Klik Jommm

Monday, May 20, 2013

Bekas Garam

Hai..cool tak tajuk, straight to the point..hahaha. Sebenarnya nak letak tajuk bekas garam, bekas minyak, bekas rempah dan bekas minyak yang dah guna tapi macam panjang dan annoying sangat dan bakal membuatkan para pembaca berkata dalam hati "hek elehhh tu pun nak tunjuk". Tapi sebenarnya kan saya memang malu pun nak tunjuk, sebab bekas garam tak seberapa, tapi hati meronta-ronta nak tunjuk jugak, nampak tak, nampak tak? Jadi saya salahkan hati saya kerana beliau berani meronta-ronta, jadi kuturutkan beliau saja..kahkahkah. Tu namanya ayat MENCAPUB, dulu mula-mula adik aku cakap MENCAPUB, tanjat aku tau, terus bulat mata lalu berkata "eiii apa ko ni tak senonoh mencarut!" padahal MENcari PUBlisiti maksudnya. Semua orang tau, aku je yang tak tau. Baiklah saya suka terkeluar tajuk, mari kita berbalik ke tajuk asal iaitu bekas garam.



Gambar ulang tayang, lupa nak bagitau masa birthday Aish, aku buat sendiri candy buffet dia. Serius hodoh, aku sendiri pun terperanjat dengan kehodohannya, ku pikirkan meletop habis la, tapi nan ado..tapi aku tetap gembira, sebab barang candy buffet dia tu, aku boleh pakai balik. Taklah ku bagi beratus-ratus kat orang, lepas tu apa pun ku tak dapat. Disebabkan aku buat sendiri, barangnya pun aku dapat balik, dan aku boleh pakai, nampak balang kecik isi M&M tu? Tulah bekas garamku..hahaha, sebelum beli aku dah fikir baik-baik. Sebab aku ni jenis berfikir sebelum membeli, sebelum beli dah kufikirkan, kat mana nak letak, untuk apa, siapa nak pakai, bagaimana nak pakai, berbaloi ke tidak, maklumlah rumah takde store room, kalau beli banyak-banyak lepas tu buat menyemak rumah, mulalah nak ku lantingkan saja semuanya. Kalau aku mengemas rumah parents aku, siap la, habis semua aku nak buang, berbulus-bulus Ma aku tu..haha. Sebab tu kalau sekarang balik rumah parents aku kat Pahang, aku jarang dah nak mengemas, bukan apa takut terbuang barang yang Ma aku sayang..eh ye ke, ke tu alasan nak bermalas-malasan..pffttt.

Perghhhh debor-debor aku tengok gambor ni (cilok dari website IKEA)



DROPPAR, RM11.90 satu



Kecik je, aku beli yang 0.9 liter, tapi takdelah kecik sangat, nak simpan garam sepeket dua dalam ni pun muat. Jar jenis ni banyak saiz, ada lebar, ada lonjong, ada tinggi, semua saiz la ada. Haissshhh cara aku cerita macam la korang tak pernah pergi IKEA kan, mestilah korang tau.




Aku beli 4 terus, letak garam, kunyit, asam keping dengan belacan, aku ingat belacan tu nak letak tempat lain nanti, takut berbau bekas aku, sebelum ni aku pakai Tupperware letak semua benda ni, sampai mak mertua aku tegur, dia cakap sayanglah, rosak tupperware aku buat letak garam, kunyit, belacan segala, memang pun, lepas basuh tupperware tu, sampai sekarang bau belacan lagi..srrrooottt, hari tu letak biskut Aish, aku cuba makan balik biskut tu, rasa belacan..euuwwww. Biskut perasa belacan..errrkkk.

Aku suka bekas ni sebab dia see through, takyah ko buka satu-satu nak tau isi dia apa. Lagi satu bekas ni senang sangat nak buka, tak payah ko susah-susah pulas penutup dia, ko angkat je sebab penutup dia tu ada getah je. Kalau nak masak cepat tu memang sesuai sangatlah. 



Getah begini je, tapi dia tak kedap udara, kalau ko letak biskut, confirm lemau, kalau ko letak gula confirm bersemut. Mulanya aku nak beli jar yang sama untuk letak gula, tapi bila tengok penutup dia begini, terus terbantut.



