Heyya, semalam birthday En. Syg and semalam jugak En. Syg register nama baby dan cukur rambut baby sekali, sebab semalam baby genap 7 hari.
Ok update secara pantas sebab baby baru je tidur, kalau dia jaga kang dia nak bergayut dengan mummy dia ni sejam lebih, baby boy memang kuat menyusu, kadang-kadang sampai tersengguk aku ni hah, nak tunggu dia kenyang, cepat besar ye sayang.
Hari Sabtu (7th April)
Malam tu aku dah start rasa mild senggugut, mild je, lepas tu tersangatlah lawas, makan sikit nak ke toilet, makan sikit nak ke toilet. Malam tu jugak En. Syg sempat bawak aku pergi makan kat Noodle Station, sebab hari tu aku ada cakap kat dia yang aku teringin nak makan mee sup kat situ. Dan sempat jugak beli barang dapur sikit, sebab esoknya family mertua nak datang rumah. Malam tu tidur tak berapa nak lena, asyik terjaga sebab mild senggugut tu.
Hari Ahad (8th April)
Masa tunggu En. Syg buat breakfast aku dah start rasa contraction, tapi tak konsisten, kejap 10 minit sekali, sekejap 8 minit, sekejap 15 minit, ikut suka hati diaaaa je. Pagi tu aku kiralah jugak, tapi lepas tu dah malas. Bila family mertua dah sampai rumah, terus lupa nak kira, lagipun tak sakit sangat, dan aku sempat pesan kat baby, kalau nak lahir tunggu aku makan seafood dulu malam tu, sebab En. Syg yang ajak family mertua datang, nak belanja dinner kat Restoran Tasik Indah
Dinner memang best, aku lah makan ketam paling banyak sekali, balik tu aku cakap dengan baby, "mummy dah makan ketam, so baby boleh keluar dah bila-bila, esok pun boleh"
Kitaorang sampai rumah pukul 11pm, tengok ABPBH kejap, aku sempat kemas dapur, basuh baju dan kemas rumah sikit, around 12am macam tu baru masuk tidur. Pukul 2am aku terjaga sebab rasa contraction yang kuat, tapi aku tidur balik, pukul 2.10 pagi aku terjaga lagi sebab rasa contraction, terus tengok jam tapi aku still baring, tiba-tiba, slow je bunyi "tik", aku rasa basah kat bawah, aku pegang, macam ada air, aku terus bangun buka lampu bathroom dan tengok atas katil, ada air tapi 2-3 titik je. En. Syg terus terjaga, dia tanya aku "awak ok ke tak?". Masa tu aku dalam bathroom dah bukak seluar sebab nak pastikan air apa. "Saya rasa macam air ketuban dah pecahlah, tapi bila berdiri takde pulak dia keluar" habis je cakap air ketuban mengalir slow je. "Eh, betullah sayang, air ketuban dah pecah". En. Syg terus bangun capai jeans, pakai baju dan panik. Aku pulak duduk kat toilet nak cuba berak sambil En. Syg mengadap aku..bahaha. Dia dah tentu hala, aku pulak kalau boleh nak sembahyang hajat dan baca surah Maryam dulu, tapi En. Syg tak kasi dah, dia risau, sebab anak first takde experience dia kata, kang kalau terberanak camne. So lepas bersiap bawak barang sikit, terus off to Hospital Selayang.
Otw ke Selayang dah start rasa contraction 10 minit sekali, dan air ketuban dah mencurah-curah. Sampai je hospital, lepas register, tukar kain batik dan ready for VE. VE adalah sangat menakutkan, at least bagi akulah. Selalu membayangkan VE tu sakit, memang sakit pun and rasa tak selesa sikit. Dr kata dah 2cm, so warded. Pukul 4am, adik ipar, mak mertua dan pak mertua aku sampai, so mak mertualah yang tolong temankan dalam wad, gosok-gosok kaki aku bila contraction datang. En. Syg tunggu kat luar dengan pak mertua aku. Pukul 9am contraction dah jadi 5 minit sekali, sekali dia datang menggigil-gigil aku menahan sakit, dalam sakit tu pun aku still makan, sebab akak depan katil pesan suruh makan, takut takde tenaga nak meneran nanti, contraction hilang je, aku kunyah kuih laju-laju, sedut milo cepat-cepat, bila contraction datang aku jalan keliling wad, lepas tu cakap kat akak depan katil "sakitnya kak, tak nak dah, tak nak dah" hehe
Bila contraction makin kerap, aku paksa En. Syg temankan aku, masa tu, sakit dia jangan ceritalah, aku pegang besi baby cot tu macam nak patah, En. Syg hulur tangan dia pun aku tak nak pegang, doa Nabi Nuh pun aku dah lupa masa tu, En. Syg yang bacakan, aku mengerang-ngerang dah, setiap kali contraction berhenti aku minta maaf dengan En. Syg sambil air mata mengalir drama hindustan sangat nak tunggu pukul 10am untuk Dr check bukaan macam 10 tahun, berkali-kali aku tekan bell minta pethadine, takde sorang pun yang attend aku. Second VE, doktor lelaki yang buat, muka dia rileks je nak jolok aku, aku ni dah menggigil-gigil dah. Masa tu ada 2 doktor lelaki dan 3 nurse. Pukul 10am dah 6cm bukaan, so diaorang tolak ke labour room.
