Klik Jommm

Thursday, October 28, 2010

Penghilang Stress

Selasa petang, taip kat status FB perkataan ini "mahu cuti dan berdating sepanjang hari". Cepat sahaja bakal adik ipar tekan 'suka'. Kamu tahu suka? Like..like tahu? Ok semua orang tahu. Nak bagitahu satu rahsia, aku takde Twitter, kalau ada, dah lama aku tweet. Gile pathetic. Ok, sambung..mungkin En. Sayang perasan status aku atau tidak, aku pun tak tahu. TAPI!!! jeng.jenng.jennnnnngggg. Gile saspen, tiba2 sahaja petang Selasa itu En. Sayang mengadu macam nak demam dan batuk2. Dan pagi Rabu beliau menelepon bagitahu, beliau amek EL, sebab nak berehat.

Pagi Rabu pergi kerja macam biasa, tapi hati mengelidat-ngelidat nak balik, nak amek cuti, nak pegi dating, nak makan sama-sama, nak jalan pimpin tangan, nak pegi window shopping, nak tengok movie, nak bercantik-cantik, dan nak tengok muka dia sambil senyum koya-koya sebab bahagia. Pengelidatan berterusan sampai buat kerja pun tak boleh fokus. Asyik nak balik saje. Akhirnya nekad, berbekalkan cuti yang tinggal lagi 2 hari.. T_T, terus isi borang, taip semua kerja laju-laju, hulur borang laju-laju, bagi alasan tipu-tipu, lulus dan balik ke rumah laju-laju juga (aku pergi kerja jalan kaki saja, rumah dengan opis 5 minit jalan kaki). Itu akibatnya dah lama tak berdating dengan tunang. Nasib baik dalam tak sihat pun tunang masih sudi melayan..tsskkk..maafkan tunanganmu ini.

Mula-mula ingat nak pergi lunch sama-sama je, tapi kesayangan ajak menonton wayang sekali. Seronok. Akhirnya menonton ini:


Merah dalam Bahasa tapi short form for Retire Extremely Dangerous. Kelakar, aku tak sangka. Aku pikirkan serious, tapi eh, eh, hilang stress rasanya. Tolong pergi tengok, TOLONGLAH!! (sambil buat muka Jaafar Onn dalam lagu tema Cili Padi) Lately selalu stress, keje stress, tak jumpa En. Sayang pun boleh bikin stress, nak memasak stress, basuh baju stress, tengok kereta stress, nak paksa diri taip post dalam blog hari-hari stress, lintas jalan nak pergi/balik kerja yang telah dibuat selama hampir 3 tahun pun jadi stress. Sebab stresslah, period bulan lepas lambat selama beberapa hari. Dah hampir jumpa doktor dan bersedia dengan pertanyaan

"awak mengandung agaknya, dah kawen?"

Jadi harapnya bulan ini, period kembali maintain. Stress hilang dan berat naik 2kg lagi. *Finger cross* 

5 comments:

  1. dh thp bhya nih...sggup cuti.nmpk sgt en. awak tu tipu2 sakit...aiyoh...xcukupkah berdating di kebun???

    ReplyDelete
  2. gatal punya budak. tak ada keje lain duk nak dating jer. Kawin cepat nie dah tahap bahaya.

    ReplyDelete
  3. aduih, hehe saya pun pernah wat status mcm tu ekekeke

    ReplyDelete
  4. ramai org kata RED ni best..mmg perlu tgk ni...
    elya pun tgh letihh niii..stresssss

    ReplyDelete
  5. k.cik: mane ade bahaya, setakat amik cuti je

    along: woot woot

    nora: ehehe, susah jd pmpuan ni asik nak rindu je

    elya: a'ah best, g la tengok, x rugi

    ReplyDelete