Aish dah 3 bulan, alhamdulillah. Timbang hari tu dah 5.8kg, naik 500 gram je sebab masa 2 bulan berat dia 5.3kg. Takpelah kan, yang penting sihat. Makin rancak bersembang, kadang-kadang sambil tukar pampers pukul 3-4pagi, sempat lagi menegur aku dalam gelap, aku diam je malas nak layan sembang, kang tak jadi tidur pulak budak tu, aku jugak yang haru. Siang tetaplah tak mau tidur lama, paling lama setengah jam je. Malam je dia tidur dan akan bangun susu 3-4 kali. Malam tadi dia bangun sejam sekali, aku yang pening kepala ni jadinya. Sekarang tengah belajar meniarap, masa 2 bulan lebih dia dah mula nak meniarap, cuma tak pandai alih tangan dan telungkup betul-betul je, hopefully bulan ni dah boleh meniarap betul-betul.
The day he turns 3 months old, nak ikut nenek pergi beli langsir
Kesayangan mummy and daddy, mata besar tak taulah ikut siapa, kitaorang berdua sepet, ikut makcik-makciknya kot. Dah lama aku tak beli baju baru untuk Aish, since Aish lahir, aku jarang keluar, kesiankan dia, kalau keluar, balik nanti mesti dia susah nak tidur malam, merengek je, penat kot. Lagi pun weekend lah aku nak berehat kat rumah, Isnin-Jumaat dah penat travel.
Aish, cepat besar ye sayang, nanti mummy belanja baju dengan mainan baru.
Bye!
encem la aish ni...
ReplyDeleteanak ciknaa lagi kecik tau.
ReplyDelete2bulan ritu baru 4.4kg je.
isnin mgu dpn 3bulan.. ntah bape jela naik beratnye..
mata anak kite sama..besor dan bulat jek! like! :)
ReplyDeletewahhh tegap! geram tgk
ReplyDelete