Eh, macam seronok je kan citer kawen-kawen ni..haha. Kalau dulu 6-7 bulan lepas masa tengah hangat prepare untuk engagement, blog B2B la yang selalu di serang. Asyik tengok sana, intai sini. Lepas bertunang, dah hilang minat nak tengok blog orang kawen, sebab belum ada tarikh dan tak tau nak prepare apa lagi.
Tapi sekarang tidak lagi! (sambil buat muka serius macam abg badan ketak2 iklan shieldtox membunuh nyamuk)
Lepas theme colour diluluskan pihak atasan, terus meroyan menerjah semua blog B2B semata nak dapat idea or kembangkan lagi idea yang ada dan yang dah sedia kembang. Bukan kembang lagi dah, dah siap merepek merabankan idea tu lagi. Sampai satu tahap, tetiba nak tukar kaler pulak dah. Oh tidak..tidak, saya berjanji pada diri sendiri yang saya akan menetapkan hati sesungguh2nya. Hati menjadi melting sungguh bila tengok baju nikah Elyana tu..tsskk tssskk..oh biruuuuuuuuuuuuuuuuuu, tergoda imanku. Ok tidak! saya takkan berubah hati. Ye! saya boleh! Gile annoying oh..
Pencarian bakal design bilik pengantin diteruskan (ayat cam bagus-bagus..nyampah) Yang pasti, mahu hias sendiri, tanpa bantuan butik pengantin, jimat. Aku nak yang praktikal, yang semuanya boleh dipakai semula selepas kawin nanti, bukannya letak bunga rimbun-rimbun dalam bilik lepas kawen simpan dalam plastik sampah hitam, letak atas almari dalam bilik adik, lepas 2-3 tahun, agak-agak buruk, buang. Berjimat cermat amalan mulia, jadi dengan ini, aku akan merecycle balik pelamin tunang hari tu. Ingat lagi tak pelamin tunang ai yang ai buat sendiri tu..alaaaa yang kaler pink putih tu..alaaaa yang senget sikit tu, yang aku amik botol ubat Ma buat menahan pelamin dari condong. Auwww, sebab suka dengan pelamin sendiri, nah tengok lagi buat kali ke 8 juta
Walaupun tak sehebat mana dan senget benget, tetap terasa pelamin ini sungguh manis sebab dibuat dengan penuh rasa cinta didada (eh, nak bertunang, smbil panjat kerusi sangkut bunga kat atas tu pun asyik menyengih je)
Bantal, kristal dan bunga tu semua akan direcycle. Kan dah jimat, kristal tu akan di deco macam Eric Leong buat. Itulah gunanya menonton Deko bersama Eric setiap pagi, walau lambat pergi kerja dan terkocoh2 melintas jalan takut lambat sampai opis dan ditangkap Director, tetap ada pelajaran yang berguna dari Eric Leong. Terima kasih Eric (tiba2). Untuk lebih banyak design, mari google dan kalau mahu lagi best tengok saja website Deko Bersama Eric. Aku tak letak link untuk kemudahan kita bersama, cari je di google. Kalau mahu jimat kena rajin, kata dah nak kawen, takmo malas, takmo takmo. Ok mari menonton puluhan design bilik yang menggiurkan, ceduk sini sikit, ceduk sana sikit, wallah. Kita kan B2B yang hebat-hebat belaka, bukan begitu? Mari berpinar bersama.
Bilik aku sempit macam bilik ni, tapi disebabkan bilik tu je yang ada bathroom, sempit pun sempit la
Eric cakap kalau ruang sempit pakai wallpaper as feature wall, baru nampak dramatic sikit instead of cat biasa je, tapi kalau bilik ko sempit macam bilik aku tadi, pakai la wallpaper yang tanah dia kaler cerah.
Sebab bilik ini dan outfit Elyana lah buat aku sibuk nak tukar kaler tema, sweet habis. Btw, korang tau tak mana nak dapat cermin besar-besar gabak camni eh? Takmo IKEA, tempat lain around Selangor. Korang baik kan, kan kan..bagitau la.
**Pix from Google images and Deko Bersama Eric's website
nilai 3
ReplyDeleteI rasa bilik u tak sesempit bilik I kot.
ReplyDeleteMemang kene decor baik punya. Supaya tak nampak terlalu sempit kan.
Bilik i pon sempit sangat..tapi kami akan usahakan bg nmpk luas!!gambate untuk kita semua!!!:) I heart all the design with purple kaler!!1:)
ReplyDeletelil miss: wlau tidak memberikan jwpan yg tepat, tapi aku akn cube pergi ke nilai 3 tu, bwk ko eh..haha
ReplyDeleteyati: ye ke, klu sempit, nak cat kaler gelap2 pun fikir byk kali kan, takut lg sempit.
Q: mari berusaha!! hehe
ai dear,
ReplyDeleteibu ira dah cakap awal2, bilik pengantin nanti will be her room...sebab dia kate bilik ira tak cantik..hisshhh, ada ke patut..
banyaknye gambar.. best cuci mate. hehe :)
ReplyDeleteluvira: xpe kasik chance parents lak jadi pengantin balik..hehe
ReplyDeleteaya: cuci jgn x cuci. sampai berpinar okeh ;p