Eh..tak, tak, belum lagi. Aku single lagi ni, belum ber'dua' lagi. Ni cerita pasal nafsu sendiri. Kalau bulan puasa ni nafsu makan kemain lagi. Kalau boleh satu bazar ramadhan tu nak beli kannnnn. Hari Isnin baru ini kemain lagi aku teringin nak makan ayam goreng McD yang spicy tu, pedas dia memang meletsss. Setiap kali pergi McD, tulah makanan wajib aku, aku kurang sikit makan burger-burger ni, kalau beli set french fries pun aku tak makan sangat. So sebab En. Syg cakap dia nak singgah McD beli makanan buka puasa, laju je aku order ayam goreng. Dari pukul 12 tengahari dah terbayang-bayang keharuman, kepedasan, kesedapan, kelemakan, segala ke la melambai-lambai mintak dimakan..haha.
Sekali petang tu, En. Syg call bagitau dia dapat Spicy Chicken McDeluxe bukannya ayam goreng spicy, masa tu dia dah kat Putra, tak sampai hati pulak nak suruh dia pergi McD balik, aku pun on je walaupun bergenang air mata aku. Lepas tu dia salahkan budak counter sambil bagitau balik kat aku cemana dia order "Sy nak order spicy chicken satu set" Grrrr..len kali cakap BM senang, cakap omputih dah dapat benda lain. Aku makan sikit je, yang separuh lagi burger En. Syg habiskan, gila lapar, nak tidur pun tak boleh, En. Syg pulak tidur mati, langsung tak tengok betapa terseksanya isteri dia ni nak tidur dalam kelaparan.
Petang semalam sebab lapar sangat, aku beli nasi campur walaupun dalam hati berazam nak makan ayam goreng McD. Tapi sebab lapar adalah di tahap kritikal, terpaksa jugak beli nasi. En. Syg sampai rumah time orang dah azan, dia hulur beg dekat aku, bila bukak je, wahhhhhhhhh bersinar mata hitamku. Ada ayam goreng spicy McD, terus air mata berderai-deraian sambil minum air, seumur hidup nilah kali pertama aku menangis sebab nakkkkkkkkkkkkkk sangat makan something. Aku pun pelik..haha. En. Syg tengok aku nangis terus tanya "terharu tak?" sambil angkat-angkat kening "isteri punya pasal, lautan api sanggup ku redah". Ok over gila statement dia, elehhhh dia punya pasal la aku tidur dalam kelaparan semalam. Pastu makan sorang-sorang, ya allah heaven gilee.
image from Google
Pagi tadi mendapatlah aku sakit perut cer-ber. Perut kan kosong, makan pulak yang pedas-pedas. Dahlah pagi tadi datang lambat, parking semua dah penuh, aku dah berpeluh satu badan ni nak gi toilet. Lepas parking kereta, aku berlari naik office. Walaupun sampai sekarang perut still sakit lagi, tapi memang puas hatilah, dapat jugak pengidaman aku. Oh, hari ni macam teringin nak makan chicken winglah..hmmm
erm...sdp..sdp..sdp...
ReplyDeletemacam mengidam juge arinih..
nk call incek asben la..hehehe
ho.ho.ho...itula feberet menu awok dari dulu ek...he.heh..cedapnya..nk cket..
ReplyDeletesweetnye en asben..very understanding bini dia tgh mengidam sgt2!!,hehe..
ReplyDelete