Klik Jommm

Friday, June 17, 2011

Inai

Saya suka inai, sebab bila tengok orang pakai inai saya rasa seksi. Bukan aku yang seksi, orang yang pakai tu lah. Tapi En. Syg tak suka inai (have I told you yang tunang aku aneh? haha). Dia tak bagi pakai sebenarnya masa kahwin, tapi aku insist (rasa macam tak kahwin kan kalau tak pakai). So dia cakap sila pakai seminimum mungkin dan ia bermakna, inai hujung jari jelah. Terbantut segala anganan nak buat inai lukis-lukis. Baru je nak feeling-feeling diva tayang tangan kat photographer T_T. Dia kata kalau aku nak buat jugak boleh tapi "jangan marah saya kalau saya tak mau duduk dekat awak". Dia geli dengan inai, fine kadang-kadang tunang aku memang sukar difahami dan mempunyai imaginasi yang telalu tinggi dengan menyamakan tangan yang berinai dengan sesuatu yang euwwwww (sebab tu dia tak suka inai T_T)

Tapi baru-baru ni dia ternampak satu gambar dalam website photographer ada gambar tangan berinai lukis-lukis, terus dia pun suruh aku buat lukis-lukis jugak.

Tapi dia cakap baru-baru ni haa, mana la nak nyempat pergi survey inai lukis-lukis kat Temerloh tu, aku ingat belah bertandang nanti kot baru aku buat inai lukis-lukis. Belah aku, kalau sempat, aku buatlah, aku cuti pun 3 hari je sebelum kahwin, Rabu cuti, Sabtu dah nikah. Sempat ke? Banyak gile kot benda yang aku nak kejar 3 hari sebelum kahwin tu.

Gila lame entry aku, aku tengah pura-pura busy nak clearkan meja sebelum start cuti ni. Selonggok lagi menunggu ni hah..bye!


3 comments:

  1. hahaha..miza nikah sabtu, cuti start khamis kot...sama la kita...:P

    ReplyDelete
  2. Mesti cantik buat ukir ukir ni. Hafiz ke photogrpaher u on ur big day? I pun hire hafiz gak.. =))

    ReplyDelete
  3. asz: congrats to u too

    ainee: a'ah kan..no, hafiz photographer masa prewed je, kahwin nanti orang lain :P

    ReplyDelete