Klik Jommm

Friday, February 10, 2012

Rumah Baru

Rumah ni start buat dari sebelum aku kahwin lagi tau, masa tu Pa berniat nak buat kenduri aku kat sini, tapi bila tarikh kahwin makin dekat, tetaplah tapak je yang ada, seketul batu pun tak letak lagi, masa tu baru siap ratakan tanah je. Pa suruh aku tangguh kahwin dan tunggu rumah siap, tapi aku tak nak. Nasib baik aku taknak, kalau tak, sampai sekarang tak kahwin-kahwin lagi aku ni, masih lagi bertunang-tunangan ngan En. Syg, baby pun tak wujud lagi..hehe, gila lama nak settle rumah ni. Rumah yang kitaorang duduk sekarang kat taman, rumah ni Pa buat kat kampung dia, dalam 10 minit dari rumah sekarang. Lepas rumah ni siap, rumah kat taman tu akan buat homestay, kalau jadi nanti, aku kasi iklan eh, boleh lah sesapa yang nak kahwin dengan orang Temerloh sewa.



Design sendiri, beli barang pun sendiri, tapi bukan buat sendiri, upah Indon buatkan



Living hall




Ni bukan Indon, ni suamiku, En. Syg kena dera mengecat rumah dengan abang ipar aku. Itu aktiviti lelaki, aktiviti perempuan pulak, memasak, lepas tu packing-packing bawak ke rumah ni, berkelah.



Lunchtime, berkelah dalam bilik kedua



Dah katanya balik Temerloh, tak lengkap kalau tak masak Tempoyak Ikan Patin, aku makan berketul-ketul, takut tak sempat dah nak makan nanti, tak taulah bila lagi nak balik Temerloh, sebab aku kan dah sarat lepas tu nak berpantang kat Rawang nanti. Hujung-hujung pantang kot baru balik Temerloh. Lama jugaklah kena "puasa" makan ikan patin. Hopefully rumah sempat siap sebelum aku bersalin, dah lama sangat kot projeknya, mengalahkan buat rumah banglo, dari belum kahwin, dah kahwin, dari tak mengandung, dah nak bersalin dah ni. Oklah tu je, bai

3 comments:

  1. cita2 aku pun nk buat rmh...nnti suh pa ko jd kontraktor blh??haha...

    ReplyDelete
  2. cantiklah umah kak erin.. :). nnti tunjuk umah kat Bukit Jelutong lak. hehe.

    kak erin... ada ym x?

    zakiah nk add.

    tq

    ReplyDelete
  3. z'da: bukan abg ipar ko kontraktor ke..hehe, klu suh pa aku tah taun bila la nak siap :D

    saya zakiah: tadek YM la syg, dh lama tak online YM

    ReplyDelete