Klik Jommm

Tuesday, June 21, 2011

Masih di sini

Unedited
Down to memory lane, Pre Wedding @ Pak Li Kopitiam (place where we first met)


Kat opis lagi ni hah..4 days to go, tapi tengah sibuk memulun kerja lagi, takpe-takpe nasib baik, adik beradik tengah cuti semester sekarang, boleh call je and suruh itu ini. Esok pagi-pagi aku balik Pahang dan bakal memulakan rutin bridezilla..haha..aku tak bridezilla sangat kot, aku pengantin cool..bahaha (kita tengok camne nanti, cool ke Mat Cool)

All in all, rasa sedikit lega sebab sudah hampir sampai hari kahwin. Seriously, wedding preps sangat menstresskan, masa mula-mula buat preparation, semuanya dipenuhi angan-angan indah, tengok gambar baju senyum, tengok make up gini senyum, tengok kasut gitu senyum, bila tinggal lagi 3 bulan, stress gila-gila, stress dengan tunang, bila bergaduh, mulalah rasa dia bukan calon terbaik. Stress sampai satu tahap dah nekad nak mintak putus (aku rasa semua org macam tu kan), tapi nasib baik aku ni mampu berfikir waras lagi, aku cuma rasa nak putus je, blum mintak pun, tak sempat keluar dari mulut, airmata keluar dulu..cane??, hai lah Asrul Sani, saya sayang sangat-sangat dekat awak tau. En. Syg cakap whatever happen, perkataan "PUTUS" takkan sesekali keluar dari mulut dia. Sebab tulah Allah bagi kuasa menceraikan ni dekat lelaki, sebab perempuan ni emosional. Stress sikit putus, merajuk sket nak putus (tampor ko kang)  Stress sebab duit makan asyik tak cukup, beli itu ini, duit habis..sobsss. Duit makan kat tangan skang ni tinggal RM6.00 je, nasib baik esok dah nak balik kampung...sobss. Gaji hujung minggu depan baru dapat, nasib baik hujung minggu ni dah nak bersuami, boleh mintak duit nafkah untuk survive sampai hujung bulan..haha..kesian gila.

Bila wedding dah tinggal sebulan lebih lagi, aku sangat tenang, tak rasa apa-apa, rileks je, tak risau, tak takut, tak stress. Tapi start semalam feeling lain pulak yang datang, perasaan macam masa mula-mula jatuh cinta dulu. Serius, jap senyum, pastu asyik berdebar (gataiiiiiii no), tidur tak lena, mandi tetap basah..haha. Pastu rasa macam "butterfly in my stomach". Tengah buat Sales Report, terangau jap (patutlah sampai hari ni sales report ko tak siap lagi..huhu). Tak sabar nak kahwin, tak sabar nak lupakan semua preparation yang menstresskan ni, nak kahwin tu seronok, but the preparation..urrrggghhh. I just can't wait and hopefully semuanya baik-baik aje. 

Mood: I am deeply in love dan menaip sales report sambil dengar love songs :D

Friday, June 17, 2011

Inai

Saya suka inai, sebab bila tengok orang pakai inai saya rasa seksi. Bukan aku yang seksi, orang yang pakai tu lah. Tapi En. Syg tak suka inai (have I told you yang tunang aku aneh? haha). Dia tak bagi pakai sebenarnya masa kahwin, tapi aku insist (rasa macam tak kahwin kan kalau tak pakai). So dia cakap sila pakai seminimum mungkin dan ia bermakna, inai hujung jari jelah. Terbantut segala anganan nak buat inai lukis-lukis. Baru je nak feeling-feeling diva tayang tangan kat photographer T_T. Dia kata kalau aku nak buat jugak boleh tapi "jangan marah saya kalau saya tak mau duduk dekat awak". Dia geli dengan inai, fine kadang-kadang tunang aku memang sukar difahami dan mempunyai imaginasi yang telalu tinggi dengan menyamakan tangan yang berinai dengan sesuatu yang euwwwww (sebab tu dia tak suka inai T_T)

Tapi baru-baru ni dia ternampak satu gambar dalam website photographer ada gambar tangan berinai lukis-lukis, terus dia pun suruh aku buat lukis-lukis jugak.

