Klik Jommm

Wednesday, February 26, 2014

Ahad Lepas

Salam,

Dah hari Rabu, kejap betul kan. Minggu lepas kitaorang tak balik Rawang, dah 2 minggu tak balik tau, nasib baik jugak tak balik, sebab tiba-tiba petang Sabtu parents aku call cakap diaorang dah otw ke rumah aku, suka tau buat anak diaorang ni tertanjat-tanjat. Nasib baik En. Syg baru balik dari beli barang dapur, penuh fridge dengan lauk dan sayur, kalau idak ikan masin jelah kita..hahaha. Sekarang aku dah jarang ikut En. Syg pergi beli barang dapur sebab kadang-kadang Aish tidur and kadang-kadang I is malas, alaaa dekat je tempat belinya pun, kalau bosan duk rumah aku ikut jugak tapi kebanyakan masa memang aku ikut pun, lately je dah jarang sikit.

Ahad pulak, bawak parents aku berjalan ke SCM and lajak terus ke Jakel beli kain pasang nak buat baju raya, tapi aku tak ikut ke Jakel, Aish dah mengantuk and Jakel ko taulah time tengahari baru ko nak pergi, macam sardin, nak parking pun susah, kang nak ngadap Aish mengamuk ngantuk lagi, parents and 2 orang adik aku je yang pergi Jakel, aku anak beranak tunggu dari kejauhan sementara diaorang shopping.huhu, singgah Plaza Masalam, Sek. 9 beli susu Aish dan lunch sekali. First time lunch dekat sini



Bellagio Cafe

Cafe biasa-biasa je tepi-tepi koridor, open air, saje nak try test.



Spagethi Aglio Olio, kena order jugak spagethi sebab Aish suka makan, dah la pagi tu dia taknak makan, ciput je dia makan paratha, masa kat SCM dia makan biskut je sikit. Kalau ko tanya sedap ke tidak spagethi ni, aku rasa biasa je, errr tak recommended.



Nampak je spagethi terus sambar and makan sendiri dengan tangan, baca doa pun tak sempat ye dik. Kat rumah aku stok spagethi sentiasa ada, sebab Aish suka makan. Sebenarnya dia suka makan mee, tapi aku rasa dari mee kuning baik aku bagi spagethi kan, mee kuning tu tak berapa elok untuk budak sebab ada pengawet kuat. Spagethi tu pun aku buat masak macam-macam untuk Aish.



 Aku ambik Beef Burger, surprisingly sedapppp, macam burger bakar tu..sedap, sedap, sedap.


Nanti boleh makan lagi kat sini, aku nak makan burger, sedap weh.

Oklah, bye!


3 comments:

  1. Meh dtg umah Umi Qi buat spagetti hahahhaha

    ReplyDelete
  2. Aish akk pun pencinta spageti..esp cabonara

    ReplyDelete
  3. betul ke burger tu sedap erin?h0h0

    ReplyDelete