Pindah memang penat, tambah-tambah lagi dengan keadaan aku sekarang, nak pulak kitaorang memang tak sewa lori, semua barang angkat sendiri sebab En. Syg beli rumah beberapa minggu sebelum kitaorang kahwin, so awal-awal dah tau memang akan berpindah, sebab tu kitaorang tak beli barang rumah, hiduplah macam orang bujang kat rumah sewa, tidur atas tilam, ada mini bar je, baju kalau tak balik basuh kat Rawang, aku hantar dobi. 6 bulan lebih jugaklah.
Tukang kemas aku, tukang angkat En. Syg. Adalah jugak aku angkat, tapi yang ringan-ringan je lah. Maaf ye bang, sila jadi gagah perkasa sorang-sorang. Sampai demam-demamlah jugak dia sebab angkat barang. Dah last-last baru mintak tolong cousin En. Syg tolong angkatkan. 3 minggu weekend baru settle angkat semua barang. Lepas tu terkejar-kejar pulak nak beli fridge, washing machine dengan katil. Memang penat, aku rasa hilang tumit aku ni. Nasib baik family in law datang tolong kemas dapur.
Barang dapur
Sesi membuang barang-barang zaman bujang yang agak-agak dah tak perlu, aku malas nak angkut sampah pergi rumah baru, nyemak je.
Baju-bajan
Angkut dengan kereta je, sikit-sikit sebab duduk rumah tinggi, jenuh mengangkut dari rumah ke lif, turun lif, angkut pulak ke kereta, manalah cayang bucuk intan payung tak demam. Paling demam kena angkat tong gas, gila nak putus urat lelaki gagah perkasaku..auww
Last day, 31/12/11, kitaorang pergi semula ke rumah sewa untuk kemas, sapu, buang sampah dan mop. Takkan nak pulang balik kat tuan rumah bersepah-sepah kan. Lepas tu dapat balik duit deposit, duit yang dikorek dengan susah payah sebab masa tu sibuk nak kahwin, banyak nak pakai duit, terpaksa pulak keluarkan duit depo rumah sewa. Nasib baik tuan rumah jenis yang bertolak ansur, depo pun sebulan je. Ok tu je, nanti update pindah part 2 eh, mengemas rumah baru pulak..bye
mmg penat...
ReplyDeleteok la tu MIL ader tolong..
hari tu Gadis kemas sorg2 jer..
Alhamdullillah 1 hari siap...=)
seronok dah pindah masuk umah sendiri sebelum beranak..umah saye mase ngah pantang baru siap..orang sibuk2 berpantang..mase tu sibuk2 nak handle siapkan umah..huhu
ReplyDeleteawat le tak bg tau? bleh je kami ni tolong kemas/angkat barang. haih lah. gedik tau.
ReplyDeletegadis: masa pindah gadis masih gagah perkasa, saya ni membawak, kemas pun lembab..hehe, jap jap urut kaki, jap lg berenti tidur pulak..haha
ReplyDeleteaty: takpe, slow2, pantang dulu betul2, lepas pantang baru handle rumah tau
syeira: issshh seganlah mak...ala lagipun nak menguji kejantanan suami la..hahaha