Klik Jommm

Friday, March 29, 2013

Jalan Petang

Lately kitaorang jarang balik Serendah, so banyak jugaklah masa terluang kat rumah. Being isteri yang bekerja, weekend apa lagilah kerja aku kalau tak membasuh, mengelap, mengemop, menyapu, memberus, merendam dan sewaktu dengannya, so hari cuti aku memang bz mengadap rumah yang berhabuk tu dan kadang-kadang bila dah penat sangat buat kerja rumah, nak keluar beli barang dapur pun aku dah malas, rasa nak baring je. Tapi since dah ada anak, kesian pulak aku dengan Aish tu, asyiklah duduk rumah je, kalau tak duduk rumah, ikut kitaorang pergi beli barang dapur, bosan benor hidupmu Aish, sebab tu Mommy nak bawak awak jalan kat padang, kasi jumpa orang sikit, asyik pergi mall je, nanti padang pun tak kenal.



Minum petang dulu kat mamak, kitaorang makan roti canai, Aish makan biskut je ye nak



Tetiba dah sampai, korang tau kat manakan? dataran eh, aku pun tak ingat nama tempat ni, kemain ramai orang, siap berpiknik bagai. Aish dah besar and pandai berlari nanti boleh bawak lagi, main bola dengan daddy kat sini. Nampak tak dinding belang-belang kat belakang tu, kat situlah aku PreWed dulu, masa Aish jauh di langit ketujuh..hehe.



Amboiii..haha. Aish tak peduli pun, dia sibuk main kunci, kemain panas masa ni.


Daddy ambik dan terus letak atas rumput, suami aku cakap biar dia rasa rumput, aku pulak risau dia gatal. Kang kalau gatal, siapalah tukang entertain nanti, omak kau ni hah jugak



Tak pakai kasut, tu lagi aku risau, takut cacing, eh aku ni kan over risau, macam tak tau pulak






Aish happy tau, melompat-lompat, lepas ni boleh bawak lagi, cuma maybe kena bawak lewat sikit, sebab masa ni panas, silau mata. Nanti nak bawak Aish jogging pulak, tapi tiap kali weekend asyiklah bangun lewat, padahal setiap malam Jumaat sebelum tidur asyik niat nak bangun awal, bawak Aish pergi jogging, asal pagi je terus mood merundum, tidur lagi sedap, habis camne. Bye and happy weekend, minggu ni tak balik Serendah sebab nak buat projek juta-juta untuk Aish.

7 comments:

  1. bdk2 mang sonok rin kalo bw outing gitu..airiell hepy kemain bw g dataran men walker...asyik la teperuk kt umah j kan..xbes...

    ReplyDelete
  2. Bestnya Aish dapat jenjalan..pasni mama dia kena la bawak selalu..hihi..anak i asyik je terperuk kat umah..i ni takut sangat anak kena exposed slalu..hahaha..over..tah pape la i ni..

    ReplyDelete
  3. kemain suke dia main atas rumput..belum jumpe pasir lg tu..

    ReplyDelete
  4. Sonok dan gembira betul ye aish jln2...suka tgk parent dia happy go lucky jek :)

    ReplyDelete
  5. cumey sgt2 baby awk.. =)

    done follow sini.. jom follow n singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. salam perkenalan....bestnya aish dapat pijak rumput...orang tua2 selalu pesan klu nak anak cepat berjalan biaq dorg pijak rumput tanpa pakai kasut tp waktu pagi la erk...lepas berembun....

    jemput singgah blog eika yer

    http://atikarafina.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. projek apekah??? nak tau..nak tau..hahah

    ReplyDelete