Klik Jommm

Wednesday, October 24, 2012

Ikea

Lama sangat tak pergi Ikea, dah lama sangat, last time pergi masa pregnant 5 bulan lebih. Siapa yang tak suka pergi Ikea, tak dapat shopping, window shopping pun jadi. Berangan itu indah..haha. Lepas hantar parents dekat Tabung Haji Kelana Jaya, dan sesudah bertangis-tangisan (aku tak boleh tengok Ma nangis, automatik aku pun nangis), dan bertidur-tiduran kat rumah aku, petang tu kitaorang gerak ke Ikea, hari Rabu, memang cantiklah parking dan aku lah yang bagi idea ke Ikea sebenarnya, lepas tu hasut adik ipar, lepas tu hasut Along sekali, sebab Along duduk kat Pahang, seumur hidupnya tak pernah pergi Ikea..kesian, kesian, kesian. Along tak berani nak hasut husband dia, sebab husband dia ajak balik awal, tapi aku cakap, ikut saja kereta kitaorang, nanti tak semena-mena sampai Ikea so Abang Long tak boleh buat apa-apa, terpaksa pasrah saja..huhu, memang dia ikuuuuuttt je, akhirnya sampai Ikea. Apa??? nak balik Pahang, pi cari jalan balik sendiri..haha, nak tak nak kenalah masuk Ikea jugakkan. Ye aku kejam, alah sekali sekala jalan ramai-ramai adik beradik, apalah salahnya.

Dari rumah lagi aku dah niat "Sahaja aku pergi ke Ikea untuk makan meatball dan bukannya berbelanja kerana tiada keperluan berbelanja di sana". Yelah tu, setiap kali nampak barang je kehendak dah jadi keperluan, nak pulak dengan En. Syg.

En. Syg: Eh kena beli ni, ni perlu ni.
Aku: Eh, dah lama saya cari barang ni, kenalah beli jugak, murah pulak tu
En. Syg: Beli ni sayang, untuk spare, nanti senang
En. Syg: Kalau awak tak bagi saya beli ni sayang, memang saya marah

Suami aku tu, apa yang dia nampak semua dia nak beli, selalu cakap aku ni kedekut. Aku bukan kedekut tau, aku suka fikir kalau aku beli barang ni, mana aku nak letak nanti, aku tak suka, main beliiiiiiii je, lepas tu menyemakkan rumah aku, memeningkan aku nak kemas, mulalah aku rasa nak lantingkan je semuanya kat orang lain. Suami aku tu pulak, borosnya bukan main, apa dia nampak, semua pun jadi perlu, kadang aku terhasut jugak, tapi most of the time, ku bentengkan hati dan cakap tak perlu. Aku berjimat ok, kalau tak perlu, tak payahlah beli, nasib baik dapat isteri penjimat ni, kan dah save banyak kat situ. Cer kalau kita ni sama-sama boros, main beliiiii je, tak ke hutan rumah kita tu abang? Kang cari anak pun tak jumpa.

Lepas tu suka cakap aku ni obses mengemas, mana ada, kadang-kadang kalau tak larat aku biarkan jugak rumah bersepah, takdelah mengemas all the time, tapi dia cakap aku mengemas all the time, ye ke? tak perasan pun. Bagi aku, dia pulak obses membuat sepah, manalah aku tak obses mengemas, dialah puncanya..cee tetiba salahkan suami.



Asyammm...asyaaammm mommy (baca berlagu sikit ok)



Can you smell what daddy is cooking? 

Dah siap cakap "Saya nak beli ni lah" kuali tu 200++ ok, tak payahlah sayang, pakai je kuali sendu cap buaya kat rumah kita tu, kalau tak pandai masak, tak sedap jugak even kuali mahal.

Terus tengok anak dan cakap "Tengok dik, mommy kedekut, kalau mommy beli barang daddy tak cakap apa-apa pun"



Aish test drive "Selesa la mommy, belikan please" Haaa ni sorang lagi, mommy dah pasang niat takmo beli apa-apa dik, tolonglah, tolonglah jangan paksa mommy!

En. Syg bergerak, terus nampak macam ada 2 batang gigi rabbit. 



 Feeling rumah sendiri



Eh, macam dah dekat dengan tempat toys je, ok senyum lebih sikit



Family, aku sibuk ambik gambar orang, akhirnya gambar sendiri sekeping pun tarak



 20 biji terus, buat ubat mengidam



 Tak faham apa motifnya






Ok, mommy r u ready, saya nak drift ni

Esok pulak update ok..bersambung :)

 


3 comments:

  1. eerrr...besh ar laki semua rase nak beli..hahaha..terbalik lak ngan laki ai..semua kate tak boleh...ggrrr...

    ReplyDelete
  2. Rin..memang g IKEA rasa semua nak beli..haha..sudahnya tak pakai pun kadang2..kat sana nampak benda sume mcm perlu je..:D

    ReplyDelete