Subhanallah, malas gila kot nak update, dari semalam setiap kali click New Post, terus jari lembik nak menaip..padahal kat office cuma ada 5 ketul manusia sahaja, kerja pun tak banyak, memang bolehlah sangat kalau nak buat 15 entry pun.
Office aku takde annual dinner, kalau ada pun setiap tahun hanyalah CNY dinner, itu dinner wajib. This year punya dinner boleh bawak spouse memasing, nak tau company aku ada berapa orang, hanya 7 orang sahaja, kecik gila kan. So kemana kita dinner ini tahun?
Cinnamon Cafe di One World Hotel, Bandar Utama
Itu muka baru balik kerja, kalau dah ada 7 ketul je colleague, tak payahlah kau beria balik rumah, pakai dress, mekap cecantik, membazir ye anak-anak, sebab kaedahnya semua orang gerak dari office terus terjah tempat dinner.
Kitaorang sampai agak lewat, sebab En. Syg pick up aku kat office pun lewat sikit
Sampai je, diaorang dah start makan, siapalah yang nak tunggu kitaorang yang lambat ni, tu pun banyak kali diaorang call tanya kat mana. Cinnamon Cafe ni ada bermacam-macam jenis food, ada Japanese, Asian, Mamak, Chinese, Teppayanki, Indian and Malay. So ada banyak station, pergi je station mana ko nak singgah.
The deco
Dambaan ku selalu..hehe
Suamiku
Ni my colleague, the only chinese girl in the office. Malay pun 2 orang je, aku dengan sorang lagi budak account, yang lain semua chinese guy. My review, oklah kot Cinnamon Cafe ni, aku dengan En. Syg makan sampai se'eh (kenyang bahasa orang pantai timur) Yang paling geram, aku kan suka makan sushi/sashimi, tapi boleh tengok je tak boleh makan..sobsss, dah niat dalam hati, habis je confinement nanti nak pergi makan Sushi King, dah lama gila "puasa" ni.
P/S: Wahhh berjaya jugak update hari ni..bye!
No comments:
Post a Comment