2 hari bercuti, kerja aku takde lain, melainkan mandi, tido dan makan.
Pagi Sabtu bermula di rumah sendiri, b'fast dengan En. Syg dan terus bertolak ke Rawang, ke kebun bakal mertua, balik dari kebun pukul 2 petang, mandi, makan dan tido. Maghrib bangun, mandi, makan malam dan tido kembali. Ahad pagi bangun, breakfast, pergi kebun. Balik dari kebun pukul 2 petang, mandi, makan dan tido, Maghrib bangun, mandi, makan, balik Subang dan tido lagi. 2 hari langsung tak terasa, aktiviti full.
Pagi Sabtu bakal ibu mertua bawa bekal Nasi Lemak, berita baik untuk orang yang paling sikit buat kerja, tapi makan paling banyak..(ehem..ai la tu) Buat kerja sikit, berhenti makan nasi, buat sikit lagi, makan nasi lagi. Pantang berhenti, sibuk nak mengunyah Nasi Lemak. Orang makan sekali, aku makan 2 kali. Orang lain minum air banyak, keluar peluh pun banyak. Tapi orang itu, minum air banyak, nak ke toilet lagi banyak..sebab peluh lain yang nak keluar. Nampak sangat asyik mengelat.
Berdating dalam kebun lain sikit perasaannya. Bila penat, sama-sama bertenggek di batang pokok, lepas tu sambil-sambil menghilangkan penat, kami saling b'tatapan, BERTATAPAN??..aisshh gelitis betul. Bertatapan 10 saat, jeling bakal mertua 2 saat, b'tatapan lagi 10 saat, jeling lagi bakal mertua 2 saat. Mana tahu tiba2 je muncul kat belakang pegang cangkul. Kan ke naya. Tercalar imej sebagai bakal menantu paling sopan..uicehh. Aktiviti paling indah meniup bara api bersama sebab batang kayu basah ditimpa hujan, dah penat nyalakan asyik terpadam je. Bile tiup bersama, lighter tolak tepi, mungkin disebabkan kehangatan cinta yang membara selepas bertatapan tadi, akhirnya berjaya menghidupkan kembali api yang telah padam (ape ko merepek ni labuuuu). Eh betul la, memang api tu menyala balik, k'org pun tak sangka..hahaha. Sekali tiup secara berduet saja terus menyala.
Nah, tengok gambar sudah..malas nak merepek, bakal menambah kebencian anda terhadap kegelitisan kami berdua sahaja
En. Sayang sibuk nak mencakar batas. Bakal ibu mertua kata "amboi, tak payah la bersih sangat, ini kebun bukan laman rumah"
Cis, gambar ai menanam kacang tanah bersama bakal ibu mertua hilang. Baru nak tunjuk skill menanam kacang kat korang. Sampai sakit-sakit pinggang. Bakal ibu mertua memang hebat. Peluh menitik-nitik pun boleh mencangkul lagi, aku peluh jangan kata nak menitik, belum keluar lagipun dah penat dulu. 3 bulan lagi aku tepek kat blog cara membuat kacang rebus..ahaha, dari mula menanam sehinggalah masuk ke dalam mulut En. Syg. Itu pun kalau pokok tidak disondol Kak B. Eh, Kak B makan ke kacang tanah ke monyet ke abangla sebelah kebun?
sangat rajin untuk berkebun..kalau ira agaknye, mau pengsan jika di suruh berkebun
ReplyDeletewah, bestnye berkebun! menarik. x penah lagi rasa berkebun. :)
ReplyDeleteluvira: uhuhu..smpai skang pinggang masih sakit, maklum la x biasa. klu dh biasa ok la kot nanti.
ReplyDeletef.i.z.a: thanks jd follower..;)