Klik Jommm

Friday, September 7, 2012

Mak Bidan Aish dah kahwin

Aku kan bersalin kat Hospital Selayang, adik En. Syg doktor kat situ, dialah yang sambut Aish masa Aish lahir. So on 31st Ogos baru ni dia kahwin, hari Khamis aku dah start cuti dah, cuti nak menjaga anak sebab FIL nak membz dengan kenduri. En. Syg 4 beradik, dan dia satu-satunya lelaki, ni adik bawah dia, yang kedua.



Gambar favourite aku, alahai comelnya, dia nikah malam 31 Ogos.



Husband and Wife



Cantik kan kaler dark purple ni, dulu masa kahwin aku memang nak kaler ni, sekali bila pergi je butik pengantin, macam-macam kaler ada, last-last aku pening, semua pun aku nampak cantik, semua pun aku nak, dari dark purple bertukar jadi royal blue, sebab cutting baju royal blue yang menggoda jiwa..haha. En. Syg cakap aku jenis orang yang selalu ada second thought, selalu bila dah decide ada je eh nye. A'ah aku memang macam tulah, nak yang ni, kang tetiba, nak yang tu pulak, kang nak yang ni balik, lempang ko nak?

Gambar semua pun tak berapa proper, sebab aku main sebat je dari FB dia, aku ni manalah tengok sangat dia kahwin, asyik duduk dalam bilik je, sempat keluar sekejap-sekejap je. Jap kang Aish nangis nak tidur, kang nak susu, kang nak tido balik, acane? Baju purple ni 1st September, buat kat rumah di Serendah.



Baju pink ni malam tu punya majlis di Perangsang Templer Golf, eh ye ke? aku pun tak ingat, orang balik kenduri siang, kitaorang kelam kabut bersiap nak pergi dewan pulak malam tu, gambar aku pun tak banyak sangat, aku bz melayan anak, makan pun tak sempat kenyang, begitulah kalau dah beranak kecik ye, bukan ko sorang je merasa, semua orang beranak kecik pun begitu.


Aktiviti aku masa majlis di Peransang, menunggu Aish tidur dalam bilik persalinan, makan pun dalam tu dengan En. Syg, gilir-gilir menunggu, tak boleh duduk luar, kemain bising orang berkaraoke. Dik kemain hensem mommy pakaikan kemeja, sekali adik tidur, tak sempat bergambar dengan Mama Is.



Ni jelah satu-satunya gambar yang aku ada, tu pun orang yang tag kan. Tudung kemain bulat, nak tengok cermin pun tak sempat, Aish selamba je tidur masa bergambar..hehe

Tahniah Is, we are happy for u, esok kitaorang ke Senai, Johor, majlis bertandang rumah lelaki pulak, psssttt: seumur hidup aku tak pernah pergi Johor tau..haha kesiannnn.


3 comments:

  1. hehe..selamat datang ke johor nanti ye..

    ReplyDelete
  2. wahh..dah dekat ngan umah family Gadis...
    Gadis kat skudai..
    hihihi..

    owhh ye ker..
    dekat sangat dh ngan umah gadis kalau Serendah tu..
    Gadis dok kat Antara Gapi...=)

    ReplyDelete