Klik Jommm

Monday, October 29, 2012

Ikea 2

Aiii..cerita ikea lagi..kenapa? boring ke?? hehe, haritu update separuh jalan, mana habis lagi. Ingat pergi Ikea boleh balik lenggang kangkung je ke, tak mungkin ok, tak mungkin, walaupun dah kutahankan hati ni dari membeli, tapi bila tengok barang Ikea je, tak pasal-pasal dari kehendak jadi keperluan, "terpaksa" beli jugak, "terpaksa ok". Suami bila nampak je aku nak membeli, dia pun apa lagi, ambik barang, buat demo kat aku dengan tajuk "kenapa kita perlukan ini", kalau aku tak setuju, jap kang dia ambik barang lain pulak buat demo "kenapa kita perlukan ini pula". Ikutkan dia semua pun dia nak borong, tu pun aku tapis-tapis jugak. Ooooo mentang mommy nak belanja, semua pun dah jadi keperluan untuk kitalah ye..oooooo amboiiiii pandai betul daddy Aish ni ye..ooooo nak pau mommy la tuuu.



Kerusi makan untuk Aish, RM45 without table. Kalau ada table tambah RM15 sajo, tapi mommy kedek, RM15 boleh buat beli syampu rejoice sebotol..nak pulak bila adik lelaki aku cakap, table tu tak perlu, kalau baby dah pandai makan sendiri nanti, rapatkan je kerusi dia ni dekat table kita, senang. Ye bernas sungguh tips penjimatanmu itu adikku, aku dah test kat rumah, ye memang bijak mommy yang kedek ni, boleh rapatkan kerusi ni serapat-rapatnya dengan meja, anak makan senang nak pantau dan senang jugak dia tepuk pinggan kau yang penuh lauk tu dan lepas tu kau terjerit-jerit, kalau ada meja dia sendiri susah sikit, amboi panjang betul self defence kau ye. Ok next



Suami nampak kusyen ni, kusyen ni nak bagi baby duduk dengan selesa, memang dibuat khas untuk kerusi ni. Harga RM29.90. Suami capai kusyen, lantingkan dalam troli, dan senyum sambil berkata "daddy belanja, mommy bayar". Apaaa...lari senyap-senyap belakang suami dan seluk seluar jeans cari duit, bertuah sangat kalau suami tak perasan, melainkan kau terseluk benda lain lalu suami pura-pura tak perasan..ok, tolong jangan fahamkan. Bye!






Kena beli, kalau tak beli suami marah. RM15 ke RM14.90, lebih kurang lah. Dah lah pau kita nak marah kita pulak..pffftttt. Dalam peti kitaorang memang pakai bekas ni sahaja, bekukan bahan mentah pun pakai bekas ni, jimat dan comel je duduk dalam peti. Kalau orang datang rumah dan buka peti, mesti tegur tupperware ni, sebab cakap peti ais rumah kita comel sangat sebab bekas makanan semua seia dan sekata. Riak nampaknya ;p



Ular untuk Aish, label panjang Ikea tu habis kitaorang gunting, nyemak je. Terkedip-kedip mata anak aku, nak main ular, label sibuk nak masuk mata dia.



Ini yang dicari-cari, aku cari bib plastik ni dah lama, kat OBW ada, tapi tak cantik dan mahal sikit. Hari tu tengok online harga 7.90 sehelai kot, tu belum kira kos postage lagi. Ni aku beli kat Ikea RM9.90 2 helai, beli terus, tapi ada warna ni je, warna lain tadek. Pakai bib ni senang, kalau makanan tumpah boleh terus lap, tak payah nak basuh, nak bawak travel pun senang.

Sekarang mari tengok model Ikea pulak


*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*





Model gembira, sempat posing senyum simpul sebelum makan





 Ye, mommy tau u are happy, it's dinner time so stop posing. Haihlah Aish Yusuf ni, cheeky sangat manalah mommy tak cinta.

 Lepas ni dah takde entry Ikea, promise :D



8 comments:

  1. cantik la alas kat belakang tu, beli kat mana ye?

    ReplyDelete
  2. nak bli jugaakkk chair tuh!! bestnye! bile nak gi ikea ni...bile jb nk ade ikea??? haaaiisshh!

    ReplyDelete
  3. kerusi sama...hihii...ikea mode :)

    ReplyDelete
  4. ala..suwitnya aish senyum..gugur jantung kite :)

    ReplyDelete
  5. comelnya model ikea..kalah model2 produk lain..hehehe..salam kenal

    ReplyDelete
  6. alaaa nk beli jugak la high chair tu...best tengok

    ReplyDelete
  7. nak cri jgk kerusi mcm nie..hri tu kt mydeaar warehouse sale xde ah yg murah2... ke dh hbs sy tak pasti la...menarik ah...nie sale ke kt ikea???

    ReplyDelete