Klik Jommm

Thursday, March 28, 2013

Puding Oat untuk Baby

Hello, first time ni buat puding untuk Aish, kesian benor, anak dah dekat setahun baru nak bagi dia makan puding, ni pun aku stumble upon one blog yang rajin sangat masak untuk anak dia, terkagum kejap. So aku ingat-ingat dalam kepala je resepi dia, senang je, sesuai la untuk aku yang anak takmo berpisah ni, aku bagi dia main botol, aku buat cepat-cepat. Aku tau korang dah expert buat puding untuk anak tapi aku tetap nak share, manalah tau ada orang yang baru nak belajar tetiba terbaca blog aku, kan ke pahala tu kongsi ilmu..ececeh

Ok resepinya ya puan-puan

Sebiji telur
1/4 cawan oat
1/2 cawan susu (EBM or formula)
Buah ikut apa yang ada dalam peti (aku pakai prune)
Campur dan kukus sampai masak (aku kukus dekat 40 minit tau, sebab aku risau tak masak bebetul, ko nak masuk oven pun boleh, lagi cepat)



Sebelum



Selepas

Senang je kan, sambil pejam mata pun boleh siap, dah siap aku keluarkan dan sejukkan, suap la dekat Aish, dia makan 4-5 sudu ok je, masuk 6 sudu, dia buat muka nak muntah (wek..wekk) lepas tu dia terus muntah keluar balik semua yang dia makan tadi..hmpphhh tak suka la tu. Aish ni aku buat pasta pun dia muntah, aku syak dia geli makan benda yang lemak-lemak creamy ni, nanti aku cuba bagi la, kotla dia mau pulak kan

Penat mak ko berkejaran ke dapur memasak..sobsss, takpelah lepas ni aku test resepi lain pulak. Bye


3 comments:

  1. try n error la..mikhail pulak xsuke benda yg manis..beskot farleys pun dia kureng..paling2 pun suku jek dia mkn then selebih nye di cmpak! hurmmm..alahai ank

    ReplyDelete
  2. Alahai cian Aish mntah yer..~

    kesian mak aish jugak sb masak penuh kasih syg tp aish xleh mkn..xper try byk kali lau btul dia xleh mkn yg ala2 creamy sume tu mummynya knala cr menu lain~hihi

    ReplyDelete
  3. hihi cian mommy masak penat2...tp budak mmg camtu la rin, pandai sgt memilih...farish cmtu gak, kdg2 penat i masak tapi dia luah balik...sabo je laaa

    ReplyDelete