Klik Jommm

Wednesday, July 3, 2013

No. 1 Dad

Salam..

Aku adalah merajuk dengan suami, hari ni dah masuk hari ke-3 (sepanjang 2 tahun kahwin, ni first time merajuk berhari-hari, sebelum ni takat 2-3 jam je). Lepas tu tadi dia call office dan cakap "Saya minta maaf" pewiiittt terus aku rasa dia suami terseksi di seluruh Malaysia. Ada buat delivery bunga tak hari ni bang? Hahaha, pastu ajak aku half day, tu nak golek-golek dengan I la tu, nak qada' balik 3 hari..muehehe. Tapi aku tak cuti, sebab cutiku sudah ciput. Tq sayang sebab say sorry sebab tu perkataan paling susah sekali lelaki nak sebut, sebab lelaki kan ego, walau dia salah sekalipun susah gila nak cakap sorry. Tq sayang awaklah yang paling saya cinta (naik bulu roma semua orang membacanya..wakaka), amboiii kalau time merajuk tu bak kata CikNaa mulut lagi mancung dari hidung, kemain panjang muncungnye, buruk benor. Kalau suami ko jenis yang senang nak say sorry, bersyukurlah ye. 

Ok, mukadimah terpanjang pulak, padahal nak buat Wordless Wednesday hari ni. Nak tau masa Anniversary hari tu aku duk jenguk-jenguk Memory Lane kat Setia City Mall tu lepas aku tau yang En. Syg belikan mug Supermum untuk aku kat situ. Aku tertengok kat bawah mug tu. Sebelum balik, aku pergi Daiso while En. Syg tunggu aku kat kerusi luar Daiso. Keluar dari Daiso aku terus pergi Memory Lane senyap-senyap, sekali tengok purse, tak cukup duit daaaa, patah balik kat En. Syg mintak duit dan cakap nak belikan mug untuk dia. Nampak tak kelurusan kebendulan di situ..haiiihhhh tak jadi surprise, nonong-nonong aku pergi mintak duit kat dia..hahaha padahal ATM kemain dekat ngan Memory Lane tu.



No. 1 Dad

Ada macam-macam saiz, tapi aku nak saiz besar kole macam aku punya, barulah match minum together-gether

 
No. 1 Dad and SuperMum to Aish Yusuf

Haa ni nak cerita, Jusco tengah sale sekarang sampai bulan August. Member sale aku rasa. Sabtu minggu lepas aku pergi Jusco Rawang, sajelah pergi tengok baju baby, ingat nak beli baju murah-murah untuk Aish buat tukar-tukar kat rumah babysitter, aku terjumpa baju JBaby ni murah gile, sebelum ni ada jugak beli baju JBaby untuk Aish tapi takdelah murah macam ni



Harga asal 2-2 baju RM35, baju biru tu dapat diskaun 70% jadi RM10.50 sepasang, baju merah 50%, so dapat RM17.50, aku ingat nak cari baju RM10 tu banyak-banyak, tapi design tu je yang RM10, design lain takde and kat Jusco Rawang tu macam tak banyak pilihan untuk JBaby ni, kat Jusco Bukit Raja JBaby melambak, tapi aku tak tau banyak ke tak design untuk baju RM10 ni. Kain elok tau, tebal la jugak. Brand JBaby ni Aish pakai saiz 8-12 Bulan, sebab memang besar, Aish pakai pun besar, berat Aish sekarang 9.4kg. Kalau saiz 1-2 years, aku rasa budak 2 tahun ke atas pun boleh pakai. Tu je nak ku kepohkan. Ok Bye!


15 comments:

  1. rumah dengan jusco rawang tu tersangatlah dekatttt...tapi nak pergi adalah sgt malas skrg ni..huhu..

    jgn ler bgtau tempat murah2 ni..nnt ai ssh hati kat umah hahaha

    ReplyDelete
  2. Panjang wordless wednesday mu kak erinn..hhuhu..bertuah ar dapat laki ble say sorry. lakiku memang tak la, iols sanggup kerat jari tau kalau dia kata sorry..gitu sekali. masa tengok teduhan kasih ada satu scene tu Ehsan kata "Abang mintak maaf. Ikhlas dari hati.." Rasa nak rakam je hantar kat hubby. Sampai sekarang terngiang ngiang dialog Ehsan tuu..huhuhuhu..

    ReplyDelete
  3. Kaaan?? Sangat lah ssh nak dgr husb cakap mt maaf. Huuu. Dh lama xdengar gak nih. Hahaha. Btw, td pun kta nampak bnd alah yg menggoda kita 'aeon sales' sampai ogos kt maluri nih. Hahaha. Tapi aim jumaat nih. Sogo~~~ Lalalala. Hihi.

    ReplyDelete
  4. Sweetnya hubs u sis..my hubs smagat hardly nak say sorry..huhu

    ReplyDelete
  5. jusco tengah sale ke?uwaaaaaa..tak boleh jadi ni.nak membeli jugak!hehe.yela kak.susah nak dengar asben say sorry.haih!

    ReplyDelete
  6. yer tau takpe bersyukur ok husben reti minta maap...akak ni...husben ego giler..aku balik minta maaf wlau tak bersalah..isteri solehah kan...pffftttttttttt....

    pandai ko pilih mug eh dik...kemain gether gether

    ReplyDelete
  7. Iman berat 0.2kg je dr aish diusia menginjak 19bln ni..sobss
    bju JBaby mmg not bad jgk kualiti kain die.huhu

    ReplyDelete
  8. heh, somi kite nak say sorry? idokkkk ler..
    dia buat-buat nak tolong buat keje rumah je. tu nak say sorry la kekdah nye.. hihi..

    ReplyDelete
  9. Ne dh opposite to wordless wednesday ne. Hahaha

    ReplyDelete
  10. qada' 3 hari..auwww auwwww :p
    i pun byk gak beli brand jbaby.lagi2 yg sales 70% tu..tgk dress lg la mengancam jiwa..hehehe

    ReplyDelete
  11. mikhail pun baru 9.3kg..lebih kurang aisy je laa..
    i suka bli bran miffy..kain dia best and murah RM10 jekkk..buat basahan kan..kih3

    ReplyDelete
  12. husband aeen mmg susah la nk ungkapkan perkataan sorry walaupun dy buat salah...mmg payah la....tau2 je dah berbaik...hehe

    ReplyDelete
  13. alahai cute sangat mug nye itu..

    ReplyDelete
  14. alahai... kembar aisar la aish.. baje supe la hahahah

    ReplyDelete