Klik Jommm

Wednesday, December 8, 2010

Hantaran Hunting 1

Tak pernah sekalipun teringin nak tengok Harry Porter, sebab tak suka cerita merepek meraban dan tak real di alam nyata. Tapi kalau bercinta, kau nak pulak feeling-feeling fairytale kannnnn. Tapi sebab tunang tercinta memang peminat tegar, terpaksa ikut bersama. Alah bercinta, i jump u jump. Kena lah ikut je kan. Lepas keluar dari wayang, baru tunang cakap

"Eh, awak tak suka Harry Porter kan?"

ces, ces, ces..baru nak ingat!, semalam masa call berjanji manis ajak tengok Harry Porter tak ingat la pulak kan. Tapi sebab hari tu nak set date kawen, oklah bagi dia can. Jenuh memaksa hati menonton Harry Porter..tssskkk tssskkk. Tapi cerita dia boleh tahan lah.

Lepas tengok Harry Porter, makan laksa dekat Sek. 7, yang tepi jalan dekat dengan Mo'men, sedap betul!! 



Kesayangan membeli laksa dengan bergaya ;p



Laksa yang sedap dan bergaya ;p (sambil lap-lap air liur)

Lepas kenyang dan decide tarikh kawin, kesayangan ajak pergi Jusco Bukit Tinggi dan akhirnya terbeli hantaran sekali. Terbeli ok, nangis aku tak buat budget betul-betul. Lepas belikan dia jam yang harganya boleh buat mak pitam, terus dia ajak beli cincin pulak. Dulu sebelum bertunang, dah set dalam kepala ni, kawen nanti nak cincin jugak, nak cert. diamond. Ma cakap, belilah gelang, untung sebab bertunang dah dapat 2 cincin. Tapi aku kan degil, nak jugaaaakkkk cincin tak kira sebab rasa macam tak kawin kalau takde cincin.




Nasib baik di petang Sabtu yang indah nian tu boleh berfikir dengan waras sambil tepuk-tepuk perut buncit sebab kenyang makan nasi ayam and akhirnya dapatlah seutas charm bracelet begemerlapan. Sebenarnya ade 3 cincin, semua pun berbatu, dah rupa Kak Nam Bedah kalau semua pun nak pakai sekali, tak pakai cincin ini kang, orang tu kecik hati, tak pakai cincin itu kang, orang ni kecik hati. Bila pakai cincin pemberian bakal mertua sahaja, nanti kesayangan cakap:
 
"Awak tak pakai pun cincin saya" 

Charm bracelet yang bergaya tapi bergaya lagi charm bracelet saya ;p


Jadi pakai semuanya, kasi semua berbesar hati. Kalau kawen amik cincin lagi, kan ke dah ade 4 cincin, nak sarung kat mane lagi. Pasrah saja dengan charm bracelet. Sekarang, sambil duduk sorang-sorang dalam bilik, sibuk nak pakai gelang and feeling-feeling kawen..*malu*. Beli hari Sabtu, Isnin baru perasan Habib buat SALE. Tapi buat-buat tak nampak, geram je sebab tak survey dulu, pegi 2 kedai, terus beli. Sayang la punya pasal ni asyik paksa suruh beli jugak, sebab takut dah takde masa ceh, tetiba nak salahkan orang lain pulak. Tapi saya cinta sama saya punya charm bracelet..comel dan bergaya sungguh (taktik memujuk hati)..ahaha.. walaupun kadang-kadang datang perasaan nak cincinnnnnnnnnn.. tapi berjaya ditangani dek charm bracelet yang begemerlapan di tangan kanan lebih-lebih lagi bila dipakai diwaktu malam disinari cahaya lampu kalimantang di depan cermin besar di sebelah tv. Begitu. Bahagia :) 

Pembelian tidak dirancang sebelum balik, set perfume. Brand sama, harga pun sama..adil. Malam tak leh tidur sebab asyik kira-kira balik berapa dah habis..sroott srooott. Lepas ni kena plan betul-betul. Dan sekarang jugak nak buat claim. Ok dah..bai

3 comments:

  1. Dear, biasalah tu nak beli macam-macam..hihi tapi kena ingat jugak lepas kawen..kalau beli cincin lepas kawen pon apa salahnyer kan??mintak wedding gift anniversary ker??hihihi I nasib baik tak ada cincin risik..cincin tunang jer so dapatler nak merasa cincin kawen..hihih beli mana perlu untuk dulang jer..yang bukan nak letak atas dulang lepas kawen pon boley..hihihi bajet ni bajet..hahha

    ReplyDelete
  2. norhayati: tulah, x plan pun nak beli, terbeli..waaaaa. x sempat set budget

    Q: yes dear betul tu..eh, u mmg pandai la cut budget, suke baca blog u..:D

    ReplyDelete