Klik Jommm

Tuesday, February 14, 2012

Shopping barang baby

Ok, ni part 2. Part 1 dah ku habiskan RM400++ Parkson Voucher, part 2 ni kena korek tabung ayam sendiri (lari senyap-senyap masuk bilik, korek tabung ayam En. Syg..haha). Takdelah memain je, dik kemain mahal baju ko dik, baju kecik je, tapi sehelai dekat RM20.00, tu belum kira seluar lagi. Hari tu pakai voucher, main tengok sipi-sipi je harga, "Apa? RM30 sehelai, ok ambik, yang tu? RM40 ok amik jugak" wah mentang pakai voucher, skang tengok harga.."Apa, RM19.90 dapat baju je?" baju kecik ko lagi mahal dari baju kecik mummy tau..eh..hahaha. Ok gurau-gurau, tidaklah aku berkira nak beli baju anak sendiri, lagipun tahan lama, sok anak yang next pun boleh pakai lagi. Itu cerita part 3, skang nak cerita part 2 dulu.

Aku suka survey online baby store sebenarnya, tengok-tengok harga, banding-banding harga, ada online store yang murah ada yang sedikit mahal, pandai-pandai sendirilah survey kan. Dah survey 2-3, aku decide nak pergi MyBBStore dekat Kelana Jaya, sebab dekat dengan rumah, aku nak pergi OneBabyWorld, tapi humangaih kemain jauh, so takpe pergi MyBBStore jelah sebab harga diaorang pun lebih kurang sama. 




Tapi ye anak-anak, menjadi pasangan yang buta jalan ni susah, aku buta, En. Syg pun buta. Dah print map siap-siap, satu KJ tu dah pusing, sampai aku naik fed-up and ajak En. Syg balik, 2-3 kali call MyBBStore tanya camne nak pergi sana, kemainlah susah, susah sebab rupanya ada construction kat simpang masuk Zenith Corporate Park tu, camnelah nak nampak dengan bulldozer berselirat kat depan tu, zink buat tutup site lagi, nasib baik sampai jugak akhirnya. Kecik je kedainya, adalah 2-3 barang yang aku nak takde, nasib baik 2-3 barang je, kalau semua pun takde memang menyirap aku. Berpeluh ketiak mencari kedai..ceh statement cam ngayuh basikal je kan. 



Hasil belian di MyBBStore

Bila tengok balik, laaa sikit je. Papa Diaper bag tu aku beli yang besar, senang, sampai anak besar pun boleh pakai lagi buat beg balik kampung. Sapu tangan pulak aku beli Bumble Bee ada 8 helai terus, kain dia lembut je. Receiving blanket Bumble Bee tu memang dah lama teringin, kebetulan masa tu stok baru sampai, aku ambik je walaupun harga dia RM49.90, sebab hari tu ada nampak kat mana ntah, harganya murah sikit, malas nak fikir. Ketik kuku First Year RM9.90 je dapat 2, aku panggil ketik kuku, korang panggil apa ye? Pemotong kuku eh?



Ni brand botol susu idaman sejak zaman anak dara, gila berangan tak ingat..haha. Masa tu temankan adik aku beli botol susu untuk anak dia, first time tengok Tomee Tippee terus jatuh hati. Satu lagi aku suka Momma, nak pulak bila botol tu pakai baju sejuk zip-zip tu, ya allah comel rasa nak baling ke dinding. Tunggu anak dah besar sikit nak beli Momma pulak. Tu pun kalau dia mau. Aku beli 5oz twin pack dengan 9oz twin pack warna biru, sebab geram tak tahan tengok kaler-kaler. Ok, perbelanjaan di MyBBStore: RM261.50, kachinggg, (lari senyap-senyap masuk bilik lagi cari tabung ayam En. Syg lagi satu..heee). Bye sayangggsssss.


5 comments:

  1. hee shopping barang baby memang boleh berpeluh ketiak time nak membayarnye ehehe.. tp suka tengok barang baby! sume comel comel :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amal, hehe, a'ahkan, tulah semua pun rasa nak beli, tapi kena tahan sabar..baby dh lahir pun boleh beli lagi

      Delete
  2. Pump baby jangan lupa beli..survey la kat enjoybreastfeed.com terbaik servis dia

    ReplyDelete
  3. Yaati: thanks, memang tengah survey lagi ni

    ReplyDelete
  4. Shopping online? Barangan Baby Dengan Harga Murah Sila ke Blog Kami @ "Smiley Baby Shop"

    ReplyDelete