Klik Jommm

Tuesday, October 23, 2012

Solid Food Pertama

Dah lebih 2 minggu Aish start makan, dia suka makan, ko hulur je sudu, dia nganga, hulur je dia nganga, kalau dia nampak training cup dia, dia lagi excited lebih dari nampak makanan, dia teramat suka air masak. Boleh minum sampai muntah air, kadang aku yang tarik training cup tu dari mulut dia, sebab taknak dia minum banyak sangat.

Aish turn 6 months on  09/10/12, hari Selasa, tapi menjadi ibu yang super excited, mana aci kasi babysitter dia yang suapkan first solid dia kan, so masa dia 5 bulan lagi aku asyik cakap dengan En. Syg aku nak kasi Aish makan hari Sabtu (06/10/12), awal 3 hari tak jadi hal kan. Dah berkira-kira nak bagi carrot puree as his first solid. Tapi tulah, manalah nak tau yang Aish warded hari Sabtu tu, celah mana aku nak buatkan carrot puree, sah-sahlah aku duduk mengadap Aish kat ward. En. Syg pulak excited suruh aku bagi Aish makan, sebab berat Aish turun agak banyak, so dari carrot puree, first solid Aish adalah bubur nasi + carrot + ayam, order kat ward, blended dan kosong. Itu je menu yang ada untuk baby. Tapi sebelum tu, memang setiap kali jumpa doktor dan paed, aku akan tanya, boleh ke baby 6 months makan ayam dan bubur nasi, dan semua doktor yang aku jumpa kata boleh, and aku pernah baca untuk first time digalakkan bagi bijirin. Tak percaya pergi baca Nutritionist Choice Cookbook.

Tapi tak bolehlah campur semua makanan ye, kalau nak bagi bubur, bubur kosong sahaja, kena introduce satu persatu dan ikut 4 days rule, tapi masa kat wad hari tu aku main taram semua..bad mommy, ni sebab En. Syg lah yang suruh jugak bagi Aish makan..grrrrr, ikutkan aku nak buat jugak puree dan bagi Aish makan lepas keluar wad, tapi dah daddynya excited semacam..sobsss, nasib baik Aish ok. Lepas keluar wad, aku memang stop bagi Aish ayam, cuma bubur dan sayur sahaja. Aku start balik dengan bubur kosong 4 hari, lepas tu carrot dan brokoli, semua pun aku ikut 4 days rule, minggu ni nak cuba bayam pulak. Minggu depan buah, aku start dengan sayur dulu sebab ada sesetengah baby bila dah biasa dengan manis-manis dia dah tak mau yang tawar-tawar ni. Kang dia nak buah manjang, sayur tak mau. Setakat ni alhamdulillah, Aish lawas je, takde sembelit. Hopefully ok sampai bila-bila. Dan aku percaya, as a mom, kita tau apa yang terbaik untuk anak sendirikan, aku just kongsi apa yang aku buat untuk Aish, kalau salah bagitaulah aku, aku pun baru nak belajar bagi anak makan. So mari belajar bersama.











Mummy pun dah macam orang sakit, tak terurus ;p

Done for today, bye!

5 comments:

  1. Eh..aish dah pandai berdiri ye?beznya dia makan..

    ReplyDelete
  2. i slalu bc blog u,tp jrg tingalkn komen.heee,xsempat.

    I pun excited nk bg bby i mkn.lg sebulan.*counting*

    i bc mmg bleh bg bubur kosong kt bby.tp ade yg ckap elok bg puri dulu...i pn pening nk start yg n dlu utk bby.tp mmg i cadang introkn kt die sayur dlu..sbb xmo die reject vege if da rs dlu mknan yg manis2, kan?

    ReplyDelete
  3. heheh...ai pon dah tak ikut 4 days rule tu..main belasah jer..ai lak yang bosan tengok die makan bende same..;p

    ReplyDelete
  4. mmg betul pun..sekali baby dah dapat makan sedap..cth manis2 atau dah ada garam..dia dah tak suka yg bubur kosong tawar tu nnt..pengalaman saya masa anak 1st dulu..

    ReplyDelete
  5. good boy aisy! mamam tau mummy dah masak..eheh

    ReplyDelete