Klik Jommm

Showing posts with label Recycle. Show all posts
Showing posts with label Recycle. Show all posts

Monday, September 29, 2014

Recycle

Salam,

Hari ni terlupa bawak hp, mati kutu dibuatnya. Pagi tadi tengah 'ikat' Aish kat carseat baru perasan hp tertinggal, tapi idok la aku kose nak manjat 8 tingkat seret si kecik tu semula. Ahhh lantok la tertinggal, nak patah balik bukannya kejap..lama ok, nak dukung si kecik 11kg mau terbersalin pulak kang, nak ku suruh dia jalan sendiri mau pukul 10 pagi baru boleh gerak gi office, jadinya pasrah je lah.

Eh nak tanya, korang buat recycle tak? Aku alhamdulillah dah agak lama jugak buat, dari saje2 jadi seronok la pulak, sekarang pantang nampak barang yang boleh di recycle tak kira kat rumah parents aku atau rumah mertua terus rasa terkemut-kemut nak buang dalam tong sampah, tapi idokla aku larat nak angkut semua barang tu ke rumah aku pulak kan semata nak recycle..hihuuu, jadi terpaksa ku buang semuanya dalam kekemutan..hahahaha ayat gitu pun ada ko ni kannnn.

Alhamdulillah jugak, aku ada suami yang sangat support recycle, yang sama naik mengumpul barang recycle kat rumah aku tu, dan sama naik jugak mengangkut dari tingkat 8 ke tempat recycle setiap minggu. Aku harap sangat moga amalan recycle kitaorang ni dapat aku turunkan ke 5-5 orang anak aku nanti, eh 5 ke?? ;p












                                Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya..ye dok :)

Bye!!


Friday, January 10, 2014

Recycle Box

Salam,

Ingat tak hari tu aku tunjuk Recycle Box aku, kotak semata, tak berbalut langsung, kemain hodoh rupa dia duduk kat dapur nun.  Lama jugak la aku biarkan tak berbalut, tapi sekarang dah berbalut, belum berlabel je lagi, lately aku sibuk sangat la, aku sendiri pun tak pasti apa yang aku sibukkan sangat kononnya..pffttt. Takpe hari ni jugak aku buat label, lepas tu tampal kasi nampak lagi berseri-seri, baru semangat nak kumpul barang recycle berkobar-kobar gitu.

Eh, baru aku perasan dalam 3-4 hari lepas, tempat recycle dekat office aku ni aku Charity Box pulak, boleh masukkan baju, kasut, tali pinggang, and apa saje la pakaian dalam box tu, lepas tu dia akan buat jualan amal dan untung dari jualan tu dia akan agih-agihkan pada 3 badan kebajikan. Yang aku perasan MAKNA, yang lagi 2 tu aku tak ingat. Baru teringat minggu lepas aku buang sebundle baju adik aku yang elok lagi..wuwuwu, rugi tak masukkan dalam Charity Box. Takpelah next time maybe. Eh dah kenapa boring benor entry aku ni. Aku baca sendiri pun bosan weh, dahlah bye! Eh lupa tak masukkan gambar lagi..haha



Hasil seminggu lebih, buat penat je aku kemas lawa-lawa, sebab setiap kali nak pakai washing machine, aku akan turunkan box ni, sebab takut beban pulak kat washing machine tu, lepas tu ada assistant kecik tolong tunggangkan box dan kutip barang recycle buat main..sabor jelah. Habis bertaburan satu dapur.



Pagi tadi dah bawak pergi tempat recycle..aku memang akan kemas barang recycle malam-malam. Asingkan ikut jenis letak dalam plastik asing-asing. Bungkus molek-molek camni, sebab pagi-pagi, En. Syg yang akan bawak turun dan letak atas kereta aku. Aku tak boleh bawak sebab nak ngendong si kecik, Aish pagi-pagi mood salu tarak baik, mau dukung saje. Kadang-kadang kan, kalau naik lif aku berdua je dengan Aish, aku cangkung je dalam lif, tak larat weh nak dukung dia sambil berdiri, hahaha pedulik la bukan orang nampak pun. Oklah, bye!

Jangan lupe beli Genie Bra yeh..hahahaha


Monday, December 9, 2013

Recycle

Salam,

Korang ingat tak hari tu masa public holiday aku ada mengemas "mini market" aku? Ingat tak? Ok tak ingat takpe, lagipun banyak gile kot blog yang korang baca. Masa mengemas "mini market" tu kan, boleh tahan banyak jugaklah barang yang dah expired, so aku buang, bila dah selamat buang, baru lah otak aku ni TINGGG!! Kenapa la aku tak recycle je segala botol dan bekas plastik tu, masa nak korek balik plastik sampah, i is geli sebab dah bercampur dengan bermacam-macam sampah, tak jadi aku nak korek balik, so terpaksa let go semua bekas-bekas tu. 

Since then aku start kumpul barang-barang recycle, baru sebulan aku start tapi serius bila dah kumpul rasa seronok, tak sampai seminggu, kotak recycle aku dah penuh..hmmm ke kotak aku tu yang kecik sangat?? haha. Lagipun pusat recycle dekat dengan office aku, jalan kaki pun sampai, everday nak pergi lunch pun akan lalu depan pusat recycle tu, tapi kesian, baru sekarang aku ada kesedaran..ishh..isshh..isshh. Takpelah better late than never ye dak. So korang bila lagi? marilah menyelamatkan dunia..wahaha dah bunyi macam sailormoon pulak. 

