Klik Jommm

Tuesday, March 18, 2014

Aktiviti dengan Aish

Salam,

Baru semalam cerita pasal kain sulam bandung kan, hari ni pagi-pagi cargo dah call bagitau kain sulam dah sampeeeee..yippeyyy, aku tak sabar, lepas ambik kain terus pergi beli plastik nak bungkus dan nak arrange utk pos esok or bila customer dah bayar je terus aku nak pos. Ye lah dah lama d'orang tunggu, sekali bila aku buka je parcel, aku tengok kain lain yang datang, nak pengsan aku rasa tau, aku order 23 pasang je yang sampai 35 pasang, patutlah maha berat wehhh. Bila aku bagitau supplier aku semula, dia check dan rupa-rupanya tertukar dengan customer dia kat kedah nun, kan dah banyak kerja aku ni jadinya, saborrrr jelah, so aku call kakak kedah tu dan inform dia, kain aku belum sampai lagi ke kedah, bila call cargo, cargo cakap dah on the way ke kedah, nak tak nak memang kena tunggu parcel aku sampai dulu la kat tangan akak tu sebelum dia pos barang aku dan aku pos kain ni ke dia, takpelah, dugaan namanya walaupun aku dah stress ni. Complicated betul, so insyaallah minggu depan aku dapat dan aku pos kain korang ye, aku minta maaf sangat-sangat, dahlah sampai lambat, salah pulak dia..grrrr. Ni cemana aku nak bungkus balik kain tu, berat gile, aduhaiiii ko berikanlah aku kesabaran ya allah. Aku harap sangat memang kain aku tertukar dengan akak kedah tu sebab kain dia kat aku, janganlah tertukar dengan orang lain pulak, dah berganda kerja aku jadinya kang.

Haha stress korang baca, ok-ok sekarang kita kasi cerita gembira. Pagi-pagi sabtu lepas breakfast terus ajak daddy temankan Aish mandi pool, aku suka pergi pagi-pagi sebab takde orang, ko boleh bermaharajalela sesuka hati.



Pakaikan dia pelampung lengan, lepas tu pandailah dia bawak diri, ni pool untuk kanak-kanak, tapi kena tengok jugak, kadang-kadang dia terbabas, sebab dia tenjekkan kaki dia



 Amboiii macam mak ko je yang terlebih seronok ni



Air dah masuk dalam mulut dan hidung dia pun dia masih happy, sian anak mommy jarang-jarang dapat mandi pool. Sekarang jerebu, memang tak boleh la dik, duk la kita dalam rumah je.











Pastu lari terkedek-kedek bila nampak playground



Duduklah dia mengadap orang main kat situ, budak-budak tu pulak tengoookk je dia. Sekarang hari-hari nak pergi playground, tapi lately ni aku tak bagi sebab jerebu, sekarang ni pun Aish dah start batuk. Kalau aku tak bagi, memang mengamuk la dia, bagai nak patah pinggang dukung dia sampai tingkat 8 sebab dia meronta-ronta..waaaaa. Oklah, bye! 


4 comments:

  1. adat berniaga gitulah.
    tak pe, sabar je..ada dugaan adalah penyelasian yg lebih baik.

    ReplyDelete
  2. kemain encem dak aish... cute benor pki towel katak tu...hihihi...

    ReplyDelete