Klik Jommm

Tuesday, August 6, 2013

Potluck Habitatan

Salam,

Korang semua dah start cuti raya ke? Ke still kerja cam aku ni, insyallah esok baru aku start cuti, tu pun maybe tak balik Rawang lagi sebab En. Syg kena kerja esok, malam raya kot baru gerak balik Rawang, hopefully tak jammed lah, kalau jammed, ku tempuh jua, sebab Khamis dah nak raya oiii. 

Habitatan tu nama group aku, alah biasalah masa muda-muda, time single, putus cinta and hati melara, so kitaorang berkawan ramai-ramai. Dulu masa masih single, muda dan bergaya..eh, memang melepak jelah kerja kitaorang, lepak tengok lelaki-lelaki kacak, lepak minum, lepak main UNO, lepak bergelak ketawa, pergi holiday Langkawi, Pangkor, Melaka and etc sesama, memana saja bersama, udah kerja pun company yang sama, memang rapat habislah. Sampai sekarang pun masih rapat even masing-masing dah bekeluarga dan beranak pinak, tapi dah takdelah sesi melepak macam dulu, kalau ada pun setakat setahun sekali kot, last gathering kat kedai makan ni masa aku pregnantkan Aish dulu. Lepas tu kebanyakan gathering kitaorang time puasa, raya or kenduri. In fact first time aku jumpa En. Syg pun dengan diaorang temankan, penuh semeja, nasib baik dapat suamiku tu yang ramah mesra, so dia memang tak malu langsung masa first time meet up tu, selamba dia je, padahal kitaorang kemain ramai..haha. And oh btw, masing-masing dah tak kerja company yang sama dah, tinggal aku dengan Rose je yang masih setia di sini.

Every year memang kitaorang akan plan iftar bersama, but this time aku ajak iftar potluck kat rumah aku, dah lama plan dari selepas birthday Aish lagi. Awal puasa tu baru dapat tarikh and memasing pun on, sebab tu aku tak dapat join potluck Gojes kat rumah Kak Mimy Hamid hari tu, sebab tarikh tu aku dah booked awal dengan Habitat. 

Menu kitaorang Nasi Lemak, so bahagikan je siapa nak bawak lauk apa. Tuan rumah buat 2 jenis air, teh tarik dan air oren, kangkung goreng, daging rempah, timun, telur goreng and kurma. Hari tu ada lauk ayam rempah, sambal paru, sambal ikan bilis, lemang, rendang, tempe goreng, agar-agar oreo and popia horlick (Aish asyik nak ngapppp je sampai tersedak). Banyak gile lauk, sampai tak habis, so memasing wajiblah bawak balik rumah kan, apaa korang ingat tuan rumah larat nak habiskan semua tu? Dahlah kitaorang berdua ni perut kecik, lepas tu suami mengada aku tu tak suka makan lauk ulang-ulang. Ok penat dah bercerita mari tengok gambar gedik pulok


The food..mak oiii tetiba terliur balik..gulpp



Cikgu tadika tengah mengajar Aish


Suami aku potong dengan bahagia, lepas tu bagitahu aku "Cuba tengok tembikai ni macam Sydney Harbour kan" T_T



Macam amah sangat aku kelihatannya..pffttt


 
Ok, ambik gambar sekali lagi, sebab tadi Mohsin ternganga..hahaha



Sesi melepak



Percubaan Aish untuk enterframe





Apa Pejo cuba lakukan sebenarnya..hahaha










 Aunty betty



Kesayangan (Rose yang sebelah kanan sekali, kitaorang still kerja satu company lagi)


 Aish sibuk nak main wayar.

Kacau bilau aku letak gambar, gasaklah nak cepat, excited nak settlekan kerja sebelum cuti panjang. Sayangnya potluck this time takde Ina, dia duduk Johor. Takpelah raya ni kitaorang serbu rumah parents dia kat Shah Alam pulak. Seronok pulak buat potluck kat rumah, tahun depan kita buat potluck jugaklah eh korang, tak payah dah iftar kat luar, selesa sikit buat kat rumah, anak-anak pun terurus, lambak je mainan, kita pun boleh makan dengan senang hati.

Ni kira entry last aku sebelum raya, lepas raya kita sambung lagi ok. So aku nak minta maaf kat semua yang baca blog aku kalau ada terguris luka ke dengan ayat aku, sebab aku ni ganas sikit kalau update blog, kalau ko jumpa depan-depan kemain sopan, lemah-lembut, berhati mulia, penuh ciri-ciri keibuaan, bertolak ansur, bekerjasama, hormat-menghormati..bla..bla..bla..matilah dok up diri sendiri..hahaha. Kalau nak duit raya, meh datang Rawang, suami aku dah tukar banyak duit singgit semalam..hahaha.


Daddy, Aish cop RM100 2 keping ok. Mommy nak 10 keping..wahaha

Ok, bye!

8 comments:

  1. Yeahhhhhh entry di tunggu-tunggu dh up. Yes, next time kita buat makan2 potluck mcm ni pun best. Boleh lepak gosip sambil terlentang. Thx for being a great host. Hehehhehe

    ReplyDelete
  2. geng2 sekolah i pun mmg dr taon lepas da start buat potluck..lepak 1 rumah...lama sikit boleh lepak..anak2 terurus, nak solat pun xberebut2..syiok kan? next nak buat potluck raya ni..semoga jadik la..susah part nk set date..huuu

    ReplyDelete
  3. meriahnye potluck camni..
    selamat hari raya erin sekeluarga..
    maaf zahir batin..
    mehla raya umah :)

    ReplyDelete
  4. nak komen duit raya tu je...
    nti bg naila yg plg bawah tu 2 keeping ye...ahahhaa...:p

    ReplyDelete
  5. Besttttnye buat potluck... Camat ari raya kak erinn..

    ReplyDelete
  6. Selamat hari raya kak erin. Nnt buat le open house plak, ble kitorg datang kutip duit raya.heheeh..

    ReplyDelete
  7. Telur tuh nampak mnarik lah!!! Haha. Dah close up lagi memanggil2 jiwa si kuning telur. HewHewHew.
    Best buat pot luck tapi kite tak pernah buat sebab close friends jauh nun d sarawak. Huuuuuu.
    Btw selamat hari raya erin!!!

    ReplyDelete
  8. geng akak nama G19 heheh..sbb ahli 19 org

    ReplyDelete