Klik Jommm

Friday, July 20, 2012

Majlis Akikah dan Berendoi

Alhamdulillah, 14 Julai baru ni aku dan family buat kenduri doa selamat naik rumah baru, akikah dan berendoi Aish Yusuf. Actually parents aku baru siap buat rumah baru di kampung, so aku pun menumpanglah buat akikah untuk Aish. Berendoi tu pulak Ma aku yang nak buat sangat, sebab dia kata teringin, tak pernah buat pun untuk mana-mana cucu dia. Untuk anak lelaki sepatutnya 2 ekor kambing, tapi kenduri hari tu kitaorang buat seekor dulu, sebab seekor lagi akan buat kat Rawang (rumah En. Syg). Aish kan cucu pertama belah Rawang, di Temerloh pulak Aish cucu lelaki yang pertama..bertuah ko nak.

Majlis bermula pukul 9 pagi, acara selawat kaum perempuan dulu, lepas tu baru berendoi around pukul 10 pagi. 



Mummy and Aish Yusuf. Aish diam je duduk dalam buai, terkejut kot, sebab dia tak pernah naik buai, ni masa berendoi, aku takde gambar proper lah, gambar proper semua dalam kamera akak aku dgn adik aku, En. Syg pulak sibuk menolong kat luar so aku takde cameraman.

Berendoi ni macam bersyair untuk baby, macam pesanan and nasihat.




Doorgift, masa packing doorgift ni feeling-feeling macam masa kahwin dulu ;p




Packing, tak banyak pun 60 beg je


Pin baju and bookmark yang Along aku sponsor, semua dia buat sendiri



Pelamin berendoi DIY, Along aku yang buat, aku tolong dia gamkan semua kipas-kipas tu.



Chocolate fountain, Along aku sponsor, sungguh-sungguh dia beli mesin ni sebelum kenduri Aish



Yang ni pun Along sponsor, baik sangat akak aku kan, padahal kenduri anak aku. Dia yang sungguh-sungguh design pelamin, angkut barang dari rumah dia sampai penuh kereta, dia memang rajin bab-bab ni, aku ni balik Temerloh lenggang kangkung je..haha.



The Pengantin, sebelum tu kemain merengek-rengek nak cik B, aku letak je dalam buai, diam terus. Tahun depan buat akikah sekali lagi ye dik, tapi dah tak boleh naik buai sebab dah besar

Selamat Berpuasa Semua :)


6 comments:

  1. buat akikah anak mmg terasa macam nak kwen dulu... sibuk2 kan... :) lagi2 tang door gift tu...

    ReplyDelete
  2. laa..kitorg ade kat mentakab weekend lps..xtau korg balik temerloh..pdhal lalu je ke temerloh ;)

    ReplyDelete
  3. wah mcm kenduri kawen..best gak 2x feeling ni erin..bertuah anak

    ReplyDelete
  4. Salam, erm ank lelaki sy baru 5 bulan... lom plan nk qeqah kt ner lg... erm nengok aish baru teringt psal qeqah jibriel...

    ReplyDelete
  5. nice lah dear....tengah cari idea utk deco majlis akikah nnt :)

    ReplyDelete