Klik Jommm

Friday, April 6, 2012

Set Bersalin

Set bersalin ni banyak, sediakan duit je lepas tu pilih nak set yang mana, dan kebanyakan set bersalin ni jamu. Since aku decide nak fully breastfeed anak sendiri, of courselah jamu tidak menjadi pilihan. Mak mertua suruh makan lepas habis pantang nanti, tengoklah dulu, kalau ditakdirkan aku dapat menyusu baby sampai umur 2 tahun, tahun bila la pulak nak makan jamu kan. Kang panas pulak anak aku. Lepas 2 tahun ingat nak tambah baby lagi..so cer bagitau bila nak start makan jamu? Wah ko yang 38 minggu dalam perut belum keluar lagi dah cakap nak tambah anak kannnnnnn.

So since aku tak berani nak makan jamu, aku just beli Breastfeeding Supplement dari Shaklee je. Supplement ni sesuai untuk ibu menyusu dan juga kesihatan kitalah. Lepas bersalin kan badan lemah-lemah, so supplement ni 2 in 1 lah, untuk kesihatan dalaman kita dan jugak untuk penyusuan anak. Since aku tak pernah try apa-apa supplement dari Shaklee, aku beli trial set dulu



Trial set ada Shaklee B-Complex, Shaklee Vita-Lea, Shaklee Vita-C and Shaklee Alfafa Complex cukup untuk 30 hari sahaja. Kita cuba dulu, kang kalau aku rasa sesuai, bolehlah order full set pulak. Aku beli dari Kedai Ibu. Murah je RM80 termasuk postage dapat free gift brooch sekali.



Lepas tu murah rezeki aku agaknya, budak office bagi set bersalin NR dia yang dia pakai cuit-cuit sikit je. Complete set lagi, minyak herbanika je yang dia habis pakai, yang lain dia pakai sekali 2 je. Pil Phytonatal tu dia makan sebiji je, lepas tu anak dia panas, terus dia berhenti makan. Pil tu aku tak makan lah kot, yang aku suka sebab ada krim barut, mandian lulur dengan pencuci bawah tu, yang luaran tu insyaalah aku pakai. Tak pasal-pasal jimat beratus-ratus. Rezeki sungguh.

Dia bagi jugak akar fatimah ni, betul eh akar fatimah, aku pun tak tau sangat, tapi bila eh nak start minum air akar ni?


Ok tu je, selamat hari jumaat :)

8 comments:

  1. wah,mane nak crik akar fatimah nie ea?

    ReplyDelete
  2. Izwa dah start minum dah air akar fatimah 2... makmentua wa kata minum start 8 bulan... rendam je malam2 besok pagi bangun minum...

    ReplyDelete
  3. erin, sy dl time pntg x guna pn set NR tu. yg mandi je guna.jamu2 xusik coz bby jaundice. but shaklee i took

    ReplyDelete
  4. hi babe, i dah start minum bila nak masuk week40. rendam kejap pastu within an hour dah kembang, pastu minum dlm masa 2hari je kalo x bau diaaaaa perghh huhu.

    ReplyDelete
  5. I pon beli set trial Sharklee untuk breastfeeding =)

    ReplyDelete
  6. bebiiiiiiii..cepat kuar..aunty tak sabar nak kiss bebi ni...ha.haha 18 April ok :P

    ReplyDelete
  7. akak start minum air rendmn akar fatimah tu mse dah sakit2.lpas tuu mmg cepat pntu rahim terbukak.minum mak akak suh minum mse kite dah start rase sakit2.klu mcm nurse pun xbgi lg minum air selusuh klu blum sakit lg.nnti sakit kuat tpi jln xbukak lg.huhu

    ReplyDelete
  8. tu saya la tu..saya pun rasa dah sakit baru minum air fatimah tu..ms 1st baby minum seminggu sblm due..lepas tu ms sakit lupa nak minum..hospital tny ada minum air selusuh ke?saya lupa..sebab sakit 16 tak buka2 jln..last dah bukak 5cm kena czer..huhuhu sakit..

    ReplyDelete