Klik Jommm

Friday, November 30, 2012

Menu Baru

Hellooooooo, kronik betul kemalasan aku minggu ni, malas nak update blog..haha tapi BW tetapppp. Tapi nak taip blog sendiri, aduhai bercinta malasnya.

Aipp nak bagitau, start minggu ni aku bagi Aish makan 3 kali sehari, dah ada breakfast. Sebelum ni aku bagi 2 kali je, lunch kat rumah babysitter and dinner kat rumah aku, tapi jarang sangat boleh bagi dia makan malam sebab by the time kitaorang sampai rumah, dia dah nangis mengantuk, lepas mandi, salin baju, nenen terus tidur, jarang sangat sempat makan. Kadang-kadang aku paksa jugak dia makan, makan sambil menangis sebab tahan mengantuk, dia menangis menganga-nganga mulut, masa tu lah aku letak makanan atas lidah dia..hahaha, tapi still tak berjaya, menangis jugak sebab mengantuk sangat. That's why aku decide start minggu ni prepare breakfast untuk dia pulak, takut dia tak puas makan. Sebenarnya melalui pembacaan aku (skema betul), start 6 bulan dah boleh bagi 3 kali makan, tapi aku takut perut anak aku terkejut, tu pasal aku bagi slow-slow, masa 6 bulan sekali sehari je, lepas tu dah 7 bulan baru 2 kali sehari, minggu ni baru start 3 kali, tu pun jarang jugaklah dinner, sebab dia mengantuk tu lah.

So masa cuti baru ni excited aku buat breakfast dia, nak bagi dia rasa Sweetcorn, sedap, manis and lemak rasa dia



 500 gram rupanya tak cukup untuk seminggu, lepas ni memang kena beli 2 pek terus sebab aku bagi 3 kiub untuk breakfast



 Lepas blend kena tapis sebab banyak betul hampas dia, kang tersedak pulak Aish Yusuf aku. Blend banyak-banyak kali sampai keluar semua isi dia, baru tapis.



 En. Syg tanya "kenapa tak bagi dengan hampas sekali, kan elok, fiber tu"

"Eh mana boleh kang tersedak anak saya"









500 gram dapat 13 kiub je, aku ingat lepas ni pun aku nak buat puree buah untuk breakfast Aish and bubur untuk lunch, kang kalau asyik makan bubur satu hari dia pun bosan. Malam tadi aku buat potato + kismis untuk breakfast hari ni sebab stok sweetcorn dah habis semalam. Babysitter cakap Aish kuat makan, susu pun dia dah kurang minum sebab kenyang, happy gile aku dengar dia kuat makan, rasa macam berbaloi aku masak. Eh kalau korang nak campur sweetcorn dalam bubur pun boleh tau. Oklah bye.


 

Friday, November 23, 2012

Malas



Eh, dah 2 hari tak update, ingat nak update pasal walker Aish, tapi malas nak fikir ayat, penat. Kenapa malas sangat ni, ni pun paksa-paksa diri update..malas..malas..malas, kronik betul. Sekarang asyik teringat kain berlonggok dalam bakul tak berbasuh (kena basuh tangan..sobss) kain berlonggok tak berlipat satu bakul, esok nak balik Rawang, malam ni kena jugak basuh bathroom walau sambil tersengguk pun..sobsss. Kena kemas baju..sobss..kena kemas rumah..sobss..malasnye..malas..malas..badan penat teramat, hari-hari pun macam tu. Pukul 11malam pun sibuk nak menyapu rumah lagi, teringat sampah tak kutip, kutip sampah dulu sebelum tidur, esok dah senang nak buang. Semalam suami tukar diaper Aish masa Aish tengah tidur, sambil tidur dia masih ingat nak pancut, jadi dia pancut dekat daddy, daddy lupa buat perisai, so habislah kain alas tidur Aish. 