Cuba korang start sekarang, serius memang seronok, lepas ni aku nak balut kotak recycle aku cantik-cantik lepas tu letak label, mesti lagi berkobar-kobar lepas tu. Ohh pusat recycle aku tu takde bagi duit pun, bagi barang tu free je kt diaorang tapi still aku bersemangat nak kumpul barang recycle. Jom kumpul barang recycle ramai-ramai lepas tu share kat blog, manalah tau entry ciput kita tu memberi inspirasi pada orang lain jugak, kan ke dah kurang sampah dalam Malaysia ni nanti kalau semua orang pun dah mula recycle. Selagi ko tak start, selagi tu ko takkan tau betapa banyaknya barang di rumah ko yang boleh di recycle, serius, let's save the enviroment people!




Biasanya aku akan kumpul barang recycle dalam satu kotak je, malam sebelum nak bawak ke pusat recycle baru aku asingkan ikut jenis, plastik, kertas dan aluminium. Sebelum ko recycle jangan lupa cuci dulu bekas-bekas tu, janganlah malas sangat woii, berkeladak tin tu dengan susu ko main hantar je, bersemut-semut segala. Kalau tin susu pekat tu aku akan rendam dulu, lepas tu cuci dengan sabun, dah bersih baru hantar, senang kerja diaorang, bukan tin susu je, segala bekas yang aku nak recycle aku akan cuci bersih-bersih dulu.



Ni kotak recycle aku, sekarang masih hodoh, nanti aku nak transform dia jadi cantik



Ni hasil kutipan seminggu, baru pagi tadi aku hantar ke pusat recycle.

Best kan, jangan lupa buat eh. Ok, bye!



Thursday, November 28, 2013

Aktiviti Public Holiday

Salam,

Cerita lama, ku korek-korek, jumpa pulak gambarnya dalam laptop nih. Hahaha boleh la buat update hari ni, ni memang entry sampah ok, thanks sebab sudi baca..muahaha, pun bolehhh aku ni. Haihhh memang tak sempat nak godek gambar lain, bz sangat ni.

Lately hari cuti pun, daddy kerja, so pandai-pandailah Mommy and Aish membawa diri. Aku tak berani nak keluar berdua dengan Aish kat mall, tak berani sebab aku takut tak dapat control dia. Aish tu manjang nak lari, habis barang dekat rak jualan nanti ditepisnya, hilangkan aku nak window shopping, alih-alih kena spend duit bayar semua barang yang pecah or rosak ditepis dek anak teruna, so aku lagi suka duk rumah kot. Baik aku kemas segala ceruk yang dah lama tak dikemas.

Pagi-pagi sebelum pergi office, daddy bawak pergi breakfast kat McD







Anak ini sudah seberat 11kg, bagai nak patah pinggang mendukungnya, dahlah pagi-pagi takmo jalan sendiri, nak mommy dukung sampai parking, dari tingkat 8 ke parking kereta..huwaaaa, berapa kali aku berhenti nak betulkan kuda-kuda kaki, takut terlentang anak beranak.

Hari tu dah set dalam kepala nak kemas "mini market" dalam kabinet dapur. Alaaa stok barang la, korang pun confirm ada "mini market" jugak kan. Stok gula, stok tepung, stok susu anak, stok susu pekat, segala stoklah. Mak mertua aku panggil "mini market".

Sekali aku kemas..haaa kau, banyak gile yang dah expired..fufufu. Ada satu balang oat tak dimakan pun dah expired, tu suami aku la tu. Oat tu officemate dia hadiahkan dari zaman baru kahwin sampai Aish dah almost 2 tahun ni ha, manalah tak expired oii.

Sempat kemas fridge jugak, sejak beli tak pernah kemas bersungguh-sungguh, dah almost 2 tahun fridge ni, kemas sikit-sikit tu adalah.



Preparation sebelum mengemas, kena sediakan segala besen and dulang untuk keluarkan semua barang, lepas tu baru lap setingkat demi setingkat. Masa mengemas ni, Aish tak tidur, aku buang, dia kutip balik dari tong sampah. Yang aku nak simpan, elok pulak dia pergi buang..sabor jelah. Sambil mengemas sambil lari-lari masakkan lunch untuk Aish. Aku pulak kalau dah start mengemas, tak makan pun takpe, sebab kalau aku masak kang, bertambah pulak kerja aku nak mengemas dapur, membasuh pinggan, senang cerita tak payah masak, makan roti pun jadi.



Teman encik pembantu makan sat, kalau tak diteman, aku takut dia terjun dari high chair. Aish suka mee, so aku memang rajin masakkan dia mee, biasa aku pakai spagheti, buat sup, buat goreng, kalau nak beli mee biasa tu cepat sangat expirednya nanti, spagheti tahan lama kan. Lagipun orang cakap mee kuning tu tak elok sangat bagi baby, ada asid borik eh?






Dah siap kemas, baru tau yang fridge aku ni besar rupanya..muahahaha. Selama ni kemain sempit, macam-macam disumbat, dah kemas baru nampak lapang. Percaya tak satu hari cuti, aku cuma sempat kemas mini market and fridge je. Gitulah beranak kecik, jap dia poopoo, jap nak mandikan dia, jap nak kasi dia makan, jap nak ayunkan buai, jap kena bacakan buku, jap kena teman dia main.

Oklah, bye!

Eh, jap..jap, nak tau tak since aku kemas mini market and fridge ni lah aku jadi addicted dengan recycle, sekarang aku ada satu kotak untuk aku kumpul barang recycle saja. Bila dah penuh kotak tu, aku hantar ke pusat recycle, dekat office aku je. Tahukah anda (ewahhh) tak sampai seminggu kotak recycle aku tu penuh dengan barang recycle, serius kita memang takkan sedar sebenarnya banyak barang yang boleh kita recycle until kita kumpulkan sendiri, nanti aku tunjuk kotak recycle aku eh, serius seronok :) hopefully bertahan sampai bila-bila, janganlah hangat-hangat tahi ayam je.

Ok, bye!