Klik Jommm

Wednesday, October 9, 2013

Update: Room/Playroom (Wall Shelves)

Salam,

Selamat Hari Rabu, ok hari ni nak update pasal wall shelves dalam bilik Aish. Ingat tak dulu sebelum aku cat bilik Aish aku ada cakap, aku taknak perabut banyak-banyak dalam bilik dia? Ingat ke tidok?? Tak ingat takpe. Nak tau kenapa? Sebab bilik Aish is kecik, seboleh mungkin aku nak minimumkan penggunaan perabut di lantai buat at the same time aku memang nak display sikit mainan Aish, macam playroom mat salleh kata ko, aku nak display sikit jelah, yang lelain tu semua aku nak letak dalam kotak mainan je. Aku taknak beli rak mainan yang macam kat IKEA tu, ala yang bertingkek-tingkek tu, cantik kan tapi akan makan ruang, aku nak Aish bebas berlari dalam bilik sendiri. Sebab aku plan nak letak almari and drawer, esok-esok bila Aish dah besar sikit nak letak katil pulak.



Ha nilah dia rak mainan itu, tapi bila aku tengok lagi sekali ni macam berkenan la pulak. Ishhh cannot..cannot..cannott..grrrr tak tetap pendirian aku ni.

Jadi apa penyelesaian yang paling best untuk display mainan Aish?? Yes wall shelf it is, banyak gila kot gambar yang aku google untuk ku jadikan sumber inspirasi. Excited ko bila nak buat bilik anak ni, dari sekecik-kecik benda sampailah sebesar-besarnya ko akan google dan save.


Keinginan nak install wall shelf start with this picture actually,  dah lama gila aku save gambar ni, lamaaaaa sangat, sebab aku adore feature wall dia, tapi suamiku tak sanggup buat feature wall macam tu..sroootttt






Nampak?? cantikkan, hari-hari aku tengok website IKEA sambil berdoa dalam hati, cepatlah kerja mengecat siap, aku tak sabor nak beli wall shelf

Suamiku nak susun senget-senget macam gambar ketiga tu, tapi haruslah aku menentang sekerasnya, aku nak lurus dan sama rata.



And plan mulanya aku nak beli wall shelf yang nipis dan ada penahan kat bawah tu, sebab lagi nipis, lagilah murah, lagipun aku nak letak toys and buku Aish je, tak perlu kot yang tebal, tapi suami nak beli yang tebal, ku ikutkan saja, terus budget ku lari..hahaha (padahal budget bilik Aish pun suami yang bagi, sila jangan derhaka)

So kitaorang beli LACK Wall Shelf, shelf ni memang tak pakai penahan kat bawah, ko terus drill penahan dia ke dinding dan ko masukkan je shelf tu dalam penahan dia, macam ko gantung la kiranya, memang kemas, material dia pun glossy, boleh tahan beban seberat 15kg, harga RM59.00 satu, kalau yang panjang RM99.00. Kalau ko nak jimat ko boleh beli Ekby Osten lagi panjang dari shelf aku dengan harga RM39.00, tapi kena beli penahan kat bawah tu tau, serius berbaloi-baloi, nak lagi best pergi tengok sendiri kat website IKEA, pening ko nak pilih nanti.

Mari kita tengok wall shelves dalam bilik Aish, peluh tiak suamiku install :)









 Pandangan dari pintu bilik





Aku display certain mainan Aish je, kalau nak letak semua serabut la pulak, banyak lagi part kosong kan, lepas ni kena tambah mainan la..kuikuikui, takpe kita tunggu budget bulan depan. Nak hunting karpet dan langsir pulak lepas ni. Bilik Aish ni aku nak buat theme putih, biru dan hijau, semua perabut putih, cat dah biru, karpet, langsir dan aksesori tambahan semua aku nak beli hijau, baru nampak unisex kan.

Habis dah update pasal bilik Aish untuk minggu ni, minggu depan pulak aku sambung ye, kalau hari-hari update pasal bilik, muntah la pulak. Btw korang tau tak kat mana nak cari langsir bilik baby yang ceria? Aku takmo watak kartun dalam tv tau, Ben10 ke Doraemon ke aku pangkah awal. Kalau tau update aku boleh? Hari tu dah cari tapi tak jumpa yang berkenan, Ikea pulak pilihan terakhir, aku nak cari kat tempat lain dulu. Kalau korang tau, tolong eh. Oklah, bye!

25 comments:

  1. erin, aku kenan ngan langsir ikea gbr dino itu hahaha..lg 2weeks jom kita bermeatball.. :P

    ReplyDelete
  2. comey nye bilik aish..xsbar nk tggu siap spenuhnya nnt..

    ReplyDelete
  3. alohhhhhhhhhhhhhhhhhh very very sweeet sangat niiiii

    ReplyDelete
  4. salam kenal dik.. cantik dan kemas je,, akak teringin gak nak beli shelves ni utk bilik aqilah.. tapi tak terpegi2 ikea tuh hik hik

    ReplyDelete
  5. perghhhhhhhhhhhhhhhhhhh menangis kegembiraan aku tengok bilik aish erin oiiiiiiii..lawa gileeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  6. nampak kemas!i like it erin!ko beli kain n upah jahit je rin.abes cite.hehehe

    ReplyDelete
  7. ahhhhhhhh knp mahal sgt lack wall shelf ni? hahahaha...eh harus ku terjah ikea jugak nanti! yg xde sendal kat bawah lagi nampak kemas & cun!

    ReplyDelete
  8. menawan qalbu neh shelves tu..ngan susunan toys yang colorful, memang manarik hati untuk deco sebegitu untuk lisa :)

    ReplyDelete
  9. salam perkenalan.. sy baru je berjinak2 ngan blog.. tetiap ari dok skodeng umh blogger.. hehe.. suka la cat kat dinding tu.. tetibe semangat plak nk buat bilik ank2 mcm ni.. good info.. ;)

    ReplyDelete
  10. Gerammnyerrr... Cntikkk sgt bilik ayish.. Ros xtau la dpt ke x wat bilik aunihumaira ni :)

    ReplyDelete
  11. cantik gila wall shelves itu...gigih sungguh mama aish nih tau...mmg pandai berdeco...

    ReplyDelete
  12. oit kenapa cun snagat ni?? aku nak dengki boleh?? hahaha

    ReplyDelete
  13. anak patung x boleh display. nanti malaikat x masuk. kena main juga jgn display je.

    ReplyDelete
  14. cantikla wall tu!suke tgk! =)

    ReplyDelete
  15. Aku pon pakai rack lack tu...2 ketul jugak... mmng nampak mcm built in rack kan..tu aku rase nak beli lg 2 tingkat.. :)

    ReplyDelete
  16. rlack ni mmg cun...akak suka tapi tak pasang lagi

    ReplyDelete
  17. uiiii..cunnyeeee bilik aishhhh..

    ReplyDelete
  18. Jemput ke blog sy...sy ada jual banyak barang2 menarik sesuai utk organizing dan utk keperluan harian...

    ReplyDelete
  19. salam perkenalan.. actually u superb kreatif dear.. very nice..
    jemput singgah blog saya nanti..

    ReplyDelete