute sangat ni..mmg handsome boy~!
    kite takde carseat pun erin...percaya atau tidak..start keluar n bawak muna jalan2 jauh sikit (selain kk n supermarket ) pun masa dia umur 6 bulan
    selama ni mamanye jadi co-driver + kerusi empuk muna lah...hehe

    ReplyDelete
  7. tang bibir aish paling tak tahan tu..dari baby sampai skang cmtu je gaya dia..kih3

    ReplyDelete
  8. ayish umur sebulan i ajar duk dlm carseta...sampai umur 6 bln sgt behave tp lepas tu dia memang taknak & takleh nk buat apa dah...bila umur setahun lebih & sampai sekarang, baru dia OK balik...hehe mcm2 tau si anak ni

    ReplyDelete
  9. Aish..kenapa kamu comel sangat?acik gelak guling2 bile mami kamu cerita kamu buang cadar kat tong sampah....eeiiii....pasni kalau jumpe kamu acik kena speaking london la ye..hasif dop pandai speaking london..sekian~

    ReplyDelete
  10. bgus aish... lin pun sama macam erin.. mengaji, selawat... nasyid bagai, bila hafidh nangis dalam kete.. huhuuh kadang2 kita plak rasa nak nangis.. stress...

    ReplyDelete