Sampai labour room, tukar katil, nurse tukarkan baju dan VE lagi, Masa ni dah sakit sangat, so VE langsung tak terasa. 8cm aku dah terasa nak meneran, ada sorang doktor perempuan yang tolong besarkan bukaan, dia pusing-pusing tangan dia kat bawah, aku bernafas pun dah tak tentu hala, berpeluh sejuk macam orang lari marathon, diaorang bagi gas pun aku dah taknak sedut, sebab terlalu sakit, aku rasa macam aku berada dalam dunia sendiri dah, dah tak peduli sekeliling, aku ingat moment En. Syg sebut "push, lagi sayang sikit je lagi" sebelah aku, lepas tu 2 orang nurse tolak perut aku, adik ipar aku sebut "teran macam tu..haaa pandaiiii, lagi kak erin" lepas tu aku nampak Aish atas perut, nurse sebut baby collapse, nurse angkat tanya baby apa, jahit, sekali lagi aku paling, aku nampak Aish terkebil-kebil tengok aku dalam baby cot, dia tak menangis pun, tu je, yang lain aku lalok kot..haha. Kesimpulannya, aku tak pandai teran sebab tu Aish hampir lemas, adik ipar aku cakap, lepas Aish keluar dan tak respond, dia dah panik sekejap, tapi kejap je, sebab tak sampai berapa saat Aish terus high pitch. Syukur alhamdulillah, walaupun sampai sekarang aku keep on wondering, kenapalah aku tak teran betul-betul hari tu, aku dah test teran tau masa pregnant dulu, yakin je boleh, tapi takpelah kan, dah bahagian aku agaknya. Luka epi aku agak besar jugaklah, sebab adik ipar terpaksa potong panjang sikit nak keluarkan Aish yang kepalanya kejap keluar kejap masuk. Ok, takpe, there is always second chance, nanti anak kedua aku teran betul-betul..pewittt anak kedua ko, bukan tadi cakap taknak dah ke...haha.
Itu bahagian aku, mungkin tak sama dengan korang nanti, so jangan takut ok. Doa banyak-banyak insyaallah dipermudahkan, aku tak minum air selusuh pun, aku cuma sempat buat air yasin dan maryam je, tu lah air yang aku minum sebelum bersalin, air tu aku buat sendiri tau, aku baca sendiri sorang-sorang. En. Syg tak sempat buatkan air selusuh untuk aku, air akar fatimah pun aku tak sempat minum. Perasaan sekarang lega gila bila dah selamat bersalin, proud of myself, aku rasa melahirkan anak adalah achievement paling besar untuk aku, lebih besar dari dapat degree dulu. Dan bila dah bersalin, rasa sayang kat Ma makin bertambah, baru tahu besarnya pengorbanan nak jadi ibu ni. Oklah dah dekat pukul 11pm ni, Aish Yusuf dengan Asrul Sani dah tidur tu, aku pun nak join, jap lagi nak jadi burung hantu, bye
tahniah.. kerana dah jadi mummy.. biasela lain org lain caranye... xsempat nk jumpe nnt nk citer...
ReplyDeleteyang bace ni pon jadi kabut nak bace ape yang jadi...hehehehe..:)
ReplyDeletewah,nervesnye rs....
ReplyDeletetp ape2 pon,alhamdulillah sumuenye dah selamat
tahniah dah berjaya jd ibu....
aduh nerves gak mia dgr cite....pepun semua dh selamat....jaga baby elok2x erin
ReplyDeletehappy and so proud of u.. can't wait to see u & bb !
ReplyDeleteI bace entry u nie sebelum tidur.
ReplyDeleteLast2, I mimpi jadi mcm u. Haha! Bangun pagi check ade air ketuban pecah tak :))
The way u write ur entry nie sgt mencemaskan okey! :-s
Phew.. But I like..
alhamdulillah...asalkan sumenye selamat...nebes tunggu my turn pulak ni..mudah2an dipermudahkan..amin!
ReplyDeletecongratsssss.. finally :) seronoknya ada baby kan? i dah kawin 3bulan, belum ada isi lg.. blm ada rezeki kot..
ReplyDeletehmm baru singgah blog ni.. tahniah dah merasai nikmat bersalin.. hihi nikmat yer.. :) bila dah kluar baby, hilang semua rasa sakit kan.. saya tak lalu semua tu, saya planned cser huhu
ReplyDelete