Klik Jommm

Tuesday, July 2, 2013

Kabinet Kasut

Salam,

ehehehe, nak cerita pasal rumah la hari ni. Dah setahun lebih duduk rumah sendiri, barulah nak reti beli rak kasut, selama ni nak tau kat mana aku letak kasut? Dalam kabinet tv, tapi aku letak kasut yang jarang pakailah, kang kotor pulak kabinet tv aku. Kasut and selipar yang selalu pakai aku letak tepi pintu, alas kertas suratkhabar, sedih sangat aku menengoknya. Bila dah dekat sangat dengan Birthday Party and Majlis Naik Rumah hari tu, aku ajak En. Syg beli rak kasut, menangisi nanti makcik marhaban tengok tuan rumah letak kasut alas suratkhabar je

Mulanya aku plan nak beli rak kasut biasa dan letak dalam rumah tepi pintu utama, kiranya kalau nak keluar nanti boleh main capai-capai jelah kan. Aku tak berani nak letak luar rumah, takut hilang, sebab everyday ada orang yang kemas koridor, lif and mop depan rumah ku tu, kang dah hilang, dok tuduh orang sana sini pulak. En. Syg pulak suggest beli je kat Ikea, yang pasang siap ke dinding terus, lagipun gap between dinding tepi pintu dengan pintu aku tu tak besar, kalau beli rak kasut biasa, sekali buka pintu habis tertolak dengan rak kasut sekali, dah satu keje, dok menolak menarik rak kasut setiap kali keluar masuk.

Dah suami kata begitu mari kita google kabinet kasut Ikea

RM 449

Kalau dapat yang ni best jugakkan, boleh aku buat deco terus tepi pintu tu, letak cermin macam ni, tapi bila ku fikirkan balik, tak suka la pulak sebab dia melebar, takut makan space, aku ni seboleh mungkin nak beli perabut seminimum dan yang makan space kecik je, so that boleh aku berputar-putar dalam rumah sendiri dengan senang hati, aku tak suka perabut bulky2 and makan space ni, nak pulak rumah aku bukan besar mana pun.


RM 449

Lepas tu tersuka yang ni pulak, sebab design dia English sangat dan kemas, aku suka drawer kecik tu, boleh sumbat jam, dompet, tag office lepas balik kerja, masuk je pintu terus boleh tanggal semua barang berkenaan. Tapi yang ni pun melebar jugak, tapi cun la, tapi yang ni lebar, cane ni?? adoiii tak tidur malam nak buat decision. Lepas tu boleh letak kasut banyak-banyak, aku suka. Kalau tanya En. Syg, dia ikut saje, mana-manalah yang aku berkenan dia bayor.
 Aiyohhh tempting sangat ni

Tapi bila sampai je Ikea, ko rasa aku pilih yang mana? Budget aku RM500 je, kalau aku beli yang aku berkenan di atas ni, ada baki duit lagi RM51 je boleh aku guna untuk shopping barang lain, tau jelah kan kat Ikea tu, sekali pergi rasa nak beli semua, so fikir punya fikir, punya fikir, punya fikir..berapa banyak fikir daaa. Aku ambik yang ini

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

RM 299

Boleh tahan tempting jugak

Yeay, ada lebih duit buat shopping barang lain..hahahaha tu tujuan sebenarnya, and design dia pun simple, lepas tu kurus tinggi, tak makan space sangat, kalau kasut aku boleh letak 3 pasang terus untuk 1 compartment, kalau kasut En. Syg, boleh letak 2 je, sebab kasut dia besar. And sekarang aku letak kasut yang selalu kitaorang pakai je, yang pakai sekali sekala tu aku simpan dalam bilik je, nak pakai nanti baru keluarkan. Agak-agak dah beranak pinak ramai nanti, tak muat space dah, ku beli 2 cantum dekat-dekat macam ni.
Oklah kan

IN THE MAKING

Tapi barang Ikea ni yang lecehnya kena pasang sendiri, tak pasal-pasal kena beli driller, skru yang lekat ke dinding tu pun ko kena beli sendiri, tengok jenis dinding ko, so dia tak provide, Ikea just provide skru untuk pasang kabinet tu je

















Adik aku tengah ukur tempat yang nak di drill, nasib baik lah pasang sehari sebelum kenduri, so ramailah pembantu berkampung dirumahku, kalau tak sapelah nak tolong ngadap sekali dengan En. Syg.






