Klik Jommm

Tuesday, May 7, 2013

Aqil Hamzah

Al fatihah untuk baby Aqil Hamzah yang kembali ke rahmatullah pada 3 Mei 13, jam 7 ptg due to Streptococcus Pneumonia di HKL dan selamat dikebumikan pada pagi Sabtu, 4 Mei 13.

Aku jugak seorang ibu, aku boleh rasa sedihnya kehilangan seorang anak yang kau tatap senyumnya, tawanya, manjanya dan tangisnya setiap hari dan setiap saat. Anak yang sentiasa dengan kau dari hari pertama kau tahu kewujudan dia didalam rahim sehingga saat dia menghembuskan nafas terakhir. Tapi walau sedih macamana sekalipun yang aku rasa, aku takkan mungkin boleh rasa peritnya kehilangan seorang anak. Sebab aku tak melalui itu, buat Erina dan suami, semoga kuat menghadapi kehilangan permata hati yang paling indah kurniaan Allah yang dipinjamkan hanya untuk 1 tahun 2 bulan di dunia tapi insyaallah selama-lamanya di syurga. Betul, apa yang kita nikmati di dunia ni semua milik Allah, semuanya pinjaman semata, tak de satu pun hak milik mutlak kita.

Aku tak sempat melawat Aqil di hospital, aku plan nak pergi on Sabtu, tapi takdir Tuhan, Aqil meninggal hari Jumaat. Hari Sabtu, lepas appointment follow up Rotavirus Aish di KPJ, baru kitaorang gerak ke rumah family Ena di Seksyen 18, lucky rumah dia nearby rumah bestfriend aku, so aku tak ambik  masa sangatlah nak cari. Serious aku proud dengan Ena, dia strong sangat, masih boleh senyum bila cerita pasal Aqil, sekali-sekala je air mata dia menitik, aku pulak dah memang macam hujan, tak boleh tahan.

En. Syg pun cakap, masa Amir (hubby Ena) cerita pasal arwah Aqil sampailah saat Aqil meninggal, menitik-nitik air mata dia, dia kata dah cuba tahan, tapi tak boleh. Kitaorang jumpa Aqil 3 kali je, tapi anak-anak blogger ni macam dekat sangat kat hati, sebab anak-anak kita sebaya je kan. Infact, kita lebih kenal anak blogger dari blogger tu sendiri. Walaupun hubby Ena ada mintak aku support Ena, but still sampai sekarang aku tak contact dia lagi, aku jadi takut, takut kata-kata aku buat dia menangis or tak selesa. Sorry Ena, kalau Ena ada baca ni, sorry ye, tapi rin doakan Ena selalu.


First time jumpa di Gojes Bloggermom gathering on October 2012


2nd time jumpa on Aqil's first birthday party

3rd time, on Aish's birthday party about a week ago, and it feels like yesterday. Doa aku selalu buat Ena n hubby, moga sentiasa diberi kekuatan menghadapi ujian terhebat dari Tuhan. Aqil Hamzah, saham akhirat mama dan ayah. Al-fatihah.


11 comments:

  1. sedihnyaaa..moga mereka sekeluarga terus diberi kekuatan..amin...

    ReplyDelete
  2. baca entry nie buat ku bergenang air mata....al-fatihah...

    ReplyDelete
  3. im not a mommy yet..tp dpt rasa btapa sedihnya mommy arwah aqil..alfatihah for aqil..wait your mommy dialam sana..semoga tabah sis erina

    ReplyDelete
  4. Al fatihah..salam takziah buat erina sekeluarga..

    Erina mmg tabah..bila tgok gmbr aqil ni jd lg sedeh sb sblm ni mmg xsmpt jmp erina dgn aqil tp cm smpat jmp dorg ms dekat hsptl..tuelh pestime jmp tp xdpt bmesra dgn aqil..

    Damaila kamu di sana nak..syurga pasti yempatmu..;(

    ReplyDelete
  5. Xdpt thn air mata bile bce entry ni n tgk wajah aqil..sedih...Al-fatihah. (T_T)

    ReplyDelete
  6. nak bace entry nie makan masa...teringat wajah arwah aqil....mama aqil memang seorang yang tabah...

    ReplyDelete
  7. alfatihah
    ekin smpi skrg masih teringt2
    xleh tahan air mata

    ReplyDelete
  8. Bila tengok muka arwah Aqil terus sebak. T-T.

    ReplyDelete
  9. tak tau nak taip komen ape.. sbb jd speechless sgt. sampai skrg rasa mcm tak percaya Aqil dah tinggalkan kita smua..

    ReplyDelete
  10. walau kita xkenal,tapi bila baca entry2 tu,terkedu.....Insyaallah,Allah uji untuk hikmah yang lebih

    ReplyDelete