Salam,
Lepas siang ayam, nak tau aku buat apa?? Ye, aku tidur sampai dekat pukul 5pm..hehe, serius aku dah tak larat nak berjaga. Tinggallah mak mertua ku mengentel ketupat palas sorang-sorang and adik ipar bongsu yang jadi tukang masak, masak rendang, masak kuah kacang, akak ipar membuta. Elok sangat perangai..haha.
RAYA PERTAMA
Raya pertama beraya kat 2 buah rumah je, ni kat rumah first. Aish kalau dah jumpa phone..baa baa la memanjang.
RAYA KEDUA
Sebelum mertua sampai, sempat pergi beraya rumah nenek kawan En. Syg. Ni bestfriend dia kat ASAS (Sekolah Alam Shah) ni
Sampai Serendah, singgah rumah jap, lepas tu terus gerak ke Aeon Rawang, nak jalan-jalan
Daddy cakap: "This is banana..follow me BAAA...NAA..NAA
Aish: "Ye ke??? bukan Baa Baa ke??
Nasib baik raya sebulan, so kiranya masih belum basilah entry aku ni..hehe. Alhamdulillah tahun ni aku sekeluarga beraya di rumah mertua di Serendah, Rawang. Kitaorang balik sehari sebelum raya (suami tak jadi kerja on last day puasa tu) lepas siap mengemas rumah segala..phewww tak suka tinggalkan rumah bersepah, weng la jugak aku sebab malam tu tidur lewat, by 4.00am dah berjaga menjaga Aish yang merengek sepanjang malam, lagi la double weng.
SEHARI SEBELUM RAYA (29 RAMADHAN)
Sampai je rumah mertua, letak beg segala, marilah berkawad..ecehh macamkan aku yang tukang masak rendang pulak kan, padahal tukang basuh and siang ayam je.
Lepas siang ayam, nak tau aku buat apa?? Ye, aku tidur sampai dekat pukul 5pm..hehe, serius aku dah tak larat nak berjaga. Tinggallah mak mertua ku mengentel ketupat palas sorang-sorang and adik ipar bongsu yang jadi tukang masak, masak rendang, masak kuah kacang, akak ipar membuta. Elok sangat perangai..haha.
First time mak mertua aku buat ketupat palas kat rumah sendiri, sebelum ni dia akan pergi rumah Nenek En. Syg kat Sungai Buaya and d'orang buat sama-sama, this time dah terror la, tak pakai guru dah. Ketupat palas mak mertuaku sedap..lulus with flying colours la mak, raya haji ni buat lagi eh.
Si kecik yang menyebabkan mommy weng.
RAYA PERTAMA
Since pregnantkan Aish aku dah tak pergi sembahyang raya, so aku hanya duduk di rumah menyiapkan Aish and diri sendiri je. Lepas mandikan Aish, aku pakaikan dia baju biasa dulu, sebab pagi tu dia sempat tidur dulu. Dah bangun baru pakaikan baju melayu.
Aish and Atok
Butang baju melayu ni cepat sangat tercabut kan, asyik menganga je leher dia tu, selekeh. Aku nak pinkan dengan keronsang, suami ku tak kasi, takut tercucuk anak dia nanti.
Habisssss....sambil goyang-goyang tangan. Semalam dia tepis air kotak milo dari meja makan, habis tumpah ke bawah, lepas tepis pandang aku sambil senyum and goyang-goyang tangan tanda habis..pfftt tak jadi nak marah, tergelak pulak aku.
Sadly aku takde gambar berdua dengan Aish on Raya Pertama and lagi haru takde gambar bertiga yang proper..whyyyyy la aku boleh terlupa, sebab penat nak menangkap si kecik tu, asyik nak mengamuk je
Ni adik ipar bongsu
Ni adik ipar yang kahwin May hari tu. Masa ni kitaorang kat studio gambar nak ambik gambar the whole family. Sebab tahun ni masing-masing raya pertama di Serendah, tahun depan raya pertama di rumah mertua masing-masing, so takdelah gambar raya kat studio untuk tahun depan, tahun satu lagi baru kita renew gambar raya di dinding rumah ye. Tahun ni tema kuning, sebab masa kenduri kahwin d'orang hari tu kitaorang semua pakai kuning, so recycle saja, jimat.
Ni aku ambik sendiri pakai phone masa tengah sibuk menyusun siblings di belakang. Gambar studio ni dah siap, tapi lupa pulak nak ambik hari tu, cun gilaksss, sebab tahun ni dah ada Aish. Gambar raya 2 tahun lepas Aish belum ada, tema merah, masa tu Aish baru 7 minggu dalam perut.
Satu-satunya gambar bertiga tapi tak proper, masa ni tumpang ambik gambar je lepas siap bergambar family, cepat-cepat ajak suami aku duduk, lepas tu main snap je, que dah panjang untuk gambar studio, ramai orang dah menunggu giliran. Dahlah baju aku jenis kembang, bila duduk tak proper dah macam mengandung haa. Raya haji ni kena ulang tayang baju ni lagi la gamaknya nak ambik gambar bertiga, tapiiii muat lagi ke Aish baju melayu ni nanti eh?? Sedangkan sekarang ngam-ngam je kat badan dia. Terus aku rasa matured sangat bila pakai tudung manik-manik tu. Suami aku kemain argue kenapa aku tak pakai shawl yang dia belikan..hehe bukan aku taknak pakai, bila test tak match pulak kaler dia dengan baju aku ni.