So aku beli ni untuk letak gula, dan letak tepi dapur, senang kalau nak masak sambal, tak payah lari mengagau kabinet dapur kering yang jauh sikit tu. Tapi bekas gula ni aku beli kat Plaza Alam Sentral, kedai English kat atas sekali tu, KK Home Deco ke apa ntah, aku lupa. Aku beli 2 saiz, yang pendek ni kalau tak salah RM7.90, yang tinggi sikit tu RM8.90. Jar ni memang kedap udara, aku test letak coco crunch dah 3 minggu, still tak lemau, lepas ni nak beli lagi, buat letak biskut, cantik sikit kabinet aku, ntah bila aku nak pergi lagi ntah. Ok lah kan jar ni, ada iras-iras Droppar jar tu hah.



One day..one day



Bekas letak rempah, rak gantung ni nama dia Bygel Wire Basket, RM6.90 je, aku gantung kat tepi dapur jugak.




Rupa sebenar, ko gantung je dekat rail, rail pun ko boleh beli kat IKEA, bekas rempah tu pun ada kat IKEA


Macam ni


Alang-alang dah cerita pasal dapur kan, kita lajak terus pasal bekas minyak. Aku sayang sangat bekas minyak ni, brand Tupperware, aku beli dari zaman bujang, masa tu dah bertunang la, kemain lama aku simpan bawah katil bujang dengan niat nak pakai lepas dah kahwin nanti. Aku sayang sebab sampai sekarang aku tak jumpa lagi dah bekas minyak 1 liter ni, kat Tupperware sekarang jual yang 500ml je, adik ipar aku kemain berkenan dengan bekas minyak aku, tapi Tupperware dah tak jual saiz ni, ke hulu ke hilir dia cari..hehe, akhirnya dia dapat, tapi tak tau camne dia boleh dapat. Ke ada jual lagi?? Sebab office aku sebelah Tupperware je, sampai sekarang kalau aku tengok katalog dia takde pun bekas minyak besar ni dah.

Bekas stainless steel tu aku buat letak minyak yang dah guna, means kalau minyak tu still panas ko boleh curah je dalam bekas tu, tak payah ko tunggu dia sejuk, dan selalunya aku pakai minyak 2 kali je, lepas 2 kali aku terus buang, tak elok pakai banyak-banyak kali tau, Ma aku cakap tak elok.

Haa aku dah cerita pasal bekas garam aku, cepat cerita pasal bekas garam korang pulak aku nak nyibuk ni..hahaha. Tu jelah aku nak share, next week aku share benda lain pulak, kalau bosan..sorry eh, promise tak share pasal rumah tetiap hari, takut korang nyampah pulak nanti. Bye!




15 comments:

  1. Erin nak bagitau ni..1st time dengar word"MENCAPUB " tu.super ketinggalan.Sekian!

    ReplyDelete
  2. perghhh..berdebor nengok gambor yg one day one day tuh..hahaha..yg bekas panjang isi spagety tu pun tak kedap udara jugak ehh..

    ReplyDelete
  3. finally bekas garam nya citer..heheeh selalu nampk kat ikea tak beli pun...awak beli akak pun nak..hehehe

    ReplyDelete
  4. canteknye yg IKEA tuh punye 1 set...almaklum, jarang ke IKEA..xpenah nmpak..sroootttt...

    ReplyDelete
  5. Kemas ye.. Dapur ros tunggang langgang lor.hahaha..

    ReplyDelete
  6. bekas garam saya pkai tipuware jek..haha..tp lawa la bekas tu..nti nk p carila..

    ReplyDelete
  7. bekas garam su brand ALIENWARE! haaa..ganas tak..rm2 aje..sebab beli kat kedai rm2..hahha

    ReplyDelete
  8. Lawalah bekas tu..nak beliiiii...sy pun x pernah dgr mencapub.eh..cam lucah bunyinya.haha..

    ReplyDelete
  9. Garam pon garam la....garam penting tau...

    ReplyDelete
  10. i pn tgk cakap one day one day..hahaha

    ReplyDelete
  11. nk tiru....nk tiru...nk tiru....!!!

    ReplyDelete
  12. lawa...nak cari jugakkk lahhhhh....

    ReplyDelete
  13. droppar name nye eh? oh teruja.. lawo!

    ReplyDelete
  14. ok cantik erin...one day one day :D
    dapur i lintang pukang kot..hahaha

    ReplyDelete
  15. tak terpikir letak minyak dlm bekas..slalu tonggeng2 je sebesor2 bekas tu..haha..nak tiru la..=)

    ReplyDelete