Semalam Aish tidur lewat, dekat pukul 9 baru nak tidur, maknya ni pukul 10 baru dapat makan, sampai hatimu nak, berdangdut perut aku kelaparan, tinggalkan kang, menangis pulak. Dapur basah aku teramat kecik, walker Aish tak boleh masuk, walker dia boleh berlegar kat dapur kering je, which means kalau aku masak dan letak dia kat dapur kering, dia tak nampak aku dan dia akan menangis saje sambil mamamamamamamama (heee..comel). Daddy Aish hari-hari dekat pukul 9 malam baru sampai rumah, selagi dia tak balik, berulitlah aku dengan Aish. Bila Aish dah tidur saje, baru aku boleh mengemas, by that time dah pukul 10, energy level aku pun dah blip-blip, kadang aku paksa jugak mengemas sambil mata terkatup-katup, kang setiap 10 minit suami check apa aku tengah buat sambil "Jomlah tidur mommy, dahlah tu", bila dia tengok aku macam taknak berhenti selagi tak siap kang dia pun datang tolong sama, hari tu dia tolong lipat kain sambil mata dia pun terkatup-katup..wahaha, lepas tu dia lipat, besar kecik, lebar lonjong, semua ada, asal boleh je. Every morning pukul 5.30 kitaorang dah bangun, kadang Aish pukul 5 pun dah bangun, aku pun kenalah bangun sekali. Aiyooo anak aku ni memang kurang tidur, jangan dah besar sok dah jadi anak teruna, kau nak tido tak bangun-bangun pulak ye nak, mak kau ni jeritkan nanti. Penatkan jadi parents, anak priority, yang lain dah jatuh nombor 2, even diri sendiri pun. Hari tu lunch dengan boss aku, dia cerita budak technical penat sangat, 2-3 pagi kena pergi customer site, kesian dia cakap, spontan aku jawab "I rasa takde satu pun job yang paling penat dalam dunia other than being a mummy" Dia senyum je.

Tapi walau penat macamana pun bila tengok anak rasa bahagia tak terungkap..terungkap?? amboi puitis benor..hahahaha



Mommy, mommy bahagia tak tengok saya?

Iye, bahagia nak..teramat


Kata malas tapi kemain panjang ko bebel, kalau rajin, mau muntah orang nak baca. Malam ni kena merajin..phew.


Tuesday, November 20, 2012

Aish @ 6 months



Rasanya tak banyak sangat yang beza masa dia umur 5 bulan, pandai bergolek je, menyusur pun belum, merangkak apatah lagi. Takpelah nak, slow-slow ye tak? Tapi kalau naik walker laju kemain, asyik nak berdiri je, takmo baring. Duduk pun tak pandai lagi, jenuh aku ajar. Kalau tinggal dia sorang-sorang, menangis saje, kalau dia tengah ralit main, aku lari jap pergi dapur, tak sampai sesaat, dia dah perasan aku takde dan terus menangis. Nak masak air pun tak sempat..aiyooo

3 hari sebelum dia 6 bulan aku dah bagi makan, ni excited punya pasal dan menu pertama di hospital adalah bubur ayam + carrot. Lepas keluar hospital aku stop bagi ayam, aku start dengan bubur kosong, puri brokoli, puri carrot, bayam, epal, betik, pisang, dia makan je, tapi takdelah banyak sangat, maximum 3 kiub je dan jarang sangat dia boleh habiskan. Tapi yang paling aku perasan, kalau duduk dalam high chair, confirm dia takmo makan or makan sikit, kalau letak dalam walker, dia boleh habiskan 3 kiub tu, sebab makan sambil main, so dia ralit, hulur sudu je nganga. Kalau dalam high chair, berperang nak minum air, dia taknak makan, dia nak air je, kalau tak bagi air dia akan makan sambil menangis, masa mulut ternganga sambil nangis tulah aku ambik kesempatan letak makanan dalam mulut dia..hahahaha

6 bulan ni jugak dia ligat betul mencapai, kalau dukung tu takmau duduk diam, sibuk menolak badan nak capai something, dahlah berat, tak larat aku. Lepas tu dah mula tak suka dengan carseat, waktu pagi ok, dia tak menangis, tapi kalau waktu balik dari rumah babysitter, dia menangis sekuat hati takmo duduk dalam carseat, selalunya aku park kereta depan rumah babysitter tu layan dia main dulu, bagi susu, bagi tek, lama sikit baru aku letak dalam carseat dan drive dengan hati yang kental dengar dia menangis sekuat hati. Aku drive sambil menyanyi ABC, Tepuk amai-amai, Twinkle-twinkle, If you are happy sambil buat mimik muka sekali..sumpah penat, nak tergeliat muka aku ni..selalunya sekejap je dia menangis, aku dah jadi badut tu, diamlah dia. Itulah Aish Yusuf masa 6 bulan, sekarang dah 7 bulan, dah dapat skill baru tu, tapi tunggu aku update milestone 7 bulan lah pulak ye. Dah dekat 5.30 jap lagi nak balik jadi badut..bye.