Raya pertama beraya kat 2 buah rumah je, ni kat rumah first. Aish kalau dah jumpa phone..baa baa la memanjang.
Aku datang kat dia tengok dah penuh poket orang sumbat sampul raya
RAYA KEDUA
Raya rumah pakcik suami, dekat sangat dengan rumah mertua.
Anak beranak dengan gadget
Kusyuk dengan TV, suka benor tengok iklan
Lepas tu kitaorang gerak ke Sg Buaya, rumah nenek suami
Lepas sembahyang Jumaat, d'orang semua ke kubur, tapi aku tak ikut sebab Aish tidur
Petang raya kedua around pukul 6pm, baru kitaorang gerak balik ke Temerloh, sampai je Temerloh, tak sempat letak punggung pun terus ikut family aku beraya.
RAYA KETIGA
Mertua aku datang beraya kat Temerloh, seronok, dengan adik ipar bongsu aku je, yang lain dah balik rumah mertua masa raya kedua. Lepas tu kitaorang ikut mertua ke rumah mak sedara suamiku kat Jengka 22 kot?? aku pun tak ingat sangat
Sebelum mertua sampai, sempat pergi beraya rumah nenek kawan En. Syg. Ni bestfriend dia kat ASAS (Sekolah Alam Shah) ni
Bagi Aish makan mee kari, letak kuah sikit je bagi rasa
Disebabkan dia pakai seluar raya, terpaksa tanggalkan tinggal pampers je, jenuh kang mommy kena menyental seluar pulak. Lepas makan, terus mandikan.
RAYA KE EMPAT
Gerak balik ke Rawang, sebab suami aku dah start kerja hari Isnin tu. Aku start kerja hari Selasa, tapi almost seminggu kitaorang berulang alik dari office ke Rawang sebab mintak tolong mertua jagakan Aish, babysitter cuti seminggu.
Dalam kereta pun nak main ni. nasib baik jammed, so takdelah laju sangat kereta
Sampai Serendah, singgah rumah jap, lepas tu terus gerak ke Aeon Rawang, nak jalan-jalan
Aish tanya "Ni apa???"
Daddy cakap: "This is banana..follow me BAAA...NAA..NAA
Aish: "Ye ke??? bukan Baa Baa ke??
Muka adore each other..hehe
Bagi Aish makan seafood ball
Favourite ku sekarang..manis (ni sotong)
Bagi naik benda alah ni, ingatkan boleh la lama sikit bertahan, tapi tidak ye, lepas tu mengamuk sampai tercabut kasut, penat sangat agaknya. Aku sempat beli tshirt je kat FOS, yang lain dah tak sempat. Takpe there is always next time kan, Aeon Rawang tu dekat je pun dengan rumah mertua. Dah mengamuk, terus angkat dia ke baby room, susukan and lepas tu terus calooo balik. Habis sudah cerita rayaku..fuhhhh peluh tiak menaip ni. Harap korang bacalah sampai habis ye, tak aci kalau tengok gambar je..hehe. Oklah tu je, bye sayanggggggg.
ketupat palas, sedapnye
ReplyDeletelepas raya makan sushi..yeayy raya org KL kan heheh
ReplyDeleteaku bace setiap butir ayat yg ko tulis ni Rin oii..apelah yg ko risau sgt org tgk gmbor je? heran aku lah..hihi..
ReplyDeleteeh, klau tak raya ke 2 tu kite jumpe kan..hahaha
ketupat palas!my pebret..sdp!
ReplyDeleteain pun susah nak amek pic bertiga time raya...jenuh nak mengejar sikecik tu je...haih...
ReplyDeletehoii asrul raya pkai kain pelikat jeke??hahaha
ReplyDeleteeh mmg matured abis ko pkai tudung tu..cungg!!
muka adore each other tu tak menahan! haha
ReplyDeleteeh i pon hari tu pegi OU sewa la kereta tu kot2 ayish suka...sekali 10min jer bertahannnnn! ayoooo~
i baca sampai habis okey :p
Kannnn...tengok pic muka adore tu terus tergelak2...haha
Deletetak tahan tengok aish senyum sengih..sgt melting OK
ReplyDeletedap nye keputat tuuuu
ReplyDeletecomel ayish berbaju melayu..
ReplyDeleteamboihh... seronok sangat yea Aish.. Selamat hari raya erin!! =)
ReplyDeletegambo adore each other tu sungguh cute..hehehe..suka tengok aish senyum simpul
ReplyDeleteadoiiii ketupat palasss~ mmg fav neh.
ReplyDeletesaye pn bace smpai abis gak...haha..suke sgt muke adore each other tu. kiki...
ReplyDeleteHari tu raya bersungguh makan ketupat palas..haha..yezzaa
ReplyDeleteDah kenapa tengok ayam mentah kne rendam dgn limau nipis tu aku terliur. Gila! Hahaha
ReplyDeleteeh! selera jepun. hihi. mak arissa balik ipoh jek dh mula nak cr kek lapis, ketupat pulut nrendang segala.nsib baik old town ada rendang. hahaha.
ReplyDelete