Hai, ok adik aku dah reply semalam, tu pun dah petang sangat but since ramai yang bertanya through FB and email, aku update kat sini jelah eh
Nama Paper: Iron on transfer paper
A4: RM5.40
A3: RM8.40
Kalau beli banyak, lagi jimat and murah, ada jual kat kedai buku or kedai art and design. Btw tu harga kat Shah Alam lah, kalau kat Simpang Renggam tidak ku tahu berapa harganya. Tetiba Simpang Renggam, tu je terlintas dalam kepala aku tadi.
So kalau nak jimat, boleh beli banyak-banyak, boleh buat untuk family sendiri, family mertua, sedara mara, sepupu sepapat dan lain-lain..hehe, tapi aku sebenarnya tak suka kalau baju kaum kerabat semua sama dengan baju tuan rumah and birthday boy, macam tak eksklusif la kan, kalau dah semuanya seia dan sekata, dah tak tau mana satu tuan rumah. Tapi kalau korang suka, takpe teruskan saja.
Tapi masa nak ironkan tu sila buat dengan berhati-hati, sebab adik aku tersalah buat untuk baju Aish hari tu, nasib baik dia dah test buat seminggu sebelum majlis, so diam-diam dia pergi Plaza Alam Sentral pergi cari balik baju RM5 Disnep tu nak ganti yang baru. Nasihat aku, jangan beli baju mahal, salah buat kalu, nangisla ko sendiri.
Terpaksa up lagi gambar ni, so korang tak lupa camne rupa tshirt and banner..ehemmsss
Sekarang nak bagitau pasal banner Sesame Street pulak. Banner tu suamiku beli di EBay, pergi je website dia dan search la apa pun, semua untuk birthday pun ada, tapi sila beli awal ye sebab kebanyakan barang yang dijual tu datang dari oversea, macam banner birthday Aish tu dari US, sehari sebelum birthday party baru sampai, aku dah gabra-gabra nak buat plan B. Barang kat ebay tu murah tapi kalau dari oversea biasanya kos postage saja lebih mahal dari harga barang. Kalau nak lagi murah mari beli banner aku ni, aku ingat nak jual balik, half price, mungkin aku akan bagi a few barang free, macam iron on Elmo tu, aku ada lebih sekali dengan perkataan Mommy, Daddy, nama baby pun ada lebih, bolehla pakai kalau nama anak ko Aish, kalau nama anak ko Muhammad, tidaklah boleh dipakai ye..kih kih. Tapi sampai sekarang aku belum ambik gambar banner tu lagi, banner tu material plastik nipis je, kalau ko ganas sikit, insyaallah tak koyak, kalau ko ganas lebih-lebih insyaallah rabak. Masa sampai kat kitaorang, dia memang berlipat-lipat, so kesan lipat memang obvious, tapi dalam gambar tak kan, nampak smooth je, tu pasal la kena ambik gambar dulu sebelum jual balik. Buatnye dapat pembeli super fussy, susah hati aku, nanti aku up entry sekali dengan gambar and harga ye. So sape belum ada party theme tu, mehlah buat theme Elmo, boleh beli dengan aku..haha. Kalau ada apa-apa nak tanya, email je, or PM je, ada masa aku jawab insyaallah, berbesar hati aku nak share tau. Ok, bye semua.
waaa,kita nak buat theme hello kitty....sekarang cari barang hello kitty jer...........
ReplyDeletetq so much erin..takyah anis pening pale dah nak g tempah baju bagai utk besday hannah nanti..hihi
ReplyDeleterasenya daku tak gigih la nk diy baju segala bagai mcm mommy aisy buat ni..pakai jelah hapa adenya..huhu..tabikk la kt mommy daddy aisy yg gigih..heheh..
ReplyDeleteSukala baju elmo tu.. tapi ariff ilman suke nemo.hihi.
ReplyDeletememang idea yang besh sangat..tq for sharing
ReplyDeletefuyoo imported dari US tu...patut la macam tak pernah tgk je kt msia..
ReplyDeleteAla.... aisy bukan aish. Klu x bo mintak iron on elmo free :))
ReplyDeletetq erin
ReplyDeletetak terlintas lg nk buat theme ape ni..huhu!
birthday alisha time raya, maybe theme ketupat rendang tu semua kot..erks!haha
salam kenal. singgah sini terus follow. jom, kalu sudi ke teratak picisan saya pulak. maceh..
ReplyDeletecomel ok!
ReplyDeletegood idea :)
Mcm best je theme nie... Gigih btul Erin wat preparation utk bday Aish.. =)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHai..msh available lg x??nk bli..pm kt 01128137766..tq..asap ye..tq again..
ReplyDelete