Klik Jommm

Tuesday, July 3, 2012

Puting Tiruan

Aku rasa semua orang yang beranak kecik pun mengalami masalah yang sama, nak-nak pulak kalau korang breastfeed anak. Aish masa dalam pantang susah betul nak tidur eh, bukan sekarang pun susah jugak ke asyiklah nak bergayut, kehendak hati dia nak simpan cik B aku dalam mulut, baru dia boleh tidur, asal cabut je cik B dari mulut, terjaga, lepas tu huk hek, huk hak. Bagi cik B diam, lepas tu boleh tidur lena, abis tu mak ko ni nak bertenggek 2 jamlah menyua cik B kat ko ye dik. Apa mak ko ni tak payah makan? minum petang? makan malam? mandi?. Nak tidurkan dia memang tahap stresslah, aku bagi dia bergayut lama-lama, lepas tu slow-slow letak dia atas tilam, kadang berjaya, kadang tak, ikut nasiblah. Lepas tu bila fikirkan yang tak lama lagi aku akan start kerja, of courselah susah hati nak tinggalkan dia nanti, so masa checkup jaundice dia kat Shah Alam, aku singgah OBW (OBW lagi :)) belikan puting, ikutkan family mertua, diorang memang tak galakkan, tapi kalau dah tahap kronik nak bergayut macam tu, aku pun tak tahan nak menyua cik B 24 jam semata nak bagi dia tidur.

Masa beli tulah baru aku tau yang puting ni saiz dia ikut umur eh, ada 0-3 bulan, ada 6 bulan punya. Bezanya saiz puting, kalau 6 bulan putingnya pun besar sikitlah. Aku beli brand Tommee Tippee, 0-3 bulan, orthodontic soother. Sebab kebanyakan orang tak mau anak pakai puting sebab takut jongang, so aku belilah orthondontic confirm tak jongang, eh ye ke?



RM16.90 saje, aku ingat puting mahal

Aku memang dah pesan dengan mak mertua, bagi puting kalau dia meragam je, sebab kalau boleh aku memang tak nak ajar anak hisap puting. 



First time bagi dia puting, dia muntah sebanyak-banyaknya, dengan baju aku sekali kena muntah, lepas tu memang aku takut nak bagi dia puting. Kali kedua cuba, berjaya, tapi dia nyonyot kejap je lepas tu melantun keluar, bagi lagi, nyonyot kejap, melantun balik. Lepas tu sampai sekarang memang dah tak bagi dia puting. Puting tu buat hiasan dalam bakul toiletries dia jelah. Kalau ada pun, sempat sumbat sekejap buat ambik gambar je, lepas tu puting pun melantun tak ketahuan. Puting original jugak yang sedap ye dik.

Mengantuk betul hari ni (mengadu tiba-tiba)

Bye!


4 comments:

  1. eh, mcm sma jer kisahnya ngan baby delisha@my baby.. asik nak menyoyot jer kjenya nak2 time tdo. sumbat la puting ape pon sume ok jer.. ;-)

    ReplyDelete
  2. ai pon macam u gak dulu..anak nak bergayut jer..memang letih..try gak bagi puting.. macam2 puting..dari yang mahal sampai ar yang murah 2 hengget..semua die tak nak..sekarang ade 10 koleksi puting..hahahaha.. tapi sekarang die dah ok..tak ar nak bergayut macam dulu..so..puting2 tu memang membazir jer dibeli..:)

    ReplyDelete
  3. alamak..susah gak camni kan..kalau fully house wife xpelah gk :(

    ReplyDelete
  4. salam perkenalan.. saya pun bagi anak saya pacifier.. sebabnya masa baby dua bulan, dia muntah kerana dia nak bergayut aje, tak reti berhenti bila kenyang.. ni waktu nak tidur malam la.. jadi saya fikir baik bagi pacifier..

    tapi.. bila dia dah 7-8 bulan, dia jadi bergantung sangat dengan puting. sampaikan tak mahu breastfeeding. sedap puting aje. so tepat dia 9 bln, saya dah stopkan puting tu.

    jadi, pd pendapat saya, kalau nak fully bf seboleh2nya elakkan puting kosong ni. sebab saya dah melaluinya. bila anak kurang mahu direct feeding, susu pun makin kurang (sbb takde demand)..

    tapi terpulang lah.. itu pendapat saya aje. ada juga baby takde masalah..

    ReplyDelete