Monday, November 19, 2012

Persediaan Solid Food Aish

Anak dah 7 bulan, baru hegeh-hegeh nak buat entry ni, dah lama nak buat, tapi asyik bertangguh je, so hari ni kena buat jugak. Tak banyak nak cerita, gambar je yang banyak, tengoklah korang ye, acik malas nak taip perkataan banyak-banyak ini hari. Kalau gambar gelap pun korang pandai-pandailah telek sendiri ye, acik malas nak edit ini hari, semua acik malas buat hari ni, acik nak duduk saje tak buat ape-ape..ewahhh bukan ko kat office ke ni, kalau nak duduk melangut, sila balik!



Semua orang sibuk beli blender canggih-canggih, acik beli blender jug je kat Tesco dan pakai blender hadiah kahwin yang dah sedia ada di rumah sebab matlamat acik asalkan ia mampu memblend secara halus puree anakanda sudah cukup, tak kosa memenuhkan rumah dengan perkakas2 yang tidak perlu, sebab kalau dah tak pakai nanti, tak tau mana acik nak lantingkan aka acik kedekut..ahahahahahaha



Ini kisah benar, ke hulu ke hilir cari ice cube yang silicone, boleh picit-picit tu, tapi tak jumpa, pergi Giant terjumpa ice cube ni, tarammmmmmmm, lepas tu stress sendiri sebab kemain susah nak keluarkan cube puree dari ice cube ni, tergeliat tangan keding aku ni, rasa nak lantingkan je ke dinding..stress aku.



Beras perang Bird of Paradise, suami cakap kita makan Bird of Paradise, anak pun kena makan ni jugak. Ye, Baiklah! Beras ni ditanam secara organik.



 Set mangkuk Anakku, set ni aku tinggalkan kat rumah babysitter



Hadiah dari kawan En. Syg, aku cuma guna mangkuk dan sudunya je, yang lain tak pakai lagi



 Tommee Tippee Training Cup, ini kesayangan Aish



 Setiap kali Aish makan, letak olive oil..wangi je.




Kismis organik



Panaskan dalam warmer, bangun pukul 5.30 pagi terus pergi dapur, keluarkan 4 ketul kiub dan panaskan, sambil bersiap, kiub pun cair.



Carrot



Bubur+carrot



 Labu



Bayam



Bubur + brokoli 



Puree broccoli, En. Syg asyik cakap "kesian Aish kena makan brokoli, tak sedap" tapi ok je aku tengok Aish makan, cuma lately dia macam dah bosan makan benda yang sama, tu pasal aku beli kismis dan blend dalam bubur dia, berselera dia makan sebab manis.



 Bubur + kismis + ayam + serbuk ikan bilis + olive oil

Ok, dah siap entry hari ni, nak sambung kemalasan pulak ni..bye



Friday, November 16, 2012

Baju untuk Aish

Untung jadi baby, baju asyik berganti je, mak dia ni baju yang sama pakailah ko bertahun-tahun, selagi tak lusuh, selagi tulah pakai. Tapi aku ni kadang kalau dah suka satu baju tu, lusuh camne pun aku pakai jugak lagi, sampai orang tegur, dah malu barulah tak pakai dah. Macam baru ni MIL aku buatkan 3 pasang baju baru untuk aku, tiba-tiba aku balik Rawang "Nah baju baru mak buatkan, cuba pakai muat ke tak" ni mesti sebab dia asyik tengok aku pakai baju yang sama je selama ni. Amboi mak mertua aku ni dok peratiiiiiii je aku ni kan..hahaha. Tak pernah tegur tiba-tiba 3 pasang baju baru dah siap, tu amaran dalam diam la tu kot..kakaka. 

