Klik Jommm

Saturday, October 2, 2010

Menonton

To tell you the truth, i'm not really into Malay film.  Itu dulu, zaman kegemilangan filem syahdu syahdan yg heroinnye balik2 Erra Fazira, sikit2 Erra Fazira, pastu nangis tak abis2, aku tak salahkan dia, mungkin zaman itu waktu filem Melayu baru nk naik dan genre filem sebegitu diminati ramai. It is not about them, it is about me. Kemudian datang pulak zaman filem komedi. Semua org sibuk nk buat filem komedi. Sungguh aku tak reti nk ketawa bile kebykan filem komedi dipenuhi lawak yg mcm ape2 ntah. Hilang rase nk ketawa, rase nk lempang org ade la. Tak semua p'mulaan b'mula dengan baik kan, and we should thanks all the director yg buat filem tah hape2 tu sbb kerana mereka lah, filem Melayu sekarang semakin hebat.

Filem Melayu pertama yg aku tengok 9 September, menemankan roomate yang "kesunyian di hati", ok aku temankan dia, tapi sungguh aku mengantuk la while die sgt excited. Kemudian episod filem Melayu yg ditonton semakin b'tambah sejak mengenali lelaki kesygan. Ohh..die suke filem Melayu (tidaklah semuanye die tgk, pilih2 jugak la), die sangat patriotik orgnye, even kalau SMS aku pun die akan taip BM penuh ok, takde short form and he keep saying, kalau kite org Melayu tak memartabatkan BM, siapa lagi? Mule2 aku pelik tapi bile difikirkan balik die spesis yg sgt jarang ditemui..makin syg rasenye..haha

Pernah sekali disebabkan tak tau nk buat aktiviti ape mase b'dating, k'org b'2 tibai tengok Jin Notti, boring smpai kami b'2 tido sepanjang filem tu. Sejak tu aku punye pandangan yg KRU ni takde la hebat sgt buat filem pun. Jadi bile En.Syg sungguh2 nak tgk filem Magika, aku dh mengeluh dalam hati. Alamak mesti boring ni. Tapi aku ikutkan jugak, aku kan tunang mithali..ewahhh.


K'org tgk midnight, niat aku nk tido terus t'bantut bile Magika b'mula, wahh x sangke sehebat ini. Mmg sgt superb, aku bagi 10 bintang out of 5..haha. Pawagam penuh, En. Syg t'senyum lebar n keep saying "worth every penny" ewahh dh mat saleh pulak die, mana BM anda sayang?

Malam semalam keboringan ajak En.Syg tgk midnight lagi, kali ni aku bwk ekor, adik bongsu aku sebab parents aku kat Arau tengok K.cik yg demam denggi kat hospital  dan adik lelaki n isteri dah balik ke Kelantan smbung pantang kat sana. Aku kena jaga adik, memasak bagai kau.


Dah takde cerita sangat, k'org tgk filem Charlie St. Cloud, takde klimaks langsung, mendatar je. Ape yang aku dapat selain m'habiskan duit adalah sejuk tahap mengigil sbb sebagai kakak mithali cardigan kena kasi adik yg pakai. Fuh..sile tgk jika anda benar2 peminat Zac Efron, sbb filem ni mmg takde ape yg hebat pun. Klu anda bukan peminat Zac Efron tak payah la tgk, macam aku ni, aku peminat tegar En.Syg jek..ohohoho

Ok, adik dah lapar n asik jerit "Cepat la Angah, cepat la" sesedap hati jek request aku masak Ayam Masak Halia, so aku call Ma n En. Syg tuk tanye resepi, t klu jadi aku tepek kat sini ok, dengan gambar adik aku sekali yg ngah syok makan. Klu jadi la, klu aku tak tepek maknenye tak jadi. Cau ;p

5 comments:

  1. hehe.. btl ke en sayang awk type bm penuh dlm sms nih? sgt bagus okeh ada smgt patriotik n semangat kemelayuan lagi.. ;)

    btw, i dah baru je tgk magika td.. hampir soldout ticket.. two thumbs up to edry!

    ReplyDelete
  2. waaaaaa...dah lama x tengok wayang.teringin gak nak tengok citer magika ni..cam best jer..

    ReplyDelete
  3. sebab anda saya telah mengheret 8 orang yang lain tgk muvi ni sambil berdoa dalam hati, jangan le si erin ni tipu aku.
    dan anda bernasib baik. :D

    ReplyDelete
  4. best ek magika tu.aku mmg pesimis dgn flm melayu dari dulu..

    ReplyDelete
  5. miss maira: a'ah, semangat die type full bm, klu english pun same..tak mau die short form

    atia: g la tgk magika..best! serius

    lady gala: dun wori, i 'penreview' yg jujur..eceh..

    tihara: best, cube u g tgk..

    ReplyDelete