Klik Jommm

Wednesday, December 1, 2010

Ministry of Moment: Just LIKE Contest

STICKY POST


Kali pertama mahu masuk contest ni. Walau sedikit malu dan rendah diri mengenangkan nasib yang selalu tak menyebelahi. Seumur hidup tak pernah menang cabutan bertuah..wuwu T_T. Kalau dinner masa study dulu jangan kata menang cabutan bertuah sebuah seterika, kalau organizer kata, SEMUA ORANG akan dapat sebiji mug, SEMUA ORANG itu tidak termasuk aku, nombor aku tetap tertinggal. Aku ingat orang memang suka sabotaj aku lah (ape ko ingat ko artis..haha). Ok cukup, back to the contest.


Bismillahirahmanirrahim


Korang ingat lagi tak PERASAAN jatuh cinta kali pertama? Ingat? Ingat senyum koya-koya korang setiap kali jumpa si dia. Ingat si dia pakai baju apa pertama kali dating. Ingat pandangan si dia yang paling menusuk kalbu. Ingat betapa berdebar-debarnya setiap kali bertentang mata sampai nak jatuh jantung-atas-jalan-tar-pastu kena-lari-lari-kutip-balik-jantung-takut-jatuh-dalam-longkang. Ingat tak setiap kali si dia tengok, korang rasa nak cair macam aiskrim meleleh-leleh pastu balik rumah tersenyum-senyum macam orang gila dan kadang-kadang tengok cerita sedih pun korang nak senyum jugak. Angau, aku paham.

Agak-agak kalau aku feeling-feeling cerita zaman angau aku kat En.Sayang dulu korang teruja tak? Boleh rasa tak apa yang aku rasa? Boleh korang rasa betapa dalamnya cinta aku kat En.Sayang? Boleh? Kalau aku feeling-feeling cerita tak letak gambar, korang mesti tak feeling kan? Dah la tak kenal aku, tiba-tiba cerita feeling, x umpphh langsung. Jadi nak kasi korang feeling aku letak gambar yang tak pernah aku tontonkan dimana-mana, eksklusif kat entry ni je. Nah amik




"Picture speaks a thousand words"

Sebab, tak payah aku cerita betapa "comelnye" lelaki kesayangan aku kali pertama bertemu ewahhh. Betapa besarnya gigi kapak aku pun korang dah boleh nampak, tak payah aku penat-penat explain ambik pembaris-ukur-berapa-inci. Selekeh gile. Dah ade feeling sikit kan sekarang, tapi disebabkan gambar di ambil sendiri tanpa melibatkan apa-apa seni, takde la korang feeling lebih-lebih kan. Cuba aku letak satu gambar dari Ministry of Moment:



"Picture speaks uncountable words"

CAN YOU FEEL IT, CAN YOU FEEL IT?

Perlu tak pengantin ni buat satu entry betapa bahagia dan dalamnya cinta d'org. Tak perlu kan. Korang tengok gambar pun dah boleh rasa. Photographer yang baik bukan sahaja tahu angle yang baik tapi juga mampu menzahirkan emosi melalui gambar sahaja. Bagi aku, photography adalah seni menzahirkan emosi. I  am so into candid picture, emosinya jujur dan bersahaja. MOM does a really good job, mengabadikan kenangan dan emosi. Bila pengantin ni dah ada anak 5 sekalipun, walau body tidak se fit ini lagi, walau suami dah tak sibuk nak dukung-dukung lagi sebab bz nak dukung anak2 pulak, tapi setiap kali tengok gambar ni, mesti dia ingat apa yang dia rasa waktu ini, 'otomatis' teringat perasaan itu, disaat gambar ini diambil, perasaan didukung suami buat pertama kali BAHAGIA DAN MENDEBARKAN (eleh..jiwang la aku ni). Aku tengok pun dah feeling-feeling sendiri gataiii no. Korang tengok pun teruja kan. Terus senyum-senyum. Tengok, betapa hebatnya kuasa photographer yang baik, 1 gambar sahaja boleh buat semua orang berkongsi rasa yang sama, tumpang seronok dan bahagia. 

Apaaaa? Korang tak pernah dengar pasal Ministry Of Moment? MOM ni ditubuhkan oleh En. Shafiq Akmal aka Sapex yang sebelum ni bekerja dengan CandidSyndrome. Setahu aku dia memang takde apa-apa kelulusan dalam bidang photography tak tau la pulak kalau dia dah pegi menuntut diam2. Sebab sebelum ni dia amik course komputer dan lulus cemerlang. Di CandidSyndrome la dia belajar menjadi seorang photographer dan dia memang terel bab edit-mengedit ni (mengedit ye bukan mengedik). Dah cukup modal dia buat syarikat sendiri starting on 2009 secara seriusnya. Nak kasi korang lagi teruja, MOM merupakan official wedding photographer untuk Datin Paduka Umie Aida. Kalau aku menang, boleh la feeling-feeling Datin Paduka Erin pulak nanti..wahaha (malas En. Sapex nak layan) 

Kepada anda yang membaca ni, ye anda. Silalah komen, tak kira lah korang pembaca senyap ke pembaca bising ke, aku nak ko komen jugak, cakap hai pun takpe gile desperate ko. Tapi jangan buat komen ala-ala terkejut "eh, besarnye gigi kapak u" aku tangankan kang. Pastu tengok blog aku hari-hari kasi traffic jem. Sehari buka 5 kali macam waktu makan. Okeh sayang :D eleh, tetiba nak sayang2 apehal. Doakan mak menang motor..eh. Ok la, mak nak feeling Datin Paduka jap. Bai

3 comments:

  1. hahahahahhaha. cemane le aku bleh x ingat sebab aku dan mereka-mereka lah yang ko heret g ber-temujanji-buta dengan en Sayang tuh hah. tingat...ada pompuan gile berposing ala-ala mop lantai, dan tak perasan yang en Sayang nye memerhati dari jauh. hambek ko! nasib baik x kena reject.
    oleh sebab aku tau betapa bermakna nye gamba yang sungguh cantik di hari persandinganmu, maka aku komen lah entri ni yek. ingat, kalau menang, make sure gamba aku pun banyak! ahahahahahhaha

    ReplyDelete
  2. aiya...mmg kelakar la gmbr first time korg..kuikuikui...

    ReplyDelete
  3. hye babe,

    thank u for this entry!!! :D

    and congrats for being the first 14.

    as promised, may i know yr hse add? nnt u pass to my email roe233@yahoo.com to be safe k?

    if theres anywhere we can meet near KL do lemme know yeah? thanks babe!

    ReplyDelete