Aish pulak baju dia semua dah fit-fit , ada yang muat lagi tapi dah senteng nampak pusat, kesian benor, miskin sangat babysitter tengok anak aku tu agaknya. So cuti semalam En. Syg ajak keluar beli baju Aish, dah lama dia ajak sebenarnya, aku yang dok tangguh-tangguh sebab nak ajak dia pergi Pureen Warehouse sale hujung bulan ni, tapi dia tak approve. Suami aku tu manalah nak pergi tempat yang kena bersesak-sesak, jalan jammed pun dia stress, pendek kata jarang sangat aku pergi KL dengan dia, nak pergi Jalan TAR minta maaflah. Tak fun langsung kan, tempat sesaklah best, the more the merrier kate orang. Aku suka je bersesak-sesak kalau boleh dapat barang murah, tapi suami tidak, jadi ikutkan jelah suami tu. Untung sangat kalau husband korang jenis melayan ni, pernah sekali je aku pergi Babyfair kat MidValley masa pregnant dulu, tu pun pagi buta dah sampai Mid, expo buka je, terus beli barang yang aku dah aim, 8.30 expo buka, 9.00 pagi aku dah balik lepas siap beli semua barang, kalau macam tu suami aku approve, senyum lebar je dia..hoiii lah tak fun langsung, nak survey pun tak sempat.


So semalam ke Jusco Bukit Raja jelah kita, nasib baik YES dah start so banyaklah sale, mulanya plan nak beli 8 pasang je, tapi semalam dapat 10 pasang, jadilah, ingat bulan depan nak beli baju dengan toys Aish kat GM Klang, sebab baju baby kat sana murah-murah kan, tapi tengah berkira-kira nak ajak suami ke nak ajak adik aku ni...hmmmm




10 pasang tak cukup sebenarnya, tapi buat masa sekarang ok lagi sebab ada baju 3-6 months yang Aish muat lagi pakai, bolehlah nak buat rolling.



Baju favourite daddy





Upah baju jalan satu, Poney tengah sale, aku beli ni 50%, berbaloi-baloi.

Tah hape-hape entry aku hari ni, sebab aku taip pantas dengan perasaan yang malas. Dah Jumaat hari ni kan, terasa macam Isnin..hehe, esok cuti lagi. Have a nice weekend uolls ;p


Wednesday, November 14, 2012

Pecah Tabung

Suami jenis suka menyimpan duit dalam tabung, aku tak sebab kalau ada tabung, aku asyik nak korekkkkk je manjang, rasa cam best je, asal takde duit pecah je, korek tabung, camnelah tabung nak penuh, simpan sikit, korek je yang banyak. Suami ada banyak tabung, tabung 50sen, tabung 20sen dan tabung 10sen, ada 3 tabung yang dia kumpul dari dia bujang dan kesunyian semasa ketiadaan girlfriend dulu. Setiap kali kalau cerita zaman kegelapan dia (read: masa single takde gf dan tak laku..huhu) aku mesti cakap

"Kesiaaaaaaaannnnnnnnn awak kan, nasib baik ada bidadari yang cantik ni menyelamatkan awak, kalau tak sampai sekarang tak laku" 

Ayat macamkan ko laku sangat, tapi lepas tu dia jawab, menjawab ok, ingat dia nak diam je, ingat mithali sangat suamiku itu.

"Nasib baik saya nak kat awak, kalau tak andartu la jawabnya" 

Fineeeeeeeeee

Masa bujang dia duduk di Seksyen 7, Shah Alam, lepas kawen dia usung 3 tabung tu berpindah ke rumah sewa kitaorang di USJ. Tapi lepas kawen jugak, dia bagi tabung 20sen dan 10sen kat aku, aku punya semuanya, sebab parking kat office kena bayar pakai syiling, setiap kali pergi kerja aku cekau segengam syiling masuk dalam beg buat bayar parking, sekarang tabung 20sen dan 10sen tu dah tinggal nyawa-nyawa ikan..hahaha. Yang tinggal hanyalah tabung 50sen yang aku pun tolong topup kan duitnya jugak, asal jumpa 50sen je aku kutip dan masuk dalam tabung. Masa kitaorang nak pindah dari rumah sewa di USJ ke rumah yang En. Syg beli sekarang ni, aku dah suruh dia pecahkan tabung dan masukkan dalam bank saje, sebab buat berat je nak bawak pindah sekali, tapi dia taknak, dia nak kasi tabung penuh dulu, baru pecahkan. 

Sekarang dah setahun setengah kahwin, anak pun dah setengah tahun, barulah tabung penuh dan semalam di pagi Deepavali yang syahdu, kitaorang pecahkan tabung.





Tabung ni macam tin susu, takde lubang yang boleh dibuka, kena pecahkan, kalau ada lubang yang boleh dibuka, kang ada je (aku la tu) yang mengorek tabung memalam..eiii macam toyol je bunyinya.















