Klik Jommm

Friday, December 27, 2013

Umie Sue 1st Giveaway

Salam,

Hari ni nak join GA by Umie Sue pulak

Aish ni kan dia pantang nampak mak dia ni buat kerja rumah. Budak baya dia memang macam tu, mak dia sapu, dia nak sapu jugak, mak dia kemas, dia nak kemas jugak, mak dia mop, dia nak mop jugekkk, yang paling aku geram tu, kalau masa mengemop rumah, Ya Rabbi, atas lantai basah tulah dia sibuk nak berjalan, jatuh terduduk, terlentang, kemain dia usaha nak jugak capai mop yang aku pegang tu, bila aku bagi, amboihh dia punya over lebih dari maknya ni, aku mop lantai je, dia mop segala benda, mainan dia pun dia nak mop jugak, basikal pun dia mop, mak dia tengah lipat baju, kemain susun sama besar, sekali dia libas mop (niat baik nak tolong mopkan baju), terabur semua..(nangis dalam hati). Aku tak bagi kang dia punya melalak, amboihhh berdesing telinga ni rasanya, ke hulu ke hilir dia usung mop. Alih-alih diam tak berketik, sekali lagi aku tengok.

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*




Lor penat ke dik (manalah tak penat, kalau dah semua benda pun nak di mop), siap boleh mop sambil baring, kemain lagi dia gerakkan mop tu ke atas ke bawah, ni lagi multi tasking dari mommy ni, mengemop sambil berehat, mommy pun tak mampu buat camni dik. Dah besar sok kena macam ni jugak tau, baru mommy sayang lebih.

Ok, tu je, bye. Jangan lupa join tau, barulah meriah :)



8 comments:

  1. pon boleh la aish..terbaring2 hah ngemop.haha

    ReplyDelete
  2. janji ngemop jugak namanya kann..hahaha :))

    ReplyDelete
  3. aish ni...geram anty tgok tau..
    sambil baring pun bolehhhhh...kih kihhh

    tenkiu tau sbb sudi join

    ReplyDelete
  4. Haha..lawakla aish..multitasking k..haha

    ReplyDelete