sobsss..dah 2 minggu tak update. Tidur malam tidak lagi selena dulu. Hari siang tidak lagi seceria dan seindah dulu. Hati menjadi rawan sejak akhir-akhir ini. Busy dengan kerja di opis, busy dengan adik yang menelepon suruh bayarkan bil astro, dengan alasan terlalu busy sampai tak perasan bil sudah t'tunggak 2 bulan, busy dengan adik ke-4 yang ajak menemankan pendaftaran di UiTM nanti, duduk dirumah bujang aku, suka makan pulak tu, busy Cik Bedah ni mengecah-gecahkan dapur. Takde kerja lain kena masak je, walhal adik sudah besar panjang tahu masak nasi dan makan je..sobsss..tapi yang paling busy! busy menguruskan kecerewetan sendiri. Asyik lah nak cari OP hebat-hebat, tapi budget ciput..benci. Sampai takleh tido malam duk pikir, nak amik yang mane satu. Kesayangan pesan jangan cerewet sangat, ambik je mana-mana. Pastu mula emo-emo dengan Sayang, pastu merajuk nak hentam je photographer mana-mana, pastu bile b'fikiran waras, kembali menjadi cerewet. Haissshhh, rasa nak tangan-tangankan diri sendiri. Degil ko yeh. Dah banyak dapat quote dari OP, tapi setiap quote akan berakhir begini:
"HARGA TERSEBUT VALID SEHINGGA 31/12/10 SAHAJA, JIKA BOOK SELEPAS TARIKH TERSEBUT, HARGA BARU UNTUK 2011 AKAN DIGUNAKAN"
Tekanan ok, nak decide dalam masa seminggu ni, tekanan. Lepas tu hari ni baru teringat nak cari OP dari Pahang je, jimat cost aku. Hahaha..tapi penemuan terbaru ni taleh diceritakan kat kesayangan, nanti kena marah sebab last week dia dah suruh book je OP yang aku suka, tapi diam-diam aku tak book lagi..heheh. Ok, cukup pasal OP. Mari cerita tentang our wedding dress pulak.
owwhhh...day dreaming kejap. Standard semua budak pompuan bile dah umur 7 tahun, feeling-feeling nak kawen, walaupun belum tahu, bile dah kawen nanti kena masak, kena beranak keluar kat situ. Pastu masa belajar Sains Form 3, terus macam takut, keluar kat tempat lain tak boleh ke. Sebab masa kecik Ma tak pernah bagitau beranak keluar kat situ, Ma asyik tipu cakap belah perut kasi keluar itu budak. Pastu ada budak lain cakap, eh, keluar kat situ laahh..Tak percaya ni sebab kalau keluar kat situ, mesti baby kurus dan leper, sebab situ kecik, lepas tu imaginasi budak darjah satu, agaknya lepas keluar, tiup-tiup baby macam belon, lepastu dia ngembang. Walau takut dan bergigi rongak (2 gigi depan patah) sebab Along tolak kita jatuh dari kerusi masa kita sibuk-sibuk nak tolong dia sidai kain sebab kita memang rajin dari kecik dan Along adalah orang yang bertanggungjawab terhadap 2 batang gigi kapak kita ni, tetap nak feeling-feeling pasal future wedding dress. Kalau tak, takdelah main kawen-kawen masa tadika dulu kan, kan, kannnnnn.
Disebabkan aku ni kurus kering, dengan berat 45kg sahaja, awal-awal dah takmo pakai kebaya, nanti nampak lurus je, takde curve. Kalau korang body banyak curve, dada ada curve, pinggang curve, bon curve, kaki curve, kepala curve, elok sangat la pakai kebaya, baru cantik jelita pengantin. Alien je kalau kepala pun ada curve..haha
Kalau pakai kebaya labuh, nampak pendek la pulak. Dah la aku ni pendek..tsskkk..
Jadi, aku akan pakai dress..sebab feeling-feeling kain kembang, tak nampak la kurus kering..bukan strapless, ni wedding dress versi muslimah, gile nak pakai strapless kat kampung, kena hambat nanti. Memang simple gile, plain je..tapi sukaa..ahahaha, esok half day, nak pergi decide design mana satu yang cantik di badan dan menyumbang kepada kejelitaan adalah hak milik setiap insan si pemakai...auwwww tak sabar!
Pose wajib depan pelamin bawah khemah ni..ngehehe (pitam org kampung tgk)
Credit: Arma Wedding Couture
*Images above from Google saje*
sabar dear..hehehhe
ReplyDeletesume b2b pun cenggini..rilex k
gud luck in ur wedding prep! :)
thanks dita ;p
ReplyDeletetekanan gile kann..klo vendor ckp harga smpai 31/12/2010 . they are expecting kiter cepat2 book..huhu
ReplyDeleteelya: tu la pasal, tekanan gile..urrgghhh takut klu book sekarang, tiba2 t'jumpe yg lg best..nyesal..but alhamdulillah rin dh manage book 2-2 ni..mls dh nk fikir..
ReplyDelete