 Aish buat muka tamak..hahaha




Dapatlah dalam 300++, En. Syg ambik 100, upah untuk diri sendiri, 200++ lagi Aish yang punya. Eh, mana aku punya portion, takkan takde kot..cisss. Takpelah aku mengalah, bagi anak jelah. Duit seringgit yang dalam tabung tu semuanya bentuk burung, zaman bujang dan gelap dulu, asal ada duit seringgit je En. Syg lipat buat burung, kumpul banyak-banyak atas meja office, dah banyak, dia cekau masuk dalam beg, bawak balik rumah bujang dan masukkan dalam tabung satu persatu sambil mengenang nasib, gila kesian bunyinya. Bila dah ada makwe (akulah tu..wuuuu) dah tak sempat lagi nak buat burung sebab bz buat kerja, nak kumpul duit nak kawen dengan makwe yang jelita. Nak kumpul duit nak bawak makwe tengok movie, nak kumpul duit nak bawak makwe makan k-ep-si (gila murahan, makan KFC je..wakaka). 

Bercinta zaman sekarang banyak pakai duit tau, semua pun duit. Nak kawin duit jugak, dah kahwin ada anak, lagi kena banyak duit, anak dah sekolah nak membesar..duiiiittttttt saje. Sebab tu dari sekarang kena plan untuk anak, En. Syg buat Education Fund untuk Aish through Prudential, sekarang pun dah simpan untuk SSPN, jangan besar sok anak aku malas belajar sudah, dari dalam hari lagi dah ada Education Fund. Mak bapak kau ni dulu pinjam PTPTN je..sobss...berdarah hidung nak bayar pinjaman yang menimbun tu.

"Syg kita kena simpan duit untuk kenduri Aish nak kahwin nanti, sok dia nak kawin dah senang, takdelah macam kita dulu" 

Eiii tak kuasa aku, kalau dia pandai berkenan kat anak dara orang sok, pandailah cari duit hantaran sendiri, jangan nak mengharap aku pulak..amboiii banyak cantik. Kalau hantaran zaman tu 10K takpe lagi, buatnya dah 100K, pitam mak kau. Pandai-pandailah menabung ye Aish kalau nak kawin dengan gadis idaman macamana daddy menabung masa dia nak kawin dengan gadis idaman dia yang jelita, hot, meletop, sopan santun, berbudi pekerti, lemah lembut, menghormati orang tua, bersangka baik dengan jiran tetangga, penyayang, berfikiran luas, berdikari, gemar membaca, ..bla..bla..blaaaaaa..blaa.

Amacam, nak muntah tak..ahahaha

Monday, November 12, 2012

Homemade Steamboat


Sedap huihhh, last week hari Sabtu, lepas tu ulang buat hari Jumaat minggu lepas, nak habiskan stok fishball, and kejadah-kejadah yang sesuai dimakan sebagai steamboat saja. Idea nak buat masa shopping kat Tesco teringat MultiCooker hadiah kahwin yang tak pernah dipakai, dah setahun setengah ni kahwin, kang rosak pulak MultiCooker tu. Suami ikut saja, aku google kuah cicah Johny's steamboat, suami masak dan olah sikit, serius sipi-sipi nak macam kuah Johny's tu, jimat duit lepas ni makan steamboat kat rumah sendiri je..huahuahua



Sementara tunggu steamboat masak, suap Aish makan dulu, baru boleh makan steamboat dengan nikmat.



 Kuah Johny's..wuwuuu, lebihan kuah masih tersimpan dalam peti, minggu ni boleh buat lagi



Selamat Hari Deepaavali. Bye!


Friday, November 9, 2012

Disaster

Aku demam semalam, MC tapi bukannya rehat, tapi duk sibuk mengemas rumah, menyapu, mengemop, basuh baju berus tangan tau, baju Aish still basuh tangan lagi, baju kerja suami pun basuh tangan jugak (nak tercabut tangan ni rasanya) basuh 2 bathrooms dan sudahnya hari ni tak demam, tapi sakit badan, satu badan sakit, rumah bersih berkilat, gila kembang hidung tengok rumah sendiri tapi bila mengadu dengan suami yang aku sakit satu badan, dia marah, sebab dia kata aku sepatutnya rehat tapi sibuk duk kemas rumah "Dah, jangan nak mengadu lagi!". Ok takpe sampai hatimu sayang buat I cenggini..ooo takpe..ooo takpe (sambil jeling atas bawah, mulut kumat-kamit macam sinetron Indonesia)

