Klik Jommm

Friday, March 1, 2013

Aqil Hamzah 1st Birthday Party

Happy Birthday Aqil Hamzah, semoga jadi anak yang soleh, cemerlang dunia dan akhirat

                                                                                From: Mommy, Daddy and Aish Yusuf


Tu aku tulis kat guestbook dia..hahaha, kelam kabut sebab nak cepat, nak tukar pen kaler lain pun suami aku dah sebut "mommyyyyyyyyy, nak cepat ni" amboiii i nak tulis kaler pelangi pun tak sempat, baru nak lukis pokok, kereta, rumah tepi sawah ada selipar dua butir depan tangga batu, kemain rumah tepi sawah tapi tangga batu, orang miskin katanya, ada budget buat tangga batu je, buat rumah batu tak cukup budget..haha. Ohoooiii panjang betul melalut, terlupa pulak aku tengah busy ni, tapi takpe tangan yang baru tumbuh atas kepala ni tengah buat kerja, tangan yang kat bahu ni je yang tengah menaip, octopus katanya.

Aku sampai agak lambat kat birthday party Aqil, sebab kitaorang ada hal sikit pagi tu, sampai je rumah bertempiaran masing-masing bersiap, pukul 4 lebih baru sampai KFC Extreme Park, segan pulak nak masuk sebab dah lambat, masuk je pintu, kemain lebar senyum Erina sambut, salam Aty and Wawa, lepas tu suami terus pergi makan dan aku jaga Aish, so sempatlah beramah mesra dengan Aty kejap, ambik gambar, borak pasal anak, tak lama lepas tu baru K. Mimy and Mommycha sampai, lepas ambik gambar, bagi Aish kat daddy dan aku pulak makan cepat-cepat. Aku mampu pandang je diaorang bergambar sesama sendiri masa aku tengah menelan makanan, menelan ok, mana sempat nak mengunyah dah, sebab kitaorang memang rush sangat..waaaaaaaaaa jeles. Suami aku nak pergi dinner malam tu, reunion dinner Sekolah Alam Shah, baju dia tak cari lagi, kot tah letak mana, tie tak prepare, baju tak iron, kasut tak kiwi, lelaki biasalah dah last minute baru nak siapkan, padahal 2 bulan sebelum dah tau tarikh dinner. So siap je makan, terus salam and balik, aku hantar suami balik rumah dulu sebab dia nak siap dan terus gerak ke Putrajaya, aku and Aish zass ke Shah Alam semula fetch adik aku kat Seksyen 7, nak teman tidur.

Tq Erina sebab jemput kitaorang, seronok sangat, cheese tart sedap, tu je pun yang aku sempat makan, KFC janganlah ko cakap, ko pun tau KFC tu sedap, happening sangat sebab ada Chicky and games, masa game tu aku tengok mak ayah baby yang seronok lebih...hahaha, baby melangut je tengok Chicky. Seronoklah, lepas ni sape nak buat birthday party anak sila ajak aku, aku nak pergi. Ok dah, mari tengok gambar.



Birthday song for birthday boy..Aqil ketakutan masa ni..hehe takut Chicky



Happy birthday Aqil yang kacak bergaya



Aish tengok je Chicky, tak tau nak takut ke nak suka



Aty and Qaleef


Aty, Qaleef, Wawa, Naila, Mommy and Aish

3-3 pun ber peplum



Haa yang ni tak payah kenalkan, memang korang dah kenal pun kan



Si kecik yang kuat melasak hoi, sakit pinggang mommy duk menangkap dia, panjat sana, meniti sini, kalau atas katil nak terjun je, bukan dia tau turunkan kaki dulu. Kalau duduk berdua dengan dia memang tak tinggal la, takut jatuh, sebab terlampau lasak. Grill tingkap pun dia panjat..sobss. Tapi masa kat birthday party ni bukan main lemah lembut, diammmm je, dia dok peratiii je


Gojes BloggerMom..auwwww, group name kat FB ye, nanti ko ingat aku perasan gojes pulak..huhu




Erina, Mommycha, Saye :), Aty, K.Mimy and Wawa



Ini Aish keletihan lepas attend birthday party, masa ni otw fetch aunty dia.



Sebelum balik dengan family Erina, mintak apa tu Aish?

Bye, kerja bertimpa-timpa ni.

4 comments:

  1. happy besdsay aqil... =) jumpa chicky lg tu...

    ReplyDelete
  2. ayark.. kurugian yg amat sgt..
    penat sesangat nmpk si aish tu yer..

    ReplyDelete
  3. comel nye baju elmo aisy! bli kat ne? i tgh crk ni..heheh

    ReplyDelete
  4. Metacey mommy Aish sbb sudi datang memeriahkan majlis n for this sweet entry. Muahh!
    Jejak kaseh kawan lama papa Aish plak kannn..hehe

    ReplyDelete