Salam,
Ini shopping raya last tahun ni, walaupun aku tak sempat beli baju blouse and seluar raya. Takpelah pakai je baju yang ada, blouse ngan seluar jalan lepas raya pun boleh beli, yang penting baju kurung tu biar bebanyak sikit, senang nak bertandang raya nanti. Ewaahhh macamkan banyak sangat rumah yang aku nak pergi pulakkan.
Semalam kitaorang shopping kat PKNS and SACC je, sebelum tidur En. Syg dah ingatkan, pukul 9 pagi kita haruslah sudah terpacak di PKNS, so that senang nak cari parking and senang nak shopping. Suami aku tak suka jammed and tak suka tempat ramai orang. Sejak kahwin tak pernah sekali pun aku pergi KL dengan dia, tak pernah sebab dia tak suka. So kalau ko ajak dia shopping haruslah pergi pagi buta, dan sila shopping dengan pantas, kalau tak muka dia stress manjang, mulalah aku malas nak pilih beria dan mulalah aku menyampah. Tapi semalam pukul 10 kot baru kitaorang sampai SACC, tu pun parking dah hampir nak penuh, mulanya membebel jugaklah dia masa mengadap jammed depan Giant Seksyen 13 tu, tapi aku jawab balik "setahun sekali je yang, bukan setiap hari pun kita nak shopping raya". Selamat..sebab satu hari dia bertahan tak marah and tak stress masa menyelit di celah jutaan manusia di PKNS tu. Pergghhh ramai gile orang semalam, sampaikan aku suruh En. Syg tunggu kat satu tempat, so aku sorang je memusing cari baju.
Nasib baik jugaklah Aish behave semalam, dia nak duduk dalam stroller, merengek sikit-sikit je.
Duk diam-diam ye nak, daddy upah gitar seketul ye
Masa ni diorang tunggu aku kat kedai cd kot..haha aku pun tak perasan, biar aku je yang meredah lautan manusia, cepat sikit, sebab kalau bawak stroller, kena jalan macam semut, sebab takut langgar kaki orang.
Mak oiii lamanya, mana mommy ni?
Tak sangka ko pandai buat kuih ye dik, mommy ingat awak pandai buat kuih yang dibawah tu je.
Hasil 3 jam shopping, sekejap je kan, aku sendiri pun terkejut kejap betul aku shopping, kalau tidakkkkk... Maybe sebab aku dah aim siap-siap apa kitaorang nak beli.
Untuk aku, dapatlah handbag raya, baju kurung cotton 2 pasang and 1 shawl. Daddy dapat sepasang baju melayu, Aish dapat songkok. Itu je
Hai..selamat hari raya :D
Ok, bye!
soping pun ada part 3..dast dasat...laki awak bagus dik planning soping pagi dh bgn..kalau laki akak kena bg dia tido lena...rileks baru la leh keluar
ReplyDeletecomel je die pakai songkok. selamat hari raya awk. ngee
ReplyDeletesalam ukhuwah dr nanie
laki aku pn sme wehh..lastweek ktorg g jln tar,pkul 12 pn org bersesak lg.laki aku punye le berzikir sepjg jln 'ini 1st n last abg dtg sini'..nk beli ape beli cpt.dh bersesak mcm ni xde beli pape membazir masa dtg je T__T
ReplyDeletesame la laki ciknaa.. tak suke betul orang ramai2..klu tak mulut tu lagi mancung dari hidung.. sbb tu lepas kawen jalan tar tak penah jejak dah..sogo pun same. nasib ler..
ReplyDeletehensem la aish pakai songkok..
ReplyDeletekuih di bawah yek!hahahaha
ReplyDeleteustaz Aish...encemmmmm.....:)
ReplyDeletekalau naila dah lari sana lari sini...phew....
ReplyDeletemntak daddy jaga, sebok duk men ip...haihhh~
nnt raya banyak la entry die.. ade byk part..hahahaha
ReplyDeletehensem Aish pakai songkok...selamat hari raya Erin
ReplyDeleteoi meriah smpai part 3 hahaha
ReplyDeleteAduh siap part 3 :) apapun shopping bestkan.. :p
ReplyDeleteSelamat hari raya...
wah songkok tinggi johor..ensemla aish di pagi raya nanti :)
ReplyDeleteerin, nak raya umah..hehe..:)
hensem boy!! hehe.. selamat hari raya aidilfitri =)
ReplyDelete