Tapi dia cakap baru-baru ni haa, mana la nak nyempat pergi survey inai lukis-lukis kat Temerloh tu, aku ingat belah bertandang nanti kot baru aku buat inai lukis-lukis. Belah aku, kalau sempat, aku buatlah, aku cuti pun 3 hari je sebelum kahwin, Rabu cuti, Sabtu dah nikah. Sempat ke? Banyak gile kot benda yang aku nak kejar 3 hari sebelum kahwin tu.

Gila lame entry aku, aku tengah pura-pura busy nak clearkan meja sebelum start cuti ni. Selonggok lagi menunggu ni hah..bye!


Thursday, June 9, 2011

Kasut Nikah

Setelah penat menanam tebu di pinggir bibir, so hari ni, marilah kita menuai tebu tersebut. Mari mulakan dengan sejarah kasut nikah ini. Sebenarnya kan, kannnn, masa budak-budak lagi, zaman hingus meleleh-leleh, aku pernah tertengok satu magazine ni. Tak ingat magazine apa, tapi ada gambar Zahnita pakai baju kebaya merah menyala, bibir merah yang sekilometer dah boleh nampak bibir je yang berjalan, sanggul tinggi selit bunga ros merah seketul. Dan-dan tu "okeh, bertunang nanti nak pakai baju merah menyala". Boleh tahan lama jugaklah anganan tu, tapi over the years, warna merah dah bertukar pink (ehehehe theme colour masa aku bertunang) sebab tiba-tiba tak berani pakai semuanya merah.

Jadi aku nak realisasikan impian warna merah pada majlis pernikahan aku. Okey, mari lihat tebu yang sekian lama ditanam..eh..kasut nikah. Ini kasut dalam koleksi peribadi (wahhh bunyi cam artis laaa)


Kasut botak berkilat

Aku jarang pakai sebab En. Syg, kalau tengok aku pakai kasut ni, mata dia asyik menataaaappppp kasut je, sampaikan kalau tengah makan, dia suruh keluarkan sikit kasut dari bawah meja, dia nak tengok, boleh?? dan selalunya dia akan jalan kat belakang aku, sekilometer jauhnya semata nak tengok kasut tu bergerak, boleh?? tak boleh nak jalan bersepah, terpaksa aku pura-pura catwalk..haha. Kalau dia bukan tunang aku, dah lama aku cakap "peliknyaaaaaaa" tapi sebab dia tunang aku otomatik bertukar "comelnyeeeeeee". A'ah tunang saya aneh amat..haha

Wednesday, June 8, 2011

Cer Teka

Ya allah, aku bz amat, tapi masih sempat curi-curi update and masih sempat lari pergi Post Office pos kad kahwin. Nak membebel panjang tak sempat, so marilah kita buat teka teki teka tekup..tapi aku rasa most of u dah tau kan, ni DIY yang baru siap Ahad lepas, alahhh yang buat aku tidur pukul 1pagi tetiap malam, yang membikin hati panas rasa nak lambung ke langit je semua, akhirnya siap jugak (sambil hidung kembang kempis..bangga neh..haha)


Eleh, mesti boleh teka punyalah :D


Friday, June 3, 2011

SAVE THE DATE


SAVE THE DATE YAW!!

Date: 25th June 2011 (Sabtu)
Venue: Dewan Taman Sri Semantan 3, Temerloh, Pahang


Saya nak kahwin..YEAY!!.. so kepada readers kesayangan, walaupun saya tak pernah attend satu pun kenduri korang (maafkan saya, saya terlalu sibuk T_T) saya masih nak ajak korang datang, kalau rasa-rasa nak tengok warna biru dalam pelbagai variasi kaler, langsir bilik, deco bilik dan kasut sanding saya warna dark blue, baju sanding saya warna royal blue, pelamin saya warna biru laut (saya rasa lah..haha), hantaran saya warna turquoise, baju family saya warna purple, baju rakan-rakan baik saya (habitat saya muah2) warna putih,  mehlah datang..bahaha, nanti saya bagi upah bahulu 2 ketul, kalau tanak datang takpelah, nanti lepas kahwin, saya boleh kumpul kuih bahulu yang berlebihan buat breakfast, lunch n dinner sementara tunggu gaji masuk lepas kahwin. Ok, melalut, meh lah datang Temerloh, meh lah. Lepas kenduri saya boleh singgah bandar Temerloh makan ikan patin..syoookk wooooo.

