Klik Jommm

Thursday, July 4, 2013

Memupuk Minat

Salam,

Motivasi sangat tajuk aku hari ni..haha. Ingat lagi dulu masa kecik-kecik, aku ni bukannya yang jenis reti melukis sangat, kalau lukis orang, orang lidi je la yang ku buat, kalau lukis pokok, aku lukis batang dia, lepas tu bulatkan je kat atas tu..haaa jadilah pokok, yang bulat tu daun dia, korang pun tau kan camne? Memang jenis tangan tak kreatif dari kecik membawak ke tua ni hah. Tapi Pa aku ni suka kalau anak dia belajar melukis, diam-diam dia belikan kitaorang buku cara melukis, dia siap tengok aku lukis pokok tiru macam dalam buku, kira aktiviti anak beranak la, lepas tu dia komen-komen hahaha..comel sangat Pa. Mana ntah buku tu pergi, walaupun Pa belikan buku cara melukis tu, tetap sampai sekarang aku tak reti melukis, takat melukis yang hodoh-hodoh tu aku retilah..hehe

Bila dah ada anak sendiri, takdelah pulak aku harapkan Aish ni reti melukis. Ok maybe too early lagi kot, so aku pun tak terfikir sampai ke situ. Macam budak lain Aish pun suka barang orang tua, I mean barang selain permainan dia, budak kecik kan suka main barang kita, yang kita punya tu lah dia suka, yang dia punya takde pulak dia nak main..haisshhh. Kalau ko bagi pen, merata dia conteng. Hari tu En. Syg bawak Aish pergi Mydin beli susu, masa kat cashier, Aish berebut pen dengan pekerja Mydin tu, mati-mati dia takmau lepas pen tu, menjerit-jerit. Lepas tu tetiba En. Syg cakap nak belikan dia pensel warna, disebabkan oleh peristiwa itu sambil membayangkan anaknya minat melukis dan mewarna nanti..harharharhar. Mulanya En. Syg nak belikan crayon, tapi aku tak bagi, kang habis dipatah-patahkannya, tak pun dia hisap, memang naya. So masa beli barang dapur hari tu, bersungguh-sungguh lakiku mencari pensel warna untuk Aish demi merealisasikan impiannya untuk melihat anaknya melukis dan mewarna..hahahaha



Beli kat Giant je


Drawing Block cap Giant..murah itu pasti


Jumbo sebab pensel warna ni besar and berbentuk 3 segi, senang baby nak pegang and pensel warna ni khas untuk Early Learning





The masterpiece, ada gaya bakal pelukis terhebat tak?







Dah transfer masuk bekas Daiso, tapi besar sangatlah pulak bekasnya

Setakat ni yang kitaorang tengok, Aish lagi banyak mencampak dari menconteng. Dia jumpa je bekas ni, pandai pulak dia buka, lepas tu habis dicampaknya pensel warna merata-rata. Yang rajin melayan Daddy dia la, balik kerja, tertonggeng-tonggeng ajar anak melukis and mewarna, while anak dia pulak tertonggeng-tonggeng mencampak pensel warna bawah kerusi, celah kabinet tv, serata alam perginya, maknya ni pulak tertonggeng-tonggeng berjalan takut terpijak pensel warna anak punya pasal (amboi mak pun over nak tertonggeng-tonggeng jugakkkk...ngade sangat). Mungkin belum minat dia lagi, takpelah esok-esok tu minatlah dia nanti kan, kata nak memupuk minat. Oklah, bye!


11 comments:

  1. suke tgk derang melukis cakar ayam gitu.. hahaha... rase comel je... n rase lukisan tuh mahal giler regenyer!

    ReplyDelete
  2. Haha sme mcm iman..umo 11bln die dh pndai pegang pensil/pen.pantang nmpk org pegang die pn sibuk nk rampas.so aku pn excited le cri crayon yg boleh cuci.gigih ko g beli kt toysrus.aku membayangkn nt tkt die conteng kt dinding umh.haha.sdhnye crayon tu dh lme2 abs digigitnye.beli plak pensil warna n drawing block.dh setiap muka surat drawing block tu die nk conteng.xbleh nmpk putih suci cket.n skrg dr 12btg pensil warna,hanya tgal 7btg je.selebihnye aku xtau mne die cmpk.hahaha
    eh terpjg plak komen aku;)

    ReplyDelete
  3. nanti kalau ada hasil dia yg unik, simpan & framekan...hihi

    ReplyDelete
  4. Lukisan pertama tu kena frame erin. Memori sgt nti...

    ReplyDelete
  5. Bagus apa sis ajar awal2 ank2 melukis..tru pengamalan akk jd cikgu murid tahum 1..ads yg mewarna pun xreti..yg mls apatah lg..huhu

    ReplyDelete
  6. betul..nak kena pupuk minat anak tu biar daripada awal..n kita kena join sama sebab baby learns from what parents do, not what parents teach.

    ReplyDelete
  7. annaila dibelikan buku dgn crayon....
    die excited nengok crayon je...
    conteng tak smpai seminit, main mende lain...
    bosan kot!
    hahaha mmg takde ciri2 minah kretip!

    ReplyDelete
  8. anak mia 10 bulan..tp kemahiran ni ada sikit ja la..tp bab nak menyepah buang brg no 1..yela kemahiran memunggah.haha

    ReplyDelete
  9. sikit sikit lama lama jadi bukit. sapa tau nnt aish terror melukis ke kan..nnt boleh ah untie soh aish muka untie n alisha..hehehe

    ReplyDelete
  10. fayel conteng pakai color magic...bg kertas...dia conteng peha..kaki ...adehhhhhhhh

    ReplyDelete
  11. Aku baru jer belikan jugan sumer2 ni tuk qaleef...tp nampaknyer mcm die lg suker nak bawak epnsel kaler tu ke dinding instead of kat drawing pad yang maknyerbbelikan nih..huwaaaa..!! Nak nages....huhu

    ReplyDelete