Klik Jommm

Tuesday, August 13, 2013

Cerita Sahur

Salam,

Hai, Selamat Hari Raya! Hari ni first day aku kerja lepas raya and minggu ni berulang dari Rawang sebab aku minta tolong mertua jagakan Aish. Babysitter kat Shah Alam nak cuti raya sampai Khamis ni, so Jumaat baru hantar Aish kat babysitter semula. Minggu ni insyaallah, kitaorang plan nak pergi 3 kenduri ko, tak tau la sempat ke tidok nak pergi semuanya, 3-3 pun hari Sabtu. Ahad takde orang ngajak lagi, sape dah balik ke kota? (ewahh kota katanya) meh aku nak pergi beraya..hahaha ye-ye je kan. Kalau Ahad takde apa-apa jugak, aku nak ajak En. Syg beraya kat SCM la.

Cerita raya, esok ok, hari ni nak cerita pasal puasa hari tu, tak habis lagi cerita aku..haha. Lagipun sekarang ramai orang masih bercuti raya, takde orang nak baca blog pun, so cerita cambest tu kita save kasi lambat sket (best ke tidak, taklah ku tahu).

Hari tu for the first time sejak kahwin kitaorang sahur kat luar, sebelum ada Aish kemain liat nak makan sahur kat luar, malas nak bersiap and malas nak bergerak, tapi bila ada Aish, eh tetiba rajin pulak suami aku ngajak sahur kat luar. Masa bangun pagi tu, ingatkan boleh la kitaorang makan dengan tenang dan Aish tidur dalam stroller, tapi tidak ye, naik je kereta pukul 5 pagi tu (3 August 13), kemain terang benderang mata Aish, tak pasal-pasal kena share roti canai dengan dia.



Suami mengidam nasi mamak, nasi yang mommy masak idaklah pulak ko mengidam ye bang? Kitaorang makan kat Hakim Seksyen 7, dulu sebelum kenal suami aku memang tak suka makan kat mamak, dah kahwin ni, layan je lah,  tapi tak mungkin aku akan makan nasi kat mamak, kembang tekak aku sebab d'org suka letak kuah tahap banjir, aku tak boleh makan berkuah sangat ni, geli tekak.



Aku makan 2 keping roti kosong


2 lelaki busuk masam














 Habis nasi tambah maggi goreng pulak, sebab dia cakap masih tak kenyang, tanjat ai

Balik rumah Aish tidur semula sampai pukul 8 pagi, mommy daddy dedua pun tido sekali, letih tapi seronok jugak sesekali sahur kat luar kan. Oklah tu je nak ku gebangkan, bye!



6 comments:

  1. hoii aku bace ape.spe ckp xde org bace??:P
    tgk ayish rindu iman.
    k bye.

    ReplyDelete
  2. Aish leh behave dok kerusi baby eh kt public...Qi susah nk dok dlm tuh sekarang....waaaaaaaaa

    ReplyDelete
  3. sepanjang kahwen..tak pernah lagi bersahur kat luar..ritu mase sebelum balik kampung ade gak ngajak laki aku sahur kat hiway tu kan...tapi salah bajet mase..jadi tak merase lah aku...huhu

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya!!
    aish tu mesti tgh layan minion kan..haha

    ReplyDelete
  5. bes tgk Aish behave je sahur pagi2....good boy Aish.

    ReplyDelete