Klik Jommm

Thursday, October 17, 2013

Meet the Gojes: Put dan Dyll

Salam,

First day bekerja, alhamdulillah Aish dah baik demam semalam, dia start demam dari hari Sabtu sampai Selasa, meragam bukan main, aku balik Temerloh pun tak buat kerja sangat sebab asyik melayan dan mendukung dia, nak berdukung setiap masa, rebeh pinggang mak dia ni dah..hahaha.

Hari Ahad baru ni, 13 Oktober 13 rumah parents aku buat kenduri aqiqah anak buah aku, kebetulan buat kenduri besar sikit, takdelah besar sangat kira medium size gitu..haha ada kenduri medium size?? so Ma aku memang suruh aku ajak kawan-kawan, memang ku ajak la seluruh warga Gojes, especially yang duduk Pahang la kan, siap bagi no phone ni, tapi bila sampai kampung, line takdok, disebabkan takdok line aku memang tak expect langsung bebudak Gojes akan datang kenduri ni. Yelah buatnya diorang sesat tak jumpa rumah, call aku tak dapat-dapat, ada yang patah balik kang, aku pun lupa nak bagi phone no. Asrul. Tapi alhamdulillah, aku baru je siap pakai tudung, baru nak bersosial dengan saudara mara, tetiba ada orang panggil depan pintu..ehhhhhhhhh Put dengan Dyll datang ko, terus mak terharu..sroottt srrooott sedut hingus (yeyekkk). 

Appreciate sangat, nasib baik jugak rumah parents aku pun tepi jalan je, so memang tak susah nak dicari and Dyll pulak cakap husband dia memang ada sedara kat kampung tu and sebelum ni pun dia dah perasan rumah parents aku ni (rumah parents aku baru buat, so orang memang akan perasan la, sebab dulu hutan tetiba sekarang dah ada rumah pulak kan). 

First time jumpa rasa macam dah lama kenal, Dyll pernah datang kenduri kahwin aku, datang tengok pelamin jelah sebab dia ambik vendor pelamin yang sama dengan aku, and dia kahwin selepas aku, dia tak datang makan pun sebab dia bukan guest aku (masa tu belum kenal dia lagi, and rumah dia jauh dari rumah aku walaupun kitaorang setaman), lepas aku kahwin baru dia jumpa blog aku and tegur. Sekarang family aku dah tak duduk taman tu, rumah kat taman buat homestay, kitaorang jadi orang kampung sekarang, lagi syiokkk.

Puteri pulak pernah kawan dengan adik aku, K.cik masa dia kecik dulu, diaorang satu sekolah rendah, bila Puteri dah kerja, dia kenal pulak kakak sulung aku, sebab diaorang kerja tempat yang sama, sekarang Put dah transfer KL so dah tak sama tempat kerja la dengan Along aku, nampak tak link kat situ..haha masing-masing kenal dari kejauhan je.



Ustajah pilihan sangat pose aku tu, sopan kan. Ya allah Yayannnn tu memang menggeramkan, dia siap naik buai berendoi lagi..hahaha


Aish berguling takmo bergambar, semua orang tengok ko dik, terpaku Ilman and Yayan tengok perangai molekmu itu. Ilman pun tak sihat sangat, so banyak diam je



Dengan anak-anak. Kemain comel anak korang hah.

Gambar banyak, tapi kalau aku upload banyak-banyak kang gitu jugak rupa aku, tq korang sebab datang, raya nanti kena datang lagi sebab dah tau rumah kan. Ok, bye!


11 comments:

  1. Erin.. Cantik sgt... Larii topik :p

    ReplyDelete
  2. cian Aish demam time nie ek...demam2 pun mummy dia tetap angkut anak pose sekali..heheh

    ReplyDelete
  3. lawanya sis pakai tudung...sambil kelip2 mata..hiks

    ReplyDelete
  4. isk isk..tak jemput kita pong..hehe..gurau je rin..dd balik raya kat temerloh 14/10 (isnin) malam, 15/10 (selasa) dah balik KL balik..

    ReplyDelete
  5. lawa giler budak baju tu bertudung...gojesss ooo siapakah eh...hihihi..untung la dyll n puteri

    ReplyDelete
  6. heee..erin org temerloh gak ea..family in law kat sana =)..taman temerloh jaya =)

    ReplyDelete
  7. yeyy. berjumpa juga kita akhirnya. tq jemput kami tauuuu.. sedap makanan!! hehe

    ReplyDelete
  8. erin..ustazah pilihan sangat ko rin. hehehehe.
    kalo dekat dah lama aku pegi jugak.
    tapi apekan daye mak is duduk putrajya nun.
    u noe putrajaya?
    kawasan gomen-gomen gittew...hahahahha!

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum ustajah...
    cian aish..muke pun nmpk lain..demam ye...

    ReplyDelete
  10. orang perlis bila nak jumpa pulak?? :-p

    ReplyDelete