Klik Jommm

Tuesday, October 16, 2012

Aish warded

Ni cerita 2 minggu lepas, dah agak lama. Appointment Aish dengan Paed is on Friday (05/10/12) due to batuk berkahak yang dah 3 minggu still tak baik-baik, so bercutilah kami suami isteri. Khamis malam (04/10/12) , masa aku tengah asyik lipat baju Aish, En. Syg datang kat aku dan cakap "badan anak panaslah", masa tu dah dekat pukul 12am, aku pun masuk bilik dan pegang dahi Aish, memang panas, so terus bersiap ke klinik. Balik dari klinik almost pukul 2 pagi, makan ubat dan aku lap-lap badan Aish. Pukul 5 pagi Aish merengek, kitaorang ambik suhu, dah 38.7, terus bersiap and zass to Emergency DEMC. Sampai DEMC suhu dia dah 39, masuk ubat punggung. Nasib baik kebetulan appointment kitaorang dengan Paed hari tu, so doktor tak bagi ubat. Pukul 10.30 pagi appointment dengan Dr. Koshi



Suhu Aish masa ni 38, bila aku cerita yang Aish almost every month demam, kahak dan batuk yang tak hilang-hilang, dia suggest warded, aku ok, tapi wad pulak yang penuh, kenalah tunggu sampai Sabtu, dan terpaksalah kitaorang balik dulu.

Malam tu masa kat rumah, suhu Aish naik lagi, sampai klinik suhu dia dah 39.9..fufufu, doktor masuk ubat punggung terus ok. Pukul 1 pagi Aish terjaga menangis menjerit-jerit, tapi badan dia tak panas pun (ubat punggung tu power betul eh) aku dodoi tak jalan, En. Syg dodoi pun tak jalan, kasi tek tak mau, bogelkan menangis jugak, habis ikhtiar dekat sejam dia nangis, pukul 2 pagi kitaorang naik kereta pusing Shah Alam, Aish kalau dapat naik kereta tidur terus, tu memang peel dia.


Ini dalam kereta pukul 2 pagi, tu kaki berkerak mak kau yang tersengguk-sengguk kemengantukan, nak pegang Aish pun aku tak berani, takut terlepas dari tangan. Kat dataran Shah Alam tu, budak rempit bising gile, terkejut anak aku, maknya yang tengah tersengguk-sengguk ni pun terkejut jugak.

Sampai rumah, aku lap badan Aish then baru tidur. Pukul 5 pagi Aish merengek lagi, badan dia panas sangat, ambik suhu dah 38++, kitaorang mandikan dia, and terus ke Emergency DEMC buat kali kedua and ward still penuh..haiyooo. Dari Khamis malam aku tak tidur lena, asik lap je badan Aish, tapi suhu tetaplah begitu. Masa sampai DEMC suhu dia 38.8, masuk ubat punggung lagi. Balik rumah, kitaorang ber3 terus tidur sampai pukul 11pagi..penat gile ok, makan pun dah tak ingat.

Sabtu dalam pukul 2pm barulah boleh warded, mulanya kitaorang ingat nak masuk kat hospital lain sebab dah lama sangat menunggu wad kosong, tanya KPJ Shah Alam tu pun penuh, since KPJ penuh kitaorang ingat nak shoot Hospital Selayang sebab adik ipar aku sekarang dekat Paed, pun adik ipar aku cakap penuh, ramai betul baby yang tak sihat sekarang ni eh.


Duduk belum pandai, asyik nak berdiri je sekarang, even mandi pun nak berdiri, kalau ko dudukkan dia dalam bath tub, dia akan meronta dan menolak kaki nak berdiri, gila struggle aku nak mandikan dia sekarang, dengan aku-aku pun basah.





 Neb setiap 3 jam, antibiotik and ubat setiap 12 jam. Dia jarang menangis kalau neb, kalau menangis, kena nyanyi ABC, confirm diam. Selalunya masa neb, aku pegang, En. Syg menyanyi. Nasib baik dapat suami tak tau malu, kalau aku, takde de aku nak menyanyi depan nurse tu..malu ai. Alhamdulillah sekarang kahak pun dah takde



Tengah tune mata nak tidur, duduk dalam stroller macam tunggu bas ko ni dik..ahahaha. 

Aish memang letih gile, lepas sihat dia kemaruk tidur, siang kemain lama dia tidur, kalau dulu, tidur siang dia 15 minit saje sehari, aku nak buat kerja rumah pun tak sempat, manalah rumah aku tak serupa hutan sekarang ni. Hari tu dia tidur lama, sempat aku basuh bathroom, kemas bilik dan mop 2 bilik sekaligus, pencapaian sungguh. Aish warded hari Sabtu sampai Selasa, Rabu aku cuti nak jaga dia, Khamis n Jumaat, aku mintak tolong PIL jagakan sampai betul-betul sihat. Hari ni ada appointment dengan Paed lagi, nak check progress dia lepas keluar wad hari tu. Esok aku cuti sebab parents nak pergi haji, Khamis cuti lagi sebab babysitter ada hal, Isnin depan cuti lagi check up 6 bulan Aish, ateee cuti sesaje aku ni, dah lah tengah busy, tah bila lah kebizian ni nak beransur pulih.


7 comments:

  1. get well soon aisy... cian dia...

    ReplyDelete
  2. alahai anak...cian tgk aish..get well soon ye aish..

    ReplyDelete
  3. cian aish~
    dear u penah try ubat homeopathy?xdalah ai pndai2 nak suggest u tp lau u nak try homeoptahy bole gak..~
    sb yaya mmg serasi ngn ubat homeopathy dr dia kna jaundice,demam batuk selsema cirit birit alhamdulillah mkn homeopathy yaya susah nak demam~
    u try google homeopathy mn yg dekat ngn area u~

    ai xsangupla tgok aish kena warded,cucuk tanganla kna neb lg..huhu
    sakit tue,tengok pic aish nie ai yang rasa sakit nak nangis pun ada,mklomla da jd mak2 nie lau tgok gmbr2 cmnie cpt jer kuo airmatanya..

    aish cpt sembuh yer syg,lau ada ms nti bolela kta jmp yer ms gathering nti..~

    ReplyDelete
  4. kesiannya...i pulak yg sedih tengok :(

    ReplyDelete
  5. cian aish..
    sama cm anak sy..kne ms bln 9 ri tu..
    moga cpt sembuh aish..

    ReplyDelete
  6. struggle nyer u..demi anak..kesian aish yer..tinggi suhunyer..memang risau...semoge cepat sembuh yer sayang....kesian kat mama susah hati...

    ReplyDelete
  7. kesiannya..klu selalu sakit nie kena amik jap pnemucocal tu..zahra dulu masa 6 bulan suspek maningitis..nasib xde pape..

    ReplyDelete