Salam,
Aku balik Temerloh weekend baru ni, dah lama tak balik, so sempena bulan puasa kenalah balik meraikan ramadhan dengan family tercinta. Biasa kalau kitaorang berenam tak balik, Ma dengan Pa tinggal berdua je. Pa dah pencen since December 2011. So sekarang diaorang duduk berdua, pagi-pagi pergi kebun, pergi kelas mengaji, pergi masjid, pergi pasar, buat hal orang pencenlah kan. Yang paling rajin balik almost setiap minggu Along aku, sebab dia pun duduk Pahang jugak. Aku ingat nak ajak En. Syg balik masa cuti Nuzul Quran tu nanti, lama sikit cuti, sekali aku lupa daa, dia kerja kat KL, mana dapat cuti Nuzul Quran. So nak taknak kenalah balik cuti 2 hari ni je. Nak ambik cuti, memasing cuti dah ciput, sebab asyik bercuti jaga Aish yang tak sihat dulu. Tinggallah cuti 2-3 hari je lagi..hahaha, anak punya pasal, cuti ku korbankan.
Kitaorang gerak dalam pukul 8.50am, sampai Temerloh dalam pukul 10am lebih, gila cepat, sejam lebih je dah sampai, ni mesti En. Syg drive laju ni, sebab aku sibuk melayan Aish sampai aku sendiri pun tak perasan laju mana dia drive kereta. Dalam kereta En. syg dah sibuk suruh call Ma aku suruh buat ayam percik, dia teringin nak makan. Sampai rumah, peluk cium Ma ngan Pa, terus tanya En. Syg mau ayam percik tak? aku nak buat, sekali merajuk "kalau susah tak payahlah buat". Alahai orang tanya nak ke tak sebab nak confirmkan semula, alih-alih merajuk, mengada sangat. Aku tanya Ma balik "Ma, nak buat ke tak" Ma cakap buatlah, kesian dia nak makan. So anak yang menurut perintah ni pun sediakan ayam, sediakan bahan percik segala, tumbuk-tumbuk, tak habis tumbuk Aish menangis nak tidur, so dia mau bf la kan, so aku bfkan dia, dengan aku sekali tido, ayam percik entah ke mana, nasib baik ada adik yang pantas, aku bangun je, diaorang tengah prepare nak bakar..hahaha, heaven betul ada anak kecik, ada je alasan nak escape kan.
Tepi longkang pun jadi eh, nasib longkang bersih
This time yang balik just kitaorang 4 beradik, Along n family, aku, K.cik dan adik yang bongsu je. Kalau berbuka ramai-ramai ni wajiblah bersila, meja makan tak muat
Aish jenis tak takut orang sebenarnya, tapi bila nenek or atuk dia dukung, bukan main menangis, maybe sebab dah lama tak nampak kot, stranger sangat dia rasa. Sebelum aku balik hari tu Ma request nak makan homemade steamboat, so gigih aku dengan En. syg ni meredah jem balik dari kerja ke Giant Seksyen 13 tu ha nak beli barang steamboat, hari Jumaat hari tu dahsyat gile jemnya. Balik dari ambik Aish terus pergi, kereta asing-asing dengan En. Syg, tak kuasa nak balik rumah dulu lepas tu kena keluar balik.
Aish kalau lama sangat duduk dalam carseat dia confirm menangis merengek, aku apa lagi azanlah..kalau azan dia memang diam..hahaha, tapi aku rasa sampai sekarang dia tak perasan kot suara azan tu suara maknya..hahahaha maybe dia ingat datang dari radio or masjid memana..ngehhngehhngehh. Kalau azan je dia diam sambil mata pandang je ke depan, kering-kering tekak aku ni kena azan punya pasal, sekali ko berenti azan, dia sambung menangis, so aku kena azan non stop, panjang jem tu hoiiii, mau tak kering tekak..pffftttt.
Balik dari terawih kitaorang moreh makan steamboat, walaupun aku tak pergi terawih, tetap aku join jugak moreh ni..hahaha
Aku suka beli kat Giant sebab banyak jual segala ball, tauhu yang dalam dulang tu, dia jual kira timbang, RM16.00 sekilo kot seingat aku. Banyak jenis ada, lagipun buat homemade steamboat ni lagi la murah dari ko makan kat luar, satu kepala dah berapa and kalau buat sendiri ni boleh makan puas-puas. Tapi sekali sekala aku makan jugak steamboat kat luar tu, tapi dah jarang since dah pandai buat sendiri kuah cicah dia. Kalau ko takde MultiCooker pakai Rice Cooker pun boleh, tapi rice cooker lambat sikit didih dia
Aish kat kampung
Rambut Aish dah panjang sangat serabut pulak ku tengok, minggu ni nak pergi potong, barulah raya nanti rambut pun cun-cun je.
Ni dah otw balik, penat sangat ye dik, penat menangis sebab kena peluk cium dengan atuk nenek, tah apa yang ko takutkan ntah. Oklah tu je. Bye!
balik kg menu best weiii..bbq and steamboat terus..kerlazzz menu ;)
ReplyDeleteapakah steambot..aduhai bestttttttt...sonoknya makan reramai bersila..
ReplyDeletemacam best je homemade steamboat tu..sllu beli kat pasar malam je..tu pun kemain mahalnya..
ReplyDeleteaku balik kampung ritu, gigih buat cheesekut..hihihi..
rasa nak nangis tengok orang bukak pose dgn family kt kampung..tahun ni mcm xdpt je balik berbuka dgn family :'(
ReplyDeleteAish ni mcm airis gak..nangis je kene azan..
ReplyDeleteaku pun dari dulu mmg azankn kt telinga airis time dia ngis..
confirm diam...
menu terbaek...ayam percik, ade steamboat lagi...terliur tengok di pagi hari...hehe
ReplyDeletebestnye balik kg
ReplyDeletepuase tahun nie x balik kg
tngu dorg dtg KL
huhuhuhu
seronoknye berbuka kat kampung..kite terbalik, Ma and Pa mamilisa datang sini..bertuah tak anak?hehe :)
ReplyDeleteeh apa ase steambot tue?cian xpenah makan,nm jer org keyell..hukhuk
ReplyDeletelau bc blog dia nie mmg senapas jelh..tp ai loike,cepat kiss~
tiba2 rasa petang ni jugak nak buat BBQ kat rumah! terliur oiii tengok tengah2 puasa ni
ReplyDeleteseronok nyer balik kampung bukak pose ramai2..!! meriah....
ReplyDeletedear..share resepi sos pencicah steamboat tu...hehehe
ReplyDeletetaun nie ku raya jengka... kau balik temerloh bile?? jahahaha
ReplyDeleteHubs tak suka steambot..so mmg jarangla makan..huhu
ReplyDeleteeh steamboat dgn yong tau fu adk beradik kan? haha...
ReplyDeletetak pernah makan steamboat, tp suke giler yong tau fu...:p
pandai eh buat kuah cicah tuh???
ReplyDeletebestnye!
share la! hihi