Salam,
Oklah, bye!
Ok, bye!
Cerita lama, ku korek-korek, jumpa pulak gambarnya dalam laptop nih. Hahaha boleh la buat update hari ni, ni memang entry sampah ok, thanks sebab sudi baca..muahaha, pun bolehhh aku ni. Haihhh memang tak sempat nak godek gambar lain, bz sangat ni.
Lately hari cuti pun, daddy kerja, so pandai-pandailah Mommy and Aish membawa diri. Aku tak berani nak keluar berdua dengan Aish kat mall, tak berani sebab aku takut tak dapat control dia. Aish tu manjang nak lari, habis barang dekat rak jualan nanti ditepisnya, hilangkan aku nak window shopping, alih-alih kena spend duit bayar semua barang yang pecah or rosak ditepis dek anak teruna, so aku lagi suka duk rumah kot. Baik aku kemas segala ceruk yang dah lama tak dikemas.
Pagi-pagi sebelum pergi office, daddy bawak pergi breakfast kat McD
Anak ini sudah seberat 11kg, bagai nak patah pinggang mendukungnya, dahlah pagi-pagi takmo jalan sendiri, nak mommy dukung sampai parking, dari tingkat 8 ke parking kereta..huwaaaa, berapa kali aku berhenti nak betulkan kuda-kuda kaki, takut terlentang anak beranak.
Hari tu dah set dalam kepala nak kemas "mini market" dalam kabinet dapur. Alaaa stok barang la, korang pun confirm ada "mini market" jugak kan. Stok gula, stok tepung, stok susu anak, stok susu pekat, segala stoklah. Mak mertua aku panggil "mini market".
Sekali aku kemas..haaa kau, banyak gile yang dah expired..fufufu. Ada satu balang oat tak dimakan pun dah expired, tu suami aku la tu. Oat tu officemate dia hadiahkan dari zaman baru kahwin sampai Aish dah almost 2 tahun ni ha, manalah tak expired oii.
Sempat kemas fridge jugak, sejak beli tak pernah kemas bersungguh-sungguh, dah almost 2 tahun fridge ni, kemas sikit-sikit tu adalah.
Preparation sebelum mengemas, kena sediakan segala besen and dulang untuk keluarkan semua barang, lepas tu baru lap setingkat demi setingkat. Masa mengemas ni, Aish tak tidur, aku buang, dia kutip balik dari tong sampah. Yang aku nak simpan, elok pulak dia pergi buang..sabor jelah. Sambil mengemas sambil lari-lari masakkan lunch untuk Aish. Aku pulak kalau dah start mengemas, tak makan pun takpe, sebab kalau aku masak kang, bertambah pulak kerja aku nak mengemas dapur, membasuh pinggan, senang cerita tak payah masak, makan roti pun jadi.
Teman encik pembantu makan sat, kalau tak diteman, aku takut dia terjun dari high chair. Aish suka mee, so aku memang rajin masakkan dia mee, biasa aku pakai spagheti, buat sup, buat goreng, kalau nak beli mee biasa tu cepat sangat expirednya nanti, spagheti tahan lama kan. Lagipun orang cakap mee kuning tu tak elok sangat bagi baby, ada asid borik eh?
Dah siap kemas, baru tau yang fridge aku ni besar rupanya..muahahaha. Selama ni kemain sempit, macam-macam disumbat, dah kemas baru nampak lapang. Percaya tak satu hari cuti, aku cuma sempat kemas mini market and fridge je. Gitulah beranak kecik, jap dia poopoo, jap nak mandikan dia, jap nak kasi dia makan, jap nak ayunkan buai, jap kena bacakan buku, jap kena teman dia main.
Oklah, bye!
Eh, jap..jap, nak tau tak since aku kemas mini market and fridge ni lah aku jadi addicted dengan recycle, sekarang aku ada satu kotak untuk aku kumpul barang recycle saja. Bila dah penuh kotak tu, aku hantar ke pusat recycle, dekat office aku je. Tahukah anda (ewahhh) tak sampai seminggu kotak recycle aku tu penuh dengan barang recycle, serius kita memang takkan sedar sebenarnya banyak barang yang boleh kita recycle until kita kumpulkan sendiri, nanti aku tunjuk kotak recycle aku eh, serius seronok :) hopefully bertahan sampai bila-bila, janganlah hangat-hangat tahi ayam je.
Ok, bye!
sy pun suke recycle jugak.tp xletak dlm kotak. sumbat je bwh sinki. ngehehe..nnt tunjuk eh kotak recycle tu. nk tiru.haha
ReplyDeleteamboii penuhnyaa kat bahagian kicap2 tu..mcm peti es doraemon dah ni..cari ape je mesti jumpe..haha
ReplyDeleteTula tuh..ahkak sejak coti sek ni blm smpt mengemas secara besar2an. Huhu
ReplyDeleteRajin hokey rajin. Aku suka dok golek2 ngan Arissa je. Hahahaha.
ReplyDeletebagus erin dah mula recycle barang. ramai rakyat malaysia yang masih tak sedar tentang isu recycle ni.saya selalu recycle botol n kertas. walaupun x banyak duit yg dapat, tapi boleh jugak buat tampung duit sayur
ReplyDeletekemas beb!
ReplyDeleteko sama ngan aku rin. bila kemas tgk tu expired tgk ni expired.haha!
iols pun macam xpenah kemas 5S betul fridge kat umah tu..
ReplyDeletesetakat kuarkan ape yg da x boleh pakai sekali sekala dalam seminggu tu..hahah..
nak kne rajin kan diri oooiii.. :(