Ok tu mukadimah je, sekarang baru nak huraikan tajuk diatas. Selasa malam Aish takmo tidur, asyik merengek je..kitaorang berdua bangun tidur bangun tidur bangun tidur berkali-kali tau, naik pening kepala ni. Tak tau dia nak apa, merengek sepanjang malam. Pukul 6 pagi suami bangun dengan mata kecik sambil tanya aku

Awak ambik cutilah hari ni, awak larat ke nak pergi kerja, saya pun nak cuti jugak ni

Saya nak pergi kerjalah, kerja saya banyak

Larat ke?

Larat je.

Camtu saya nak pergi kerja jugaklah.

Maka pergi bekerjalah kami berdua, tapi kereta asing-asing, dan selalunya En. Syg keluar rumah pukul 6.30 pagi, tapi disebabkan pagi tu kitaorang bangun pukul 6 pagi, En. Syg lambat 10 minit, tak dapat parking dekat LRT KJ dan terpaksa parking tepi-tepi jalan je (Dia memang pergi kerja naik LRT sebab office dekat KLCC, kalau nak bawak kereta alamatnya pukul 10 malamlah baru sampai rumah). Tapi haritu En. Syg ambik half day sebab risaukan kereta dia, tengahari masa nak ambik kereta. Naaaaahhhhhh kena saman sebab parking tepi jalan..goooddd sangat. Malam tadi anak tak tidur, badan penat dan kena saman, kombinasi sungguh. 

Aku pulak, tak cukup tidur malam sebelumnya, petang tu dah mula sakit badan rasa nak demam, ambik Aish dari babysitter tengok dahi dia benjol sebab jatuh. Sakit hati aku tengok dahi anak benjol macamtu, besar ko tau, siap ada kesan tikar lagi. Elok aku masuk rumah babysitter dia tengah dukung anak aku sambil cakap

Anak awak jatuh, tak sempat makcik nak sambut tadi

Aku diam, tengok dahi anak dan tanya

Jatuh dari walker ke?

Taklah, jatuh masa dia tengah bergolek

Bergolek?? sampai benjol besar tu?? Anak aku tu merangkak pun belum, angkat badan pun tidak lagi, menyusur pun belum, kalau setakat baring meniarap, baring meniarap tak mungkin boleh benjol besar tu melainkan dia hentak kepala dia sekuat-kuatnya. Benjol dia macam jatuh dari tempat tinggi, siap ada kesan tikar ko tau, bergaris panjang, dia jatuh hari Rabu, hari ni garis tu ada lagi, merah lagi. Pastu dia cakap sambut, tak bunyi macam tinggi ke? Tapi takkan lah aku nak marah makcik tu pulak kan, aku diam jelah, terus call suami yang kena saman tadi tu, dan kitaorang pergi klinik, sekali check dengan aku. Aku ingatkan aku belum demam lagi, check suhu, doktor kata suhu aku tinggi, terus doktor bagi MC hari Khamis. 




Tengok gambar macam tak serius je kan, tapi kalau tengok real, bertelur dahi tu, siap merah purple. Sakitnya hati aku Tuhan je yang tau, aku hantar Aish kat makcik ni pun sebab dia bestfriend mak sedara En. Syg, so aku percayalah sikit, dari hantar dekat orang yang totally stranger tu kan. Tapi sikit jelah aku percaya, aku ni memang cerewet bab anak, kalau dengan Ma aku, semua aku larang, tak boleh tu, tak boleh ni, jangan tu, jangan ni, sampai Ma cakap aku ni cerewet sangat cuma dengan MIL je lah aku tak cerewet sangat, cerewet sikit-sikit je..haha. Segan pulak kalau nak larang sebab bukan parents sendiri. Maunya aku tak cerewet, bergadai nyawa tu nak dapat. Sampai sekarang terbayang-bayang sakit beranak tu..huuuu




Itu cerita minggu ni, ini nak cerita disaster yang berlaku beberapa minggu lepas. Aku bangun lewat pagi tu, berkejar nak iron baju sambil sekali sekala tengok Aish atas katil, takut dia jatuh sebab dia dah bangun. By 6.30am tinggallah aku berdua dengan Aish, maunya tak kelam kabut, setiap seminit pergi tengok dia. Dah siap cantik-cantik dengan make up, aku nak tukar diaper Aish. Memang every morning sebelum hantar rumah babysitter aku akan tukar diaper dia dulu, buka je diaper dengan syahdunya dia pancutkan mak dia yang sudah cantik ini tau, habis basah baju dengan seluar aku. Dah satu hal nak kena iron baju lain pulak, masa tu dah tukarkan dia diaper baru, berkejar lagi aku sambil iron sambil tengok anak, aku iron kat bilik lain. Dah siap pakai baju semua, masa tu dah lewat, aku pun nak pergi dukung anak kesayangan, tengok-tengok dia sudah poo poo dengan banyak tahap bocor sampai habis seluar baju dengan tilam, cadar aku..wuuuu. Udah kena basuh punggung dulu, tukar diaper, tukar baju, cabut cadar, rendam semuanya baru boleh pergi kerja. Nampak gambar kat atas tu? matahari sudah naik baru aku nak gerak dari rumah..sobsss dan akhirnya sampai office pukul 10 pagi. Tu je nak cerita, bye!


Ooooo dah poopoo dan menyiramkan ibumu, sedap pulak tidur ye..biasa dia tu!



Wednesday, November 7, 2012

Review: Food Feeder

Hai, hari ni nak review pasal FF sebab excited..haha. Sebelum ni cuma tahu FF brand Munchkin je, aku adalah jugak tengok FF Munchkin tu kat OBW, tapi tak beli pun sebab masa tu Aish belum start makan. Berkira-kira nak beli, aku duduklah belek jaring dia tu lembut ke tidak, lepas tu jaring tu kan berkaler, risau pulak nak bagi anak hisap, kang terhisap dengan kaler dia sekali cane (mak exaggerate) . So tak beli, tak lama lepas tu barulah tau pasal FF Kidsme, takde pulak rasa nak beli, tengok through internet je sampailah Wawa start jual, barulah teringat balik. Terus macam..eh eh, sungguh berjodoh dengan FF Kidsme, terus rasa macam "ini satu keperluan!". Asyiklah tengok page Mum Naila Collection tu, dah aim ni kalau beli nanti nak warna biru kuning sebab sangatlah comel kaler dia, tapi tak jugak terbeli-beli, aku peratiiiii je (haha macam Johan pulak)

Sampailah sehari sebelum Gojes bloggermum gathering tu, masa Wawa cakap dia jadi join, terus macam TINGG!! nak beli FF laaaaaaaa. So aku PM dia cakap nak beli, masa tu aku nak beli FF sekali dengan chain holder, sebab baby besar Aish tu apa barang yang dia tak campak? semua pun nak campak, stress mak dia ni asyiklah tolong kutipkan, nak marah kang kecik lagi, sabor jelah. So kalau beli sekali dengan holder takdelah buah dalam FF tu kotor kena lantai, dan takdelah mak dia ni asyik nak kena kutip je setiap 2 saat. Tapi package FF dengan holder ada kaler oren hijau je, gasaklah asalkan dapat murah, kalau beli asing mahal sikit. Esoknya hari Sabtu Wawa PM cakap stok tu dah habis pulak, sampai hati mu Wawa mempermainkan dan memperkotak-katikkan perasaan ini, FF single je yang ada, so chain holder kena beli asing, nak tunggu next restock, tak mungkinlah, so dapatlah aku beli single FF warna idaman and chain holder, mahal sikit je pun, takpe sampai anak cucu aku pakai nanti.



                                Mommy, cer potong epal tu laju sikit, lama I tunggu ni, naik bosan dah
 

So sekarang setiap petang, sampai je rumah, sumbat Aish dalam walker, potong epal dan letak dalam FF, sila nyonyot anakku, ibumu mahu buat kerja lain.



Epal je yang ada kat rumah sekarang, sila ulang menu yang sama sampai seminggu ye Aish atau sampai diberitahu kelak..haha




        Wowww, lepas potong dadu, aku gelek sikit epal ni kasi berair, so senang Aish nak hisap







Nasib baik ada chain holder, selamat tenaga mak kau









Aku tak tau harga kat online shop lain, tak pernah survey pun, tapi kalau ko blogger dan kenal Wawa (walaupun kenal through blog dia je pun) marilah support kawan sendiri, beli banyak-banyak kat Wawa kasi dia kaya, lepas tu suruh dia buat BBQ kat rumah dia dan ajak kita..hahaha. Bye!