Klik Jommm

Monday, February 20, 2012

Aktiviti Ahad

Seperti biasa, aktiviti hujung minggu, kalau tak balik kampung, kemana lagi? ke pasarlah kita. Barang dapur habis langsung, sebab minggu lepas tak pergi pasar. Minggu lepas kitaorang balik kampung, balik dari kampung pun hari Isnin malam, hari kerja memang tak kose la aku nak ke pasar, penat meredah jam lagi. So last week makan cara-cara kais pagi, makan pagi, kais malam, makan malam, korek-korek apa yang ada dalam fridge jelah. Nasib baik 2 minggu lepas pergi pasar beli barang agak banyak jugalah, adalah jugak benda yang nak ku korek-korekkan, kalau tak, korek ais dalam peti je lah.

Otw nak ke Pasar Seksyen 6, kitaorang akan lalu roundabout stadium tu, tiba-tiba terus ajak En. Syg beli barang kat pasar stadium, dah lama tak pergi. Last sekali masa zaman kebujangan dulu kot. Zaman bujang pergi pasar beli makanan siap je, mana ada nak tengok barang basah ni, dulu duduk rumah sewa, agak takde lauk, makan roti je pun jadi. 



Suami mithali bersama troli



Isteri mithali pergi membeli..hak tuih..ehem, kelihatan kurus dari belakang



Kelihatan lebar dari tepi..haha, En. Syg selalu tanya kalau aku pakai baju ni, "awak tak rasa pelik ke pakai semua kelabu". Eh aku suka baju kelabu ok, fav color. Kalau dapat pakai uniform kelabu ni, terasa jelita..haha



Ikan-ikan, ikan patin pun ada, tapi aku tak beli, nama je suka makan ikan patin, tapi tak reti masak, makan aku reti.



Breakfast lepas membeli-belah, teh tarik dan bihun sup. Tak sedar diri HB rendah, nak jugak minum kafein, tapi aku cuma minum bila teringin je. Kalau asyik nak minum je, kang En. Syg dia punya jeling sampai nak juling pastu hep hep kan aku.



Bihun sup aku dah sampai, tengah tunggu En. Syg pergi cari Nasi Kerabu, aku yg suggest dia makan nasi kerabu, sebab aku nak kecek sikit.

Lepas breakfast ingat nak jalan-jalan, tapi hujan, so terus balik. Sekarang, setiap kali minum kafein, konfirm aku pening-pening lalat, tak tau kenapa, ke aku yang psycho diri sendiri?



4 comments:

  1. dear,,kalo dari belakang nampak slim tu..org kata baby boy.. =)

    ReplyDelete
  2. ika: memang doktor ckp baby boy pun..hehe, tp tak taulah klu tiba-tiba keluar girl :)

    ReplyDelete
  3. rindu pulak pasar tani shah alam nie..kena gi nie sebelum bsalin nie..

    ReplyDelete
  4. yaati nor: tmpt feveret ai..hehe

    ReplyDelete