Klik Jommm

Monday, March 25, 2013

Aish warded

Life has been so hectic lately, jangankan nak update blog, nak update diri sendiri pun tak nyempat (insert icon rambut kembang dan bermata panda) Aish tak sihat, kalau anak tak sihat, aku pun tak lena tidur, kesian dan risau. Aku asyik cuti je dari 2 minggu lepas, gilir-gilir dengan En. Syg menjaga anak. Kalau Aish tak sihat aku tak berani nak hantar dia ke rumah babysitter, orang jaga dengan kita jaga sendiri tak sama. Aish dah sihat baru aku yakin nak hantar. Aku memang akan ambik cuti or alternatif lain aku akan hantar dia rumah mertua kat Rawang and kitaorang akan berulang alik ke Rawang everyday.



Budak demam membaca


Neb pukul 4 pagi, sebab kahak dia banyak, masa ni redha je, tak mengamuk pun

Aish demam on off dekat seminggu, lepas makan ubat, baik kejap, lepas 2-3 jam panas balik, batuk, berkahak, selesema. Kesian sangat aku tengok dia, tak sampai hati nak pergi kerja, bila tak sihat manja dia lain macam, pantang bangun, dia menangis melalak-lalak, air mata air hingus semua keluar, senget pinggang aku duk mendukung dia sambil buat kerja. Makan pun tak mau. Kitaorang kalau anak demam memang gilir-gilir bangun ambik temperature dia, naik je tinggi sikit, be it pukul 3-4 pagi sekalipun memang terus shot emergency, aku selalu pergi DEMC sebab pagi buta camtu takde orang, 2-3 orang je kalau ada pun, so servis pun cepatlah. Aish start demam petang Rabu (13/03/13) lepas balik dari rumah babysitter, Khamis aku EL, dia demam sampai 39.8, aku sorang-sorang kat rumah dengan dia, ubat bontot pulak aku tak letak dalam peti ais, so dah cair, tak boleh masukkan dlm punggung dia, berterabur aku kutip barang Aish sambil dia menangis, dukung dia, letak kat carseat, habis semua lubang aku langgar nak pergi klinik Seksyen 7, kemain melambung anak aku, gila aku takut, biasa kalau panas sangat aku mandikan dulu sebelum pergi klinik, tapi sebab aku sorang, aku takut nak lengah-lengah.



Baru check in wad, Domo purple kat blakang tu tak boleh tinggal, tu penghibur di kala duka, peneman di kala suka



Dapat gift dari nurse, tukul angry bird pink

Jumaat pun aku cuti jugak, bawak jumpa Paed dia, Paed tanya nak warded tak, suami aku terus cakap nak. Kalau duduk rumah pun same je, lagi la ko risau, 3-4 pagi nak berulang emergency je, baik aku duk wad, so at least kalau anak dah panas sangat, aku call je nurse, nanti nurse datang ambik temperature and bawak ubat sekali. Aku boleh spend time dengan Aish 24jam, tak payah masak, tak payah buat kerja rumah, bertapa je dalam bilik dengan Aish. Tu pasal aku suka duduk wad, lebih terjaga and dekat dengan doktor and nurse kalau apa-apa. Aish warded dari Jumaat sampai Ahad, Isnin sampai Rabu mertua aku yang jaga, tapi Aish still tak sihat, asyik demam on off. Khamis (21/03/13) follow up dengan Paed balik, Aish baru baik demam, tapi selesema, batuk and kahak still ada, so stop antibiotik makan, aku kena berulang 3 hari berturut untuk ambik jab antibiotik. Sakit kot jab antibiotik tu Aish menangis senyap sunyi, menganga je.



Aish tidur dengan supermodelmommy, ni En. Syg punya kerja, kitaorang tidur dia sibuk capture.



Jalan-jalan dalam wad

Tapi alhamdulillah, as of today, selesema dah kering, batuk tinggal sikit je lagi, kahak je yang still degil, esok follow up lagi, aku rasa memang doktor akan pam keluar kahak dia, tu yang aku tak sanggup, sebab parents tak boleh ikut, boleh tunggu kat luar je, ko boleh dengar anak melalak je nanti, memang aku lari jauh-jauh la, aku takut aku tersepak budak fisio tu je nanti. Hari Jumaat lepas baru aku hantar rumah babysitter semula, sakan Aish menangis, sebab lama spend time dengan aku..hehe. Hopefully lepas ni janganlah demam lagi, kesian sangat tengok dia. Perrrgggh boring gila entry ni (sila bayangkan perempuan rambut kembang bermata panda tengah menaip, otak tak boleh produce ayat best sebab asyik fikir nak publish entry cepat-cepat dan sambung kerja yang melambak, cuti lama hari tu hoiiii). Bye.


14 comments:

  1. patut lame menyepi..kesian nye aish..
    cepat sihat ye syg.. utk mommy erin, u r the best mommy.. sabar tu kan indah.. jgn lupe sikat rambut kasi tak kembang lagi :)

    ReplyDelete
  2. huhu sian aish. anak demam mmg kitapun leh bertukar jadi panda heh.. jgn demam2 lg ye aish. sian mommy!

    ReplyDelete
  3. Dear....i sedih la bca entry u....sure sapa2 jd mommy and daddy sedih tgk anak x sihat...moga Aish cepat2 sembuh ye sayang...i follow u ye dear dari mommy gojes :)

    ReplyDelete
  4. cian aish.nampak lemah jer dia..get well soon baby..

    ReplyDelete
  5. Siannye Aish..get well soon sayang..Ammar pun selsema teruk ni tapi kahak xde..musim sakit je budak2 skang ni kan..memang anak sakit kita lagi la..

    ReplyDelete
  6. kesian aish...terkenang mikha dulu pon sama warded dekat DEMC for 4days sebab abtuk, kahak, demam. Bila time procedure derang amik anak bwk bilik secreto d amor. aduhai kita nunggu anak naik gigil takut lah derang buat ape2...aduyai...nak makan ubat pon amik anak bwk larik kemain jauh. pastu after berkampung 4hari kuar ward alhamdulillah ok. cuma kalo persekitaran kita tak healthy sama jugak penyak berangkai tu akan datang blk.
    :(

    ReplyDelete
  7. airiell pun xsihat...skg musim kan rin...risau btul la..

    ReplyDelete
  8. sekarang memang musim kan hampir semua baby mesti kena demam kombo ni. My son pun haritu kena warded pasal kahak tebal sangat sampai susah bernafas. I pun pesen macam u jugak, kalau lain macam je terus bawak spital tak kirala pukul berapa time tu..kalau amik cuti tak terkira dah pasal nak jaga anak..hehe

    ReplyDelete
  9. sian dia...lama tu demam lagi risau... aisya baru start demam smalam, hri ni ok skit panas dia.tp tulah temperature penipu... ade ke tgh2 panas tu 32? campak je la...

    get well soon aisy...

    ReplyDelete
  10. babe dok s7 kn? bbsitter pon s7 ke?

    ReplyDelete
  11. sama macamqaleef ritu..tapi sampai 2 minggu on off..memang risau giler gaban...tak lena tidor bagai...siang ok..malam demam panas sampai pernah 40 deg tau..!!

    ReplyDelete
  12. alahai..cian nye aish..cepat sembuh ye nakk..risau tgk anak demam..huhuh

    ReplyDelete
  13. aish namo demam2 smpai masuk sepital lagi ek!

    ReplyDelete