Cepat tanda kalendar masing-masing, lepas tu send email kepada saya di airin2306@yahoo.com, bagitahu alamat ok, kalau taknak datang jangan email, saya merajuk..huhu. Ok serius..jemput eh datang korang, kecik tapak tangan, saya pinjam tangan En. Syg untuk tadahkan, sebab tangan dia besar :D

Jemput Datang eh.


Thursday, June 2, 2011

of my bad habit

Semua orang ada bad habit..tipulah, ko takde bad habit. Satu bad habit aku yang paling aku sendiri rimas ialah kuat merungut..amaaaaaaatttttttt rimas. Dulu-dulu tak perasan pun, tapi bila dekat-dekat nak kahwin ni, banyak benda ko mula nak muhasabah diri sendiri. Sebab takut suami rimas, so kena la belajar berubah. Tapi disebabkan dah biasa sangat merungut, kadang-kadang tak perasan. Kadang-kadang, lepas merungut barulah aku macam tersedar. So sekarang ni habit merungut nilah aku nak buang, slowly, insyaallah.

Satu lagi habit aku moody tiba-tiba, tengah elok-elok, kang tetiba je moody. Tapi aku ni jenis moody kat En. Syg je, orang lain tak. Biasalah perempuan kan, sebulan sekali mesti ada time moody nya. So mangsa aku En. Asrul Sani lah. Kadang-kadang kalau aku moody, nanti dia tanya "awak period eh?". Pastu dia senyap je lah, menengok muka cuka aku, sebab tetiap bulan pun dia kena jeling garang..haha. Tapi taklah all the time, kalau all the time, tak mau dia kahwin dengan aku ni. Aku kalau moody, aku kurang bercakap..diammmmm je. Tapi moody yang paling disesalkan adalah masa pre-wedding photoshoot itu hari, aiyoooo hari tu memang hari moody, menyesal gilakksss, aku enjoy tapi tak enjoy yang bebetul enjoy, rasa nak buat pre-wed sekali lagi. Ok, dah tak sempat, 23 days to go. Post Wed je lah nanti eh, ohhhh boleh peluk-peluk secara extreme..haha



 Kitaorang kena berlakon bercakap, nak tahu En. Syg cakap apa "sedapnya ice blended, jap lagi saya nak order ice blended lah" Dahlah dedua tengah lapar masa ni..haha


Aku suka gambar ni, eh banyak jugaklah gambar aku suka sebenarnya..huhu, sebab moody aku hampir tidak kelihatan di semua gambar-gambar prewed aku. Cd otw, nanti dah dpt cd aku upload prewed picture aku ok and bagitau korang siapa photographer yang best tu. Ke..ada yang dah tahu? Cer teka, cer teka :D


Wednesday, June 1, 2011

Invitation Card

DAH SIAP *joget-joget ayam*, tu pun dah berdebar-debar takut tak sempat siap sebelum aku balik kampung buat kali terakhir sebelum kahwin. Nasib baik dah siap. Padahal kebenaran bernikah pun baru minggu ni nak buat..tiba-tiba pulak risau ni. Kebenaran bernikah tu sehari je kan prosesnya? Ayooookkk tetiba takut ni, takut tak sempat, boleh?

Tetiap minggu dah beratur agenda, asyik fikir, "Ya allah, sempat ke aku ni?", sampai satu tahap dah malas nak fikir, ikut flow je, kalau lagi difikir-fikir stress aku jadinya. Doakan aku yang baik-baik ok. Cece pesanan macam dah tanak update blog dah lepas ni. Meh tengok kad aku, kad emergency. Dah keluar RED ALERT baru hegeh-hegeh nak pergi buat..haha. Takde satu doa untuk pengantin pun aku letak dalam tu, cuma ada peta dengan nama kitaorang semata. Aku dah tak sempat nak byk cekadak, aku iyekan aje semua.



Simple je ;)