Klik Jommm

Friday, May 3, 2013

Cerita Rotavirus

Hai, dah lama sangat tak update, bz bercuti and bz buat kerja lepas masuk kerja balik which is semalam. Unplanned. Cerita majlis Aish kita update minggu depan mungkin. Hoh, esok dah Sabtu, maknanya dah seminggu majlis selesai, updatenye belum lagi. Nak cerita pasal rotavirus hari ni.

Rabu hari tu Aish baru keluar wad sebab rotavirus, sebelum ni tak pernah ambil kisah pun pasal penyakit ni. And seriously aku tak tau macam mana Aish boleh dapat this kind of virus, sebab masa majlis Sabtu tu, aku memang bz, anak aku tah sape-sape yang pegang, tah ape yang disuap, bersih ke tidak tangan diaorang, aku tak tau, sebab aku sibuk sangat ke hulu hilir, dengan majlis yang tunggang langgang. Eh, aku bukanlah nak tuduh orang, aku sendiri pun tak tau, maybe Aish dapat dari aku, tapi aku ni bab jaga anak sangatlah cerewet, botol susu Aish aku sterelize hari-hari, bukan botol susu je, botol air masak dia, mangkuk makanan dia pun sterelize jugak (tu daddy yang sterelize, habis meliut mangkuk tu jadinya..hahaha). Kita anggaplah benda dah nak jadi kan, elak camne pun jadi jugak, lagipun baby besar Aish memang senang kena rotavirus ni, sebab diaorang mengutip, masuk macam-macam dalam mulut kan tapi alhamdulillah Aish dah sihat. Dari apa yang aku baca, hampir semua kanak-kanak akan dapat rotavirus. Btw, kalau sesiapa tak tahu rotavirus ni ada vaksin dia, but its optional, kalau ko biasa bawak anak cucuk dekat government, memang takde, tapi ko boleh bawak dia pergi private to get this kind of vaksin. Aku tak ambik pun untuk Aish, sebab again tak ambil kisah, bad mommy!

Sabtu malam, lepas majlis Aish ok je, bukan main happy lagi buka present and main. Esoknya dengan rumah yang masih tunggang langgang, family aku ajak pergi IKEA sebab papa aku nak beli rak kasut selepas terpesona dengan rak kasut IKEA aku..hahaha. Masa kat IKEA, Aish merengek non stop, and badan dia pun panas, aku ni pulak dah jadi habit, pergi mana-mana mesti nak bawak termometer Aish, bila aku check suhu Aish 38, aku check pulak suhu diri sendiri, eh 38 jugak aku, tapi aku tak rasa demam pun, confuse kejap. 2-3 hari sebelum tu memang Aish demam, tapi hari Sabtu dia dah ok. Bila dia asyik merengek je, En. Syg lari kejap pergi beli paracetamol, lepas bagi dia makan ubat, still dia merengek.

Sampai rumah tidurkan dia dalam buai, lepas habis susu sebotol, dia muntah. Lepas pada tu setiap kali bagi susu or air masak, dia muntah, aku bf, dia muntah susu aku, aku bagi bubur, dia muntah bubur. Lepas maghrib kitaorang bawak dia pergi klinik, doktor just buat surat refer, incase kalau dia teruk terus bawak hospital. Balik dari klinik, dia tidur, dia bangun minum susu around pukul 12am, lepas minum susu dia menangis kuat, kitaorang dukung gilir-gilir, bagi dia susu coklat pulak takut mulut dia pahit sebab banyak sangat muntah, lepas minum sikit dia muntah habis atas carpet and En. Syg cakap "That's it, anak saya sakit ni, let's go to the hospital". Kitaorang pergi DEMC, keluar dari lif, Aish muntah berjujuran, habis baju En. Syg dengan lantai yang sudah berkilat itu (cleaner tengah kilatkan lantai masa tu). Jumpa doktor and doktor suggest untuk warded sebab takut baby dehydrate, tapi biasalah DEMC penuh manjang, so kitaorang pergi KPJ, nasib baik ada kosong lagi, Aish menangis je masa kat Emergency tu, rupanya dia lapar, aku bagi susu, habis sebotol, lepas tu dia tak muntah dah.

Hari Isnin dia cuma muntah 2 kali je, sekali lepas dinner, habis keluar bubur dia, and sekali lagi malam lepas minum air masak, sikit je dia muntah. Doktor tak cucuk air pun kat Aish sebab dia tak serius sangat, dia just muntah, tak cirit birit pun. Doktor just bagi ubat demam and ubat tahan muntah je and dia aktif macam biasa. Rotavirus takde ubat, dia akan baik sendiri lepas keluar melalui muntah dan cirit birit, and rotavirus takkan menyebabkan kematian, your baby will die because of dehydration. Sebab tu kalau your baby muntah or cirit birit berterusan, better bawak hospital, jangan tangguh lama-lama tau. Doktor detect rotavirus Aish melalui sampel najis. Menahan hidung aku ni mencedok poopoo Aish hari tu..hahaha, nasib baik Aish poopoo ketul2, aku cedok seketul..hahaha