Rupa sekarang









 Aish tumpang yang belah atas je. Mommy is happy. Bye!


26 comments:

  1. smart seh...akak nak beli hari tu...laki ku tak bagi dia kata nak semak kan rumah lagi ke..huwaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. so cantikkk...!!

    ReplyDelete
  3. smart n kemas....suka2.....

    tgu ada rumah sendiri baru bileh buat gini....ngeee

    ReplyDelete
  4. wah erin..tempting nengoknye..sangat sesuai placementnye kat tepi pintu..
    rase nak sambar gak satu..tapi apakan daya..bajet sudah lari..uhuks..:(

    ReplyDelete
  5. alas surat khabar.hehehe.tp cantik sgt rak tu.kemas giler.yg penting putih.nmpk bersih je.

    ReplyDelete
  6. smart la! suka! nak juga! nak!

    ReplyDelete
  7. Wahh..lawa sgt..kemas je nampak..i like it too!!

    ReplyDelete
  8. makcik,pasang rak kasut sblm mandi ke?bahaha:p

    ReplyDelete
  9. Best kalo hado umah sendri deco....weeee sampai rak kasut pun mengancam wahhhh best ye erinnn kemasssss

    ReplyDelete
  10. alalala..cutenya rak kasut tu. buat hati mama saif memberontak nak jugakkk..hahaha..dasar sume benda pun nakk..hahaha..

    ReplyDelete
  11. Cun giloo...like! Dah la putih xmkn space plak...untunglaaa gojes,heheh

    ReplyDelete
  12. sangat kemas bile gune rak tu....cantek..:)

    ReplyDelete
  13. hammer asyraf sama dengan hammer aish..hahahha..
    guna hammer tu ke assemble rak kasut? huhu..

    ReplyDelete
  14. oih..canggih! kite tak banyak kasut pun.. so takde la lemari gini..huhu.

    ReplyDelete
  15. lawa dan kemas...!!!harus ade hammer aish jugak untuk membantu papanye ye..ekekekeke..

    ReplyDelete
  16. alaaa cantiknye kak rak ko....

    ReplyDelete
  17. ai sukaaaa sangatttt! kemas dan yg penting warna putih..warna kedua tersuka selepas warna pink hehehe

    ReplyDelete
  18. cantik saaanagggattt! kenapa lah ikea ada area kl nih jek ah! jauh kot nak angkut ke ipoh. tak balik modal weh. huhuhu.

    ReplyDelete
  19. ehh kasut polkadot merah tu sgt cun laaa...;)

    ReplyDelete
  20. Alahaaaii..mekaseh lah rin sbb memudahkn kerja aku....aku pon ngh plan nak gi beli rak kasut gak ni..skrg..aku letak kasut dlm stor..kasut hari2 pakai letak bawah sopa sbb anak aku suker nau main kalau aku susun2 blkng pintu...tak ley letak luar sbb kene hujan..dasat kaann letak bawah sopa...hahaha..dah sbb letak dlm stor..balik2 aku pakai kasut yg sama jer...sampaikan laki aku tegur baru2 ni...kasut aku bnyk2 tu die ingat aku dah jual..apekaaaahhh...hewhew...

    ReplyDelete
  21. kemas sgt okey... emmm emmmemmmm emmm temptinggg

    ReplyDelete
  22. salam.kenal.suka baca blog erin.kak pun org temeloh...

    ReplyDelete