Rotavirus ni boleh berjangkit tau, lepas Aish positif rotavirus, terus kitaorang kena tukar bilik, masuk isolation room. Kalau anak kawan ko kena rotavirus, janganlah ko pergi melawat, macam kakak sebelah katil aku hari tu, dia melawat anak kawan dia yang kena rotavirus kat SJMC, dia pergi sorang-sorang je and dia cakap dia tak pegang pun baby tu, just cium je lepas baby tu mandi. Tak lama lepas tu anak dia pulak kena rotavirus, even aku dengan En. Syg pun ada chances untuk berjangkit dengan Aish. Tapi immune system orang dewasa ni mestilah lebih kuat dari baby kan. Kesian sangat baby sebelah katil Aish tu, dia kena masuk air and antibiotik sebab 2 hari dia muntah and cirit birit non stop baru mak dia bawak pergi hospital, dah naik hitam dah mata dia mak dia cakap, memang melepek je. Setakat ni yang aku baca through web, once your baby dah pernah kena rotavirus, badan dia akan build immune system dari this kind of virus. Tapi sekali dah kena, doesn't mean dia takkan kena lagi, esok Aish ada follow up dengan Paed, nanti aku tanyakan samada Aish should get the vaksin or not.








Khusyuk tengok Upin Ipin


Ok, itu je aku nak share dari experience sendiri, aku pun tak tau sangat pasal rotavirus sebelum ni, bila dah kena, barulah nak kaji dengan lebih mendalam. Bye.

P/S: Pray for Aqil Hamzah, anak Erina yang sekarang di ICU HKL, semoga cepat sembuh ye Aqil, mama tunggu Aqil tu.


13 comments:

  1. Ya Allah...betul ckp u erin...i take noted!
    Oh rasa nk bawak anak pi inject rotavirus sekarang...

    ReplyDelete
  2. aish jaga dady ek..cian dady sakit..org len skt, org len yg baring..huhu.. :p

    ReplyDelete
  3. Ank ros muntah, ciritbirit segala. Warded 4hari. Huhu.smoga smuadpmudahkn. ;d

    Moga aqil cpt sembuh. Sebak tgk dia mcm tu. Ank ros msa lahir duk icu pnuh wayr pun xsggup rasa nk lalui.. :-(

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah dah sembuh aish..

    ReplyDelete
  5. awk ni encem sangatlah aish
    i pun cetek pengetahuan pasal rotavirus ni..tq 4 sharing..apa2 pun kita doakan yg terbaik utk adik aqil

    ReplyDelete
  6. aish, sakit sakit pun hensem gak...cepat sembuh plzzz....dont make your mummy worry lagi..

    ReplyDelete
  7. alamak, i tau gitu2 je pasal rotavirus punya vaksin ni.dah start risau ni..

    ReplyDelete
  8. akak pun bad mommy ...hari tu nak amik rotavirus dah terlambat...sebab umur dah setahun..huwaa time tu rasa nak nangis

    ReplyDelete
  9. 1-erin sori xdpt dtg bday aish sbb kite xsihat.selsema.risau klu g kang...hbis semua baby bjangkit

    2-alamak.i pn xamik kisa rotavirus ni.camne ni.

    3-smoga aish sihat mcm sediakala....

    4-smoga aqil sembuh.amin

    ReplyDelete
  10. Alahaiiii sakit2 pun maintain hensem gitu. Makin lama tgok mcm ada iras plak saif ngan aish. Iras tang hensem kot, kulit color tak sama.huhu..aish versi putih, saif versi coklat.huhu..
    Anyway kt as mommies kena beware selalu kn.

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum

    apa khabar anak puan? diharap sudah beransur sihat.
    terlanjur singgah di blog puan hasil carian google, maaf jika komen saya ni tidak menyenangkan puan. saya cuma mahu maklumkan bahawa :

    1 - vaksin rotavirus bukan melalui injection, ia adalah oral iaitu diminum
    2 - vaksin rotavirus telah di fatwakan haram kerana mengandungi sel khinzir.

    puan boleh rujuk :
    http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-penggunaan-vaksin-biothrax-dan-vaksin-rotateq-yang-menggunakan-unsur-babi-dal

    dan
    http://drzubaidi.com/blog/?p=2594

    walaupun ada sesetengah pihak claim vaksin ini tiada unsur haiwan, tetapi adalah lebih baik kita cuba elak dari menggunakan vaksin ini...

    Wallahualam =)

    ReplyDelete
  12. erin, i pun nk say sorry xdpt join befday aish..i blk mersing..huu..
    kelako bce u cedok seketul najis aish..hhehe..demi ank, sanggup kan? hehe.

    ReplyDelete
  13. yap. btl diftwakn hrm. sy pun ad trbce jgk kat blog dr zubaidi klu xsilap.. anak sy pun bru2 ni kne jgktan rotavirus. mmg sdih sgt2 tgk dia muntah dmam n cirit birit. sbbnye xpasti cme shri sblm kne tu dia msk wad kjaan sbb jgktn kuman kat paru2. last day tu dia duk sblh katil budk yg kne cirit birit. mse tu xtau pun cirt brit leh jgkit. nk kua tu dh ok skali pg esknye dia start muntah. mse tu serik sgt nk msk hsptl kjaan sb dia bcmpur mgk sb kurg katil n wad pnuh. so bwk la g hsptl swasta. xpe la wlu mhl tp utk kshtn dia jgk..